Selebriti yang juga instafemes ini bukan sahaja cantik dan bergaya, bahkan cukup pandai memasak dan menitikberatkan soal kesihatan diri serta keluarganya.

Hanis Zalikha sering memuat naik tip di dapur untuk pengikutnya. Baru-baru ini, dia berkongsi tip cara nyahbeku makanan dengan cara yang mudah.

“Biasa dilakukan untuk mencairkan bahan mentah adalah dengan merendam dalam bekas berisi air. Tahukah anda ini adalah amalan yang salah,” Tulis Hanis di kapsyennya.

Dia kemudiannya memberi 3 cara yang betul untuk nyahbeku makanan:

IKLAN

3 kaedah nyahbeku bahan mentah yang betul adalah dengan meletakkannya di bawah air yang mengalir. Yang kedua, letak di ruang chiller semalaman (macam dalam gambar) dan yang ketiga gunakan fungsi “defrost” pada microwave. Pastikan dimasak terus,”jelas Hanis lagi.

Menurut Hanis lagi, Kaedah nyahbeku yang tidak betul boleh menyebabkan keracunan makanan sekiranya tidak dimasak dengan sempurna.

IKLAN

“Sekiranya tidak dinyahbeku dengan betul ketulan ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya dan apabila di masak tidak sempurna bahagian yang masih ada ketulan ais akan menyebabkan bakteria membiak dan boleh jadi punca keracunan makanan,”ulas Hanis lagi. 

IKLAN
View this post on Instagram

Tip nyahbeku bahan mentah. Okay amalan yang biasa dilakukan untuk mencairkan bahan mentah adalah dengan merendam dalam bekas berisi air. Tahukah anda ini adalah amalan yang salah? / 3 kaedah nyahbeku bahan mentah yang betul ialah : 1. Meletakkannya di bawah air yang mengalir. 2. Letak di ruang chiller semalaman (macam dalam gambar). 3. Gunakan fungsi “defrost” pada microwave. Pastikan dimasak terus . / Kaedah ini adalah bagi mempercepatkan proses nyahbeku bagi menggelakkan pertumbuhan bakteria. Kaedah nyahbeku yang tidak betul boleh menyebabkan keracunan makanan sekiranya tidak dimasak dengan sempurna. / Sekiranya tidak dinyahbeku dengan betul ketulan ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya dan apabila di masak tidak sempurna bahagian yang masih ada ketulan ais akan menyebabkan bakteria membiak dan boleh jadi punca keracunan makanan. #BKKMnakpesan #BKKMHQ

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Perkongsian tersebut turut mendapat respond dari peminatnya yang masing-masing memberi maklum balas serta berkongsi pengalaman masing-masing.

tinytot_ely Tq for the tips keknis

mrskayjay_ Sy biasa letak dlm peruk jgn ade air..mmg bahan yg beku mudah difrostkan….

seriaida Paling senang letak atas benda yg besi. Cm sy letak dlm kuali yg leper atau dlm periuk. Sgt cepat defrost. Cer cuba.

adawiyahamidun Betul2 letak dekat air yg mengalir. Mmg cepat defrost.

feezaija saya memang amalkan langkah 1 dari muda sampai la da anak 3.

azfarahazizan defrost pun sometimes ais tak hilang. still ada sisa sisa tersembunyi di situ. and for others, please hati2, jgn letak ayam tanpa container semalaman sebelah other food mcm fruits and vege causing cross contamination. causing food poisoning jugak.

marsilaab ye..saya buat hari2 sebab nak masak pagi suboh anak nak bawa bekal ke sekolah

adiqzurin Klu nk msk cpt sye trus masuk microwave utk lembutkn bhn yg beku tu… Klu lmbt lg nk msk sementara siapkn bahan sye kuarkn dr petiais n ltk dkt dpn kipas bg ais tu cair.

izafiza_shoppe Sy biasa guna kaedah 1.hehe.tapi kalo kebetulan mak ada kat umah mesti ditutupnya pili sbb bazir air katanya.

Sumber: IG haniszalikha

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI