Tekanan yang kuat setiap hari membuatkan ramai diantara kita tekad untuk berhenti kerja dan meneruskan bisnes sendiri. Sebenarnya tidak salah jika ingin menginjakkan kaki ke dunia perniagaan. Itu sebaiknya.
Pun begitu jangan jadikan alasan kerja sebagai titik untuk memulakan langkah dalam dunia perniagaan sebaliknya kena tahu niat sebenar berbisnes. Takut jatuh terduduk!
Sebelum tekad untuk berhenti kerja, ada baiknya kita dengarkan nasihat daripada Tuan Norizan Sharif yang merupakan seorang usahawan di Bridgewater, New Jersey.
“Saya kini bekerja makan gaji dan bercadang untuk buat bisnes sepenuh masa. Apakah nasihat tuan?”
1. Fikir habis-habis kenapa anda nak tinggalkan kerja yang ada gaji tetap untuk buat bisnes yang pendapatan tak menentu. Banyak bisnes bungkus. Anda bersedia?
Ads
2. Pastikan keluarga anda sokong niat nak buat bisnes. Apabila anda buat bisnes, merekalah tempat anda mengadu dan minta sokongan. Anda mungkin bersedia, tetapi suami dan isteri serta anak-anak mungkin tak bersedia. Selesaikan itu dulu sebelum berhenti.
3. Usah harapkan bos anda, staf anda, vendor dan orang yang pernah anda tolong dulu untuk bantu anda buat bisnes. Apabila anda melangkah keluar pejabat tanpa pangkat dan jawatan, orang sudah tidak peduli siapa anda lagi. Belajar untuk hidup sendiri tanpa mereka.
4. Banyak bisnes tak beri apa-apa pendapatan untuk beberapa bulan pertama. Bukan mudah nak dapat market traction. Walaupun bisnes tak masuk duit, anda tetap kena bayar sewa rumah dan kereta. Begitu juga dengan belanja anak-anak sekolah. Pastikan anda ada simpanan untuk enam bulan sehingga setahun. Kalau lagi banyak, lagi bagus.
Ads
5. Sebahagian besar bisnes lambat masuk duit terutama sekali “duit besar.” Pastikan anda ada strategi untuk buat pendapatan kecil sebelum dapat wang yang lebih banyak. Boleh saja sasarkan dapat RM1 juta selepas setahun, tetapi pastikan anda juga dapat RM1,000 sebulan sewaktu mula berbisnes. Apabila wang masuk (walaupun kecil), kita lebih bermotivasi untuk berbisnes.
6. Mula downsizing sewaktu bekerja. Kurangkan perbelanjaan. Ikat perut. Biasakan hidup susah sewaktu bekerja. Lupakan hotel lima bintang atau penerbangan kelas bisnes. Mula makan di gerai, bukan coffee house. Apabila buat bisnes nanti tak susah sangat nak buat penyesuaian sekiranya bisnes tidak berkembang laju seperti yang diharapkan.
7. Fokus kepada perkara-perkara asas yang membangunkan bisnes, bukan renda-renda bisnes. Usah travel sana, travel sini, meeting sana, meeting sini — sekiranya kesemua itu tidak membantu pertumbuhan bisnes. Sewaktu bekerja kita boleh meeting satu pagi atau pergi seminar sepanjang hari. Apabila buat bisnes, lihat semula adakah ia betul-betul membantu bisnes.
Ads
8. Mulakan bisnes sewaktu bekerja. Banyak kerja-kerja groundwork boleh dibuat awal. Buat business plan, validate idea dan produk sewaktu bekerja. Sebahagian aktiviti ini tidak mendatangkan apa-apa pendapatan. Usah tunggu berhenti kerja dulu baru nak buat kesemua itu.
9. Usah buat hutang untuk memulakan bisnes. Simpan wang modal sewaktu bekerja. Apabila cukup modal, baru berhenti. Bank atau institusi kewangan tak beri pinjaman perniagaan kepada bisnes baru. Kalau guna kad kredit atau pinjaman peribadi, kadar faedah yang dikenakan cukup tinggi. Usah jadi bodoh buat pinjaman sedangkan kita belum ada apa-apa pendapatan bisnes. Nak berkembang nanti, baru
buat pinjaman.
10. Belajar berjalan sendiri. Apabila kita memilih untuk buat bisnes, kita sebenarnya memilih untuk berjalan seorang diri. Ada masa kita nampak dunia di depan cerah. Seringkali, kita nampak terowong gelap. Apa pun, teruskan berjalan. Ramai orang give up buat bisnes bukan pada peringkat awal, tetapi apabila mereka sudah hampir nak capai kejayaan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jom kita bercucuk tanam di laman rumah. Aktiviti ini bukan sahaja boleh kita lakukan sekadar mengisi masa lapang, tapi andai dibuat bersama keluarga pasti lebih menyeronokkan.
Andai masih tercari-cari pokok apa yang ingin disemai, apa kata kita mulakan dengan menyemai pokok limau nipis ini. Katanya, menanam pokok ini dengan keratan batang tidaklah susah mana sebagimana yang dikongsikan ini.
Cara semai limau nipis
1. Potong ranting limau,sepanjang 5″ dari pucuk.
2. Pastikan batang sudah berwarna gelap/kecoklatan.
3. Cucuk pada media tanam, apa jenis tanah pun boleh, sebolehnya yang boleh serap lembab.
4. Letak ditempat redup, saya letak bawah pokok jambu, terlindung dari sinaran matahari.
5. Bila 2 minggu, batang masih elok, tidak menghitam, Insya Allah peratusan hidup adalah tinggi.
Gambar ni mula semai 8hb 4, 2019
Gambar ini pula pada 30hb 4, 2019.
Dah pun berputik. Tapi takkan jadi buah punya.
Pokok dari semai batang, umur setahun lebih.
Manakala perkongsian daripada Azman Mohamed Ali di Fb ada menunjukkan kaedah lain untuk menyemai keratan batang limau nipis ini. Caranya juga mudah dan jom ketahuinya.
“Ohhh…rupanya senang menanam keratan limau purut dan limau nipis ye….ambil keratan buang daun , letak tanah dalam pasu siram sebasah mungkin cucuk keratan dalam pasu tu tutup dengan palastik bag letak tempat teduh…lepas seminggu dah keluar tunas…
Semoga dengan perkongsian menyemai pokok limau nipis dengan menggunakan keratan batang seperti ini dapat memudahkan ibu-ibu untuk mencuba bercucuk tanam di laman rumah. Semoga berjaya!
sumber : Euis Maemunah dan Azman Mohamed Ali via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mungkin anda penggemar daging tapi yang lecehnya setiap kali masak pasti daging liat . Ini membuatkan ada antara ibu-ibu yang mencuba pelbagai tip dan petua bagi memastikan daging cepat lembut apabila di masak.
Nah admin kongsikan tip dari Nana Ismail bagaimana nak lembutkan daging dengan cara yang betul. Jom cuba resipi Daging Goreng Kunyit hari ni!
TIPS NAK GORENG DAGING KUNYIT SUPAYA LEMBUT DAN CARA YANG BETUL
====================================== Ramai betul yang goreng daging terlalu lama sebab nak pastikan dia lembut dan masak.
Masalahnya bila buat macam tu, daging akan bertambah kecut, kering dan lembut masa tengah panas-panas ja. 🙄
1. Daging tu nak senang potong dan tak julinggg mata nak usya urat-urat dia adalah dengan balik-balikkan daging tu dalam kuali panas tanpa minyak. ( dalam dia of coz la masih mentah)
Nanti korang akan nampak urat dia lebih jelas dan mudah nak potong. Takdelah dia nyekk nyekk macam jeli. 😂
2. Lepas dah hiris nipis, korang goreng daging tu tanpa minyak biar air daging tu keluar dan kering. Lepas tu angkat laaa.
3. Haaaa dah settle 2 step tu baru la korang lumur daging buh kunyit dan garam. Korang boleh tengok daging nana tu haaaa. Nampak kering macam daging yang direbus kan? 🤭
4. Lepas tu korang buh minyak then goreng macam biasa. Tempoh nak bagi lembut daging tu singkat ja.
Korang akan perasan, daging tu nampak tak kecut dan berjusssss gituuu. 😍
5. Lepas tu macam biasa laaa tumis bawang, cabai, buh sayur then bagi terjun balik daging tu. SETTLE!
Haaa potong macam gambar bawah tu. Kalau ikut tips nana tu memang mudah nak kenal pasti urat dia.Nanti daging tu akan nampak macam berebuss tapi tak nahhhh. Nana just keringkan air daging tu dalam kuali tanpa minyak ja. ( Gambar contoh nak habaq)Nana lumur dengan kunyit. Kering tanpa air daging tapi kat dalam berjussss yaaa.
Goreng sat sat jaaaa. Daging tak kecut ye.
Kalau buat ikut tips nana tu, takdelah air daging tu keluar masa kita goreng. Yang berair tu la yang buat daging lambat nak lembut. Bila goreng lama-lama, jadi kecut dan tak bestNampak sedap dan tak kering kan? 😋
#NanaSharingTips #SukaMasakMasak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Gunung Semeru yang berada di daerah Kabupaten Lumajang Jawa Timur yang meletus pada Sabtu 4 Desember 2021 lalu meninggalkan trauma kepada penduduk kampung berhampiran.
Banyak video-video telah dikongsikan di media sosial berkenaan detik-detik cemas penduduk kampung menyelamatkan diri apabila Gunung Semeru ‘memuntahkan’ debu tebal hingga mengorbankan nyawa, cukup menyentuh perasaan.
Seakan tak ubah seperti adengan yang mencemaskan di dalam filem, semua bertempiaran menyelamatkan diri sedaya boleh agar tidak ‘ditelan’ kumpulan debu tebal.
Terpisah Saat Larikan Diri
Keadaan yang kucar kacir seperti itu dilaporkan ramai terpisah daripada ahli keluarga bagi menyelamatkan diri termasuklah pasangan suami isteri ini. Perkongsian video tersebut mengundang sebak netizen apabila keduanya dipertemukan semula.
Keduanya menyangka salah seorang daripada mereka sudah terkorban dalam bencana tersebut dan akhirnya bersatu di atas nama takdir.
Melalui rakaman video ini dilihat suaminya mengesat air mata dan mengusap lembut kepala isterinya bagi menenangkan keadaan.
Kisah mengharukan pasangan suami isteri yang terpisah apabila melarikan diri dari rumah yang dilanda abu gunung berapi yang panas.
Mereka berpisah dan tiada komunikasi selama 24 jam Memikirkan antara satu sama lain tidak selamat dan akhirnya berada di perkampungan pelarian Kamar Kajang Mereka bertemu semula dengan penuh rasa syukur.
Tidak lagi mementingkan harta benda Tapi sayang
Nikmat Tuhan mana yang kamu dustakan.
Secebis kisah yang kami rakamkan secara tidak sengaja. Semoga Allah menjadikan kita manusia yang sepatutnya bersyukur dengan kehidupan kita sekarang