Kasih ibu membawa ke syurga dan selagi nyawa di kandung badan, naluri ibu akan mengutamakan anak-anak lebih daripada segalanya.
Begitulah apa yang telah tular di media sosial kini berkenaan sekeping nota yang ditulis oleh seorang ibu yang mana setiap baris ayatnya cukup menyentuh perasaan warganet.
Ibu berkenaan telah meminta kepada doktor agar jenazahnya dikafankan di hospital kerana dirinya sebatang kara, tidak mempunyai keluarga.
Malah dalam tulisannya itu turut dijelaskan bahawa dia mempunyai seorang anak kurang upaya (OKU) bisu, dan meminta agar doktor tersdebut tidak menutup wajahnya semasa dikafankan dan dapatlah menunjukkan wajahnya itu kepada anaknya yang bernama Imran.
Menerusi catatan pilu itu, ibu berkenaan turut menulis beberapa nombor telefon untuk dihubungi oleh pihak hospital bagi urusan pengkebumiannya.
Perkongsian ini nyata memberi rasa sebak dan sedih dikalangan wargamaya dan rata-rata mendoakan kesejahteraan anak.
“Sedihnya, semoga diampunkan dosa-dosa nya dan dilapangkan kubutnya. Permudahkan anak OKUnya”
“Allahu.. arwah mempersiapkan diri untuk menghadapi kematiannya.. meninggalanaj istimewa lagi, moga arwah tenang di sana. dan dipermudahkan segala urusan sepeninggalannya..amin”
“Sedihnya. Semoga baik-baik saja anak arwah”
Ads
“Alfatihah…sedih baca surat arwah..rasamacam diri sendiri akan lalui saat begitu. Bila kita hidup sebatang kara, tanpa suami dan anak-anak. ”
Ada yang beranggapan untuk kumpul duit dan terus menunaikan ibadah haji tanpa perlu mengerjakan umrah terlebih dahulu. Ada pula yang anggap bila dah ada duit buat dahulu umrah sebagai persediaan sebelum mengerjakan ibadah haji.
Namun bagaimanapun, kedua-dua ibadah ini jangan dipandang remeh dan memerlukan ilmu yang mencukupi untuk mengerjakannya. Hal ini kerana jika berlaku sebarang kesalahan, bukan sahaja melibatkan diri sendiri tetapi orang lain juga terpaut.
Misalnya seperti yang diceritakan oleh seorang gadis di laman Tiktok miliknya menerusi akaun @rambutjelita sangat mengejutkan orang ramai. Menurut ceramah yang didengari bapanya tentang umrah dan haji, ustaz menceritakan tentang seorang jemaah dikatakan hadir ke kursus haji pada tahun 2018 dan baru tahu mengenai larangan memegang Kaabah ketika melakukan tawaf.
Padahal 8 tahun sebelum itu, dia ada menunaikan ibadah umrah dan selamba memegang permukaan Kaabah sebanyak 3 kali. Kerana tidak hadir ke kursus umrah, lelaki itu langsung tidak tahu sebenarnya tawafnya itu telah terbatal.
Dia balik Malaysia, selepas 7-8 tahun sebenarnya umrah tu tak selesai lagi Laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan pusingan tawaf mestilah dilakukan di luar kawasan Kaabah. Hatta cuma hulurkan tangan sedikit sama ada berlapik ataupun tidak, tawaf itu tetap dikira sebagai terbatal kerana sebahagian badan telah masuk ke dalam binaan Kaabah. Sepatutnya, jemaah yang melakukan kesalahan sebegini perlu membayar dam (denda) dan membuat semula tawaf sebagai syarat lengkap umrah.
Ibadah umrah memang senang, tapi bukan bermakna kita boleh ambil ringan Jika anda tidak tahu, orang yang berada dalam keadaan ihram adalah dilarang untuk bernikah atau menikahkan.
8 tahun berada dalam keadaan umrah ‘tergantung’, lelaki itu amat terkilan setelah pernikahan 3 orang anaknya disahkan sebagai tidak sah. Pemeriksaan lanjut dengan pihak jabatan agama juga mendapati bahawa semua cucunya turut berstatus anak tidak sah taraf.
@rambutjelitaLarangan Ketika Melakukan Umrah . 1. Memakai pakaian yang dijahit (disarung), kecuali wanita. 2. Menutup kepala bagi lelaki dan menutup muka bagi wanita. Namun, meletakkan tangan di atas kepala tidaklah dianggap sebagai menutup kepala dan dibenarkan. 3. Memotong atau mencabut kuku; kecuali jika kuku itu pecah dengan sendirinya dan pecah itu mengganggu untuk terlaksananya amalan ihram, maka boleh menghilangkan kuku yang pecah itu. 4. Memotong atau mencabut atau menyisir rambut. 5. Memakai wangi-wangian. 6. Berburu binatang yang halal dimakan dagingnya. 7. Memotong pokok-pokok yang tumbuh di tanah haram. 8. Nikah atau menikahkan. 9. Bersetubuh. 10. Bersentuhan kulit (anggota badan dengan maksud menyalurkan nafsu syahwat).
Meninjau di ruangan komen, rata-rata berasa simpati dengan nasib yang menimpa anak-anak lelaki tersebut yang tidak sah pernikahannya. Malah, ada juga yang akui cerita ini benar kerana pernah juga mendengar kisah yang sama dari ustaznya.
Syarat-Syarat sah Tawaf
Disimpulkan kenyataan Syeikh Zain bin Ibrahim Sumait dan Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitab mereka berkenaan dengan syarat-syarat tawaf iaitu:
– Menutup aurat. Ia merupakan syarat tawaf sepertimana syarat sahnya solat.
– Suci daripada hadas dan najis pada pakaian dan tempat
– Kedudukan kaabah mestilah di sebelah kiri
– Permulaan ibadah tawaf bermula dari hajar aswad. Mestilah merangkumi keseluruhan badan ketika permulaan tawaf di hajar aswad. Dan sekiranya sebaliknya maka tidak sah tawafnya
– Mestilah mencukupi tujuh pusingan. Dan sekiranya syak pada bilangannya maka ambillah bilangan yang sedikit seperti solat.
– Melakukan tawaf di dalam masjid. Dan sekiranya diluar kawasan masjid maka batal tawafnya. Sah sekiranya pada tingkat kedua dan sutuh (bumbung) masjid. Dan ini merupakan ijma’ ulama’.
– Mestilah diluar kawasan kaabah, Syazarwan dan Hijr Ismail. Disyaratkan melakukan tawaf diluar kawasan kaabah dengan keseluruhan anggota badannya.
(Lihat: al-mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/346 dan al-Taqrirat al-Sadidah, 480)
Tawaf di Luar Kawasan Kaabah
Di dalam syarat melakukan tawaf mestilah berada di luar kawasan kaabah. Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyatakan kaabah merupakan binaan segi empat. Dan dikenali sebagai al-Bait al-Haram dan ia sangat dimuliakan. (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 34/261)
Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan “mestilah melakukan ibadah tawaf luar dari kawasan kaabah termasuk Syazarwan iaitu lebihan binaan dibawah dinding kaabah dan Hijr Ismail yang terletak di bahagian utara kaabah yang dilingkungi oleh dinding yang melengkung”. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/345)
Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RAnha, Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Solatlah di dalam al-Hijr (Hijr Ismail) sekiranya kamu hendak masuk ke dalam al-Bait (kaabah). Ini kerana ia (Hijr Ismail) termasuk di dalam kawasan al-Bait (Kaabah)
Riwayat Abu Daud (2028)
Semasa melakukan tawaf hendaklah keseluruhan badan berada di luar kawasan kaabah termasuk kawasan Syazarwan dan Hijr Ismail. Ini kerana kedua-dua itu termasuk di dalam kawasan kaabah. Ini seperti yang disebut di dalam al-Fiqh al-Manhaji: Disyaratkan tidak memasukkan daripada mana-mana bahagian badan ke dalam kawasan kaabah. Hendaklah melakukan tawaf di luar kawasan hijr Ismail, ini kerana Hijr termasuk di dalam kawasan kaabah. Maka tidak harus tawaf di dalamnya”.
(Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 2/141)
Kesimpulan
Berdasarkan persoalan yang diajukan dan perbahasan yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa perbuatan memegang kaabah ketika tawaf merupakan perbuatan yang membatalkan pusingan tawaf tersebut. Ini kerana dengan memegang kaabah maka sebahagian anggotanya berada di dalam kawasan kaabah.
Ini seperti yang dinyataka di buku Soal Jawab Ibadah Haji, Umrah dan Ziarah menyatakan tidah sah pusingan tawaf jika seseorang itu menyentuh atau memijak kakinya di Syazarwan sama ada berlapik atau tidak kerana ia termasuk dalam binaan kaabah. (Lihat: Soal Jawab Ibadah Haji, Umrah dan Ziarah TH, 88)
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agamaNya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya.
Siapa yang tak kenal dengan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar, figura terkenal terutama sekali dalam hal-hal keibubapaan. Beliau tidak lokek berkongsi ilmu terutama dengan pengikutnya di media sosial.
Gemar berkongsi mengenai kehidupannya bersama isteri dan anak-anak selain memuat naik info dan tip keibubapaan, suami kesayangan Datin Dr Halina juga seorang yang bercita-cita tinggi.Terbaru, Sheikh Muszaphar berkongsi video pendek yang memaparkan ruang di dalam kediaman mereka sekeluarga.Dalam perkongsian tersebut, bapa kepada enam anak ini memberitahu kondo mereka baru siap diubahsuai.
Kondo tersebut menurut Sheikh Muszaphar dibelinya pada tahun 1997. Ketika itu, dia baru sahaja memulakan kerjayanya. Hasil usaha gigihnya, pinjaman untuk kediaman tersebut selesai pada tahun 2017 yang kemudiannya barulah dibuat pengubahsuaian oleh suami isteri ini.
Apa yang meraih perhatian ramai adalah bila mana Sheikh Muszaphar berkongsi impiannya untuk menyediakan sebuah rumah untuk setiap seorang anak-anaknya.
Masa dulu dulu
Baru start kerja Tahun 1997 First thing beli rumah dulu … Ambik loan masa tu Sekarang dah settle loan Alhamdulillah …
Impian seorang Ayah Nak bekalkan sebuah rumah untuk setiap anak … 6 anak = 6 rumah Haha Pengsan….
Cukup menyentuh hati, betapa seorang ayah memasang niat yang cukup baik demi masa depan anak-anaknya. Semoga dipermudahkan urusan bapa kepada enam anak ini demi melunaskan impian tersebut.
salina_weeraYg penting planning dr. InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan dr. Aameen yra
za008511InsyaAllah Dato org yg baik,yg sentiasa ikhsan masa org lain memerlukan..Allah akn buka kan pintu rezeki Dato dan Datin..Dato Allah pilih utk jd ayah yg baik pd anak2 yg bertuah..InsyaAllah segala doa Dato Allah akn makbulkan..
ashraf.amalinaHebat impian seorang ayah. Sama macam ayah saya. Tak apa diri dia susah, asalkan masa depan anak anak senang. Pengorbanan ni juga yang memberi inspirasi pada seorang anak untuk berjaya dan hargai ibu ayah. ❤️
premiumbabygears.myInspiring sangat Dr 😍😍😍 MasyaAllah tabarakallah semoga dipermudahkan segala urusan Dr ❤️
Tanpa sebarang berita, pelakon Sharifah Amani selamat bergelar tunangan orang.
Berita gembira tersebut dimuatnaik empunya diri menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Dalam perkongsian tersebut, sekeping gambar tertera cincin pertunangannya yang disarung pada jari manisnya.
“Tahu-tahu dah bertunang. Syukur Alhamdulillah. Selangkah semakin hampir. Sampai bila-bila,” tulisnya ringkas di kapsyen.
Pemilik nama sebenar Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 37 melahirkan rasa syukur kerana majlis tersebut telah berjalan dengan lancar mengikut kehendaknya.
Bagaimanapun, anak kepada pelakon senior, Fatimah Abu Bakar ini masih lagi belum mendedahkan gerangan tunangnya itu.
Rata-rata peminat dan raksn selebriti menitipkan ucapan tahniah atas pertunangan tersebut.
Malah, penyanyi Naim Daniel turut menyatakan hasratnya untuk mengadakan persembahan istimewa di majlis perkahwinan Amani.
“Nak nyanyi nanti untuk awak dan Encik Laju,” tulisnya.