Biasanya kalau nak makan sardin mesti beli yang segera di dalam tin kan? Tapi tahukah anda makanan segera seperti sardin yang dijual di kedai tidak boleh dimakan selalu kerana mempunyai bahan pengawet.

Jadi, bagi penggemar sardin, anda boleh buat sendiri di rumah dengan resipi yang dikongsikan oleh Raja Malasiah Raja Abdullah.

“Yang bestnya bila buat sendiri kita tak perlu was-was, bersih, cuci lagi halal. Orang gout pun boleh makan sardin ni,” kongsinya.

Sardin Homemade 

Orang Gout Pun Boleh Makan! Buat Sardin Sendiri Lebih Selamat, Jimat Dan Sedap

Bahan-Bahan: 

  1. Sekilo ikan sardin segar (bersihkan buang kepala dan ekor ikan kembung/selar/selayang/tongkol)
  2. 1 kg tomato masak ranum
  3. 1 labu bawang besar
  4. 4 ulas bawang putih
  5. 1 tin kecik tomato puree
  6. 1 botol kecik sos tomato
  7. 2 cawan air
  8. 4 keping asam gelugor
  9. Garam, gula & ajinomoto secukupnya

Cara-Cara:

IKLAN

– Kisar/tumbuk bawang besar dan bawang putih.

– Kisar tomato tak perlu letak air.

– Tumis bahan kisar.

– Masukan tomato yang dah dikisar.

– Masukan tomato sos dan tomato puree.

IKLAN

Orang Gout Pun Boleh Makan! Buat Sardin Sendiri Lebih Selamat, Jimat Dan SedapOrang Gout Pun Boleh Makan! Buat Sardin Sendiri Lebih Selamat, Jimat Dan Sedap

– Masukan garam, gula, ajinomoto dan asam gelugor.

– Masukan air biar tenggelam ikan tu. Masukkan ikan.

– Masak dengan api perlahan, kena kacau selalu takut hangus tapi kacau perlahan-lahan.

IKLAN

Orang Gout Pun Boleh Makan! Buat Sardin Sendiri Lebih Selamat, Jimat Dan SedapOrang Gout Pun Boleh Makan! Buat Sardin Sendiri Lebih Selamat, Jimat Dan Sedap

– Masak dalam 3 jam bergantung pada kuantiti ikan (reneh).

– Dah siap masak biarkan betul-betul sejuk lepastu masukan kedalam bekas dan simpan dalam peti ais. Boleh tahan sebulan.

Orang Gout Pun Boleh Makan! Buat Sardin Sendiri Lebih Selamat, Jimat Dan Sedap

– Boleh juga terus dimakan atau masak macam sardin yang biasa terpulang nak pedas atau nak campur dengan kegemaran anda.

Sumber: Raja Malasiah Raja Abdullah

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI