Nurse Ni Kongsi Penerangan Doktor Tentang Jenis & Kegunaan Ubat. Jadikan Simpanan Dirumah!

Share

Melalui posting daripada seorang nurse bernama Syaima Shah ni telah berkongsi info daripada Dr. Asmi Syabil.

Menurutnya, dia sangat berharap selepas share info ni,  pesakit di departmentnya akan berkurangan. Amin.


Ubat-ubatan yang wajib anda simpan dirumah,asrama atau di atas kereta.

Antara perkara yang boleh menyakitkan hati adalah “menunggu”.

Tak kisah lah tengah tunggu kawan yang asyik “on da way”,atau tunggu saudara mara bersiap nak ke kenduri,menunggu duit gaji masuk,ianya bisa menyakitkan hati terutama bagi yang kurang sabar apabila perlu menunggu dengan jangkawaktu yang lama.

Bak lirik lagu “penantian itu satu penyiksaan”.

Dan ramai sedia maklum di antara tempat yang memerlukan kesabaran yang tinggi disebabkan waktu menunggu yang lama adalah JABATAN KECEMASAN hospital-hospital kerajaan.(Tapi sentiasa tidak pernah surut)

Antara punca utama yang menyebabkan kesesakan di Jabatan Kecemasan adalah apabila pesakit datang untuk mendapatkan rawatan bagi perkara-perkara yang bukan kecemasan,yang mana rawatan boleh didapati di klinik-klinik kesihatan atau jabatan pesakit luar.

Antaranya seperti:

-demam
-batuk
-selesema
-cirit-birit
-gatal-gatal badan
-muntah
-sakit perut
-pening
-sakit kepala
-dan pelbagai lagi.

Jadi,kali ini jom kita bicara serba sedikit berkenaan ubat-ubatan yang boleh disimpan dirumah sebagai ‘First aid kit’ ataupun boleh dibawa ketika ingin bermusafir agar kita tidak memenuhi jabatan kecemasan dengan kes-kes yang tidak sepatutnya.

Berilah peluang kepada mereka yang betul-betul memerlukan rawatan kecemasan terutamanya mereka yang bertarung diantara hidup dan mati untuk mendapatkan tumpuan petugas kesihatan.

Ini antara ubat-ubatan yang boleh didapati di farmasi berdekatan dan sering diberikan oleh para doktor untuk gejala-gejala seperti yang disebutkan.

Paracetamol 500mg (Panadol)

Yang ini rasanya semua kenal.Boleh diambil jika anda mengalami demam ataupun sebagai ubat tahan sakit yang ringan seperti sakit kepala dan sebagainya.

Dos disyorkan : 2 biji(sekali makan) tiga kali sehari. Jangan melebihi 8 biji sehari.

 

Loratadine 10mg

Ubat dalam kategori antihistamin.

Dos disyorkan : 1 biji sekali sehari

Sering digunakan untuk mengurangkan gejala alahan,gatal-gatal,mata berair atau bahasa mudah orang selalu cakap “resdung”.

 

Chlorpeniramine 4mg (Piriton)

Bagi yang kerap berjumpa doktor untuk gejala seperti selesema dan alahan mesti dah kenal dengan ubat ini.

Ubat ini juga seperti Loratadine dalam kumpulan antihistamin dan digunakan untuk mengurangkan gejala yang sama.

Dos disyorkan : 1 biji, 3 kali sehari.

Ubat ini boleh menyebabkan rasa mengantuk,oleh itu jika anda rasa seperi mengalami kesan ini,elakkan memandu atau mengendalikan mesin bagi mereka yang bekerja.

Diclofenac sodium 50 mg (Voltaren)

Ubat tahan sakit atau radang.Ubat ini tergolong dalam kategori NSAIDs.

Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari (bagi kesakitan berterusan) atau sebiji sekali apabila perlu.

Sering digunakan untuk mengurangkan keradangan atau kesakitan yang tidak surut dengan menggunakan paracetamol.

Untuk yang ada gout mesti dah kenal sebab antara ubat yang wajib makan apabila kena serangan gout.

Elakkan pengambilan ubat ini ketika perut kosong atau bagi mereka yang ada gastritis.

Metoclopramide HCl 10 mg (Maxolon)

Ubat untuk gejala seperti loya dan muntah,juga digunakan untuk migraine.

Untuk ibu-ibu mengandung yang mengalami gejala loya dan muntah di awal kehamilan juga selalu diberikan sebagai rawatan.

Muntah disebabkan keracunan makanan juga boleh dikurangkan.

Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.

Buscopan 10mg

Ubat untuk mengurangkan sakit perut terutama yang memulas-mulas atau kekejangan perut dan juga sakit batu karang.

Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.

Ranitidine 150mg (Zantac)

Dos disyorkan : 1 biji 2 kali sehari.

Selalu digunakan untuk mengurangkan rasa sakit perut terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah ulser perut,gastritis dan juga GERD.

Sila dapatkan nasihat doktor jika gejala(symptom) anda berterusan dan dapatkan rawatan dengan kadar segera apabila anda mengalami reaksi alahan terhadap ubat yang diambil.

Semoga bermanfaat untuk semua dan silakan berkongsi untuk kegunaan bersama.

Dr.Asmi Syabil
Pegawai Perubatan Kecemasan

 

IKLAN