Hari ni genap seminggu umat Islam berpuasa. Dalam keterujaan menyiapkan juadah berbuka puasa untuk keluarga manakala yang bujang pula sibuk ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa.
Siapa sangka, dalam waktu itu ada seseorang yang masih lagi terkial-kial memikirkan apakah yang akan dimakan sewaktu berbuka nanti.
Sesetengah orang mungkin mampu untuk membeli makanan dan keperluan harian untuk meneruskan hidup, namun ada segelintirnya masih belum dikurniakan rezeki tersebut. Umpama kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
Melalui satu perkongsian di laman sosial, tular kisah pakcik tua ini yang dilihat sedang mencari ‘sesuatu’ di tong sampah sedang orang lain sibuk mengyediakan juadah untuk berbuka puasa nanti.
Ianya bagaikan suratan takdir, sebuah kenderaan dalam perjalanan untuk menyalurkan sumbangan selepas mengagihkan bantuan kepada golongan asnaf, berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Walau tempoh yang cukup singkat, deria penglihatan mereka di dalam kenderaan itu cukup tajam apabila terlihat seorang warga emas asyik menyelongkar tong sampah di tepi jalan.
Barangkali lelaki berkenaan sibuk mencari kotak, tin mahupun botol terbuang yang boleh dikitar semula sebagai upah demi sesuap nasi.
Namun sangkaan itu meleset, demikian luahan pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti kebajikan, Persatuan Generasi Malaysia (iSejahtera) selepas perkongsiannya mengenai insiden itu di halaman Facebook miliknya menjadi tular.
Pengerusi iSejahtera, Datuk Muhammad Hamizan Amzah berkata, kejadian pada petang Khamis itu dilihat ketika beliau dalam perjalanan dari Pengkalan Chepa di Kelantan untuk mengagihkan bantuan kepada golongan asnaf di Ketereh.
“Semasa kereta yang dinaiki saya berhenti di persimpangan lampu isyarat dekat Pasir Hor, saya nampak seorang lelaki sedang menyelongkar tong sampah di tepi jalan, kira-kira pukul 6.10 petang.
Ads
“Saya minta driver saya berhenti di tepi jalan sekejap untuk saya berjumpa dengan lelaki berkenaan. Ini kerana kebiasaannya saya akan mendekati mereka yang mengutip sampah di tepi jalan untuk memberikan bantuan,” katanya.
Namun, sebaik mendekati lelaki bertubuh kurus yang memakai topeng muka itu, Muhammad Hamizan mendapati tiada botol, kotak atau tin yang dikutip.
“Pelik, biasanya mereka yang datang ke tong sampah akan kutip barang untuk dijual. Nampak muka dia penat sangat, tak pasti sebab tak cukup makan atau puasa.
“Saya tanya buat apa sini.’
‘Saya sebenarnya malu, saya datang sini nak cari makanan’. Bukan kutip botol atau kotak.
Dia tunjuk sebungkus roti yang hanya tinggal dua keping kerak roti, mungkin sisa buangan orang.
Ads
“Sepanjang saya tegur orang-orang yang kutip barang di tong sampah, ini pertama kali melihat orang kutip barang lain bukan untuk dapat duit, tapi hanya makanan. Sedih saya tengok,” ujarnya sambil menambah lelaki berkenaan turut membawa sebuah basikal.
Muhammad Hamizan bagaimanapun memberitahu, beliau hanya sempat meluangkan masa yang pendek bersama lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an itu kerana perlu bergegas ke beberapa lokasi untuk memberikan sumbangan sebelum waktu berbuka puasa.
“Saya tak pasti dua keping kerak roti yang dikutip itu masih elok dimakan atau sudah tamat tempoh. Tapi, saya beritahu jangan makan roti tu… saya beri dia beras.
“Kebetulan dalam kereta saya ada sebahagian barang-barang untuk diagihkan kepada golongan asnaf. Pihak saya memberikan beberapa barang keperluan seperti sekampit beras, tepung, gula, bihun dan wang zakat untuk dibuat belanja,” katanya.
Namun, beliau mengakui sedikit terkilan kerana pertemuan bersama lelaki yang mengutip sisa makanan di tong sampah di tepi jalan itu berlaku begitu pantas.
Ads
“Saya agak ralat sebab jumpa dia sekejap, sebab saya perlu berkejar ke tempat lain untuk beri bantuan. Mujur ada barang-barang keperluan dalam kereta.
“Berdasarkan maklumat dari pegawai saya, orang sekitar menggelarkannya sebagai Pokjik Basikal Merah. Persoalannya, siapa dia, apa kerja dia, sudah berkeluarga atau ada anak-anak dan kenapa dia selongkar makanan di tong sampah tu. InsyaAllah saya akan berjumpa dengan pakcik ni untuk tahu kisah sebaliknya,” katanya.
Sama-sama kita doakan buat Pokjik Basikal Merah supaya dipermudahkan urusannya dan dimurahkan rezeki oleh-Nya.
Bagi para peminat industri seni tanah air, pastinya nama pelakon Diana Danielle sudah tidak asing bagi anda semua. Sejak awal penglibatannya dalam bidang lakonan dan seterusnya nyanyian, wajah jelita Pan Asia ini sentiasa menjadi tumpuan ramai.
Terbaharu, isteri kepada pengarah dan pelakon Farid Kamil ini memberitahu bahawa dirinya menghidap sindrom ADHD iaitu sindrom Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan. Oleh kerana itu, beliau mahu menambah kesedaran masyarakat mengenai isu kesihatan mental.
Menurut Diana, disebabkan perkara ini dia menghadapi masalah memori dimana dia cepat lupa sehinggakan memerlukan pembantu peribadi untuk melancarkan urusannya bagi mengalakkan dirinya dibelenggu oleh perkara-perkara yang sering difikirkan.
Kata Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 32, kehadiran suami dan anak-anak menjadi penguat semangat buat dirinya sentiasa berfikiran positif.
“Suami saya memang terus kata kalau kita rasa kusut… rujukan pertama adalah Al-Quran dan solat, suami saya memang akan jaga bab itu.”
“Macam anak-anak saya pula bila saya tengok mereka gembira dan saya lihat hidup mereka teratur saya sendiri akan rasa teratur.
“Jadi dengan anak-anak lain sikit sebab kita yang atur hidup dia mereka tak boleh atur hidup kita,”
Katanya lagi, apabila melihat anak-anak dan merasakan sudah memberikan yang terbaik buat anak-anak, dia akan berada gembira dan tidak terasa tekanan, stress atau tidak tentu arah.
Tambahnya lagi, sokongan dari orang sekeliling adalah penting dalam kehidupan seseorang untuk mengelakkan dari tekanan.
Kejadian hitam yang terjadi pada gadis ini tahun lepas seakan merupakan titik hitam dalam hidupnya.
Sejak kejadian itu, hidupnya mula berubah dan kesedihan mula menyelubungi apabila paha kanannya yang patah terpaksa ditanam besi buat selamanya
Kejadian itu berlaku apabila gadis ini terlibat dengan kemalangan motosikal dan sehingga kini dia masih trauma dan beremosi setiap kali melihat kenderaan itu di jalan raya.
“Saya kemalangan ketika baru balik kerja. Motor depan saya u-turn secara mengejut, saya terlanggar dan jatuh dari motor saya. Ketika orang nak angkat saya, masa tu baru sedar kaki kanan saya bengkok dan patah.
“Saya alami patah tebu pada paha kanan. Doktor kata memang tak akan keluarkan besi dalam kaki sebab ia dah ditanam dalam tulang sum-sum. Maksudnya saya memang akan ada besi dalam kaki seumur hidup.
“Sejujurnya memang rasa tak selesa. Dah tak boleh lasak macam dulu. Saya masih trauma untuk bawa motor. Sekarang saya pergi kerja dengan kereta. Tapi kalau saya tengok motor orang lain pun saya jadi takut, hati jadi sedih.
“Jadi, setiap kali nampak motor, saya sanggup bagi mereka jalan dulu.”
Menurut Farah, sewaktu kejadian berlaku dia baru mengikat tali pertunangan. Selepas kemalangan tersebut turut membuat dirinya tertanya-tanya sekiranya pemuda tersebut dapat menerima dirinya seadanya.
“Ketika sebulan di hospital, saya memang down. Memang menangis saja, sebab masa tu tak boleh terima lagi apa yang berlaku. Akhirnya, nak tak nak kena terima juga.
“Selagi boleh berjalan, walaupun senget atau tempang sikit, saya tetap bersyukur. Ada orang lain sampai putus kaki.
“Masa tu, saya sendiri turut tertanya-tanya. Boleh ke tunang terima keadaan saya. Saya kira diri saya tak sempurna selepas patah kaki. Namun, Alhamdulillah dia okay saja. Setiap minggu dia datang tengok saya.
“InsyaAllah, kami akan mendirikan rumah tangga bulan Mei nanti. Alhamdulillah, persiapan juga semua dah selesai, tinggal nak edar kad jemputan saja,” ujarnya yang menetap di Batu Pahat, Johor.
Di aplikasi TikTok, ramai netizen yang menitipkan kata-kata semangat dan mendoakan agar dia diberi kesembuhan segera. tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman yang sama dan bagaimana untuk bangkit selepas kejadian itu.
Sejak minggu lalu, tular kisah seorang ibu yang mencari anaknya yang dikatakan mengikut rakan lelaki selepas ditegur bermain telefon.
Namun kini, rupa-rupanya ada kisah disebalik kehilangan anaknya itu dan seakan membongkar suatu rahsia yang telah 3 tahun disimpan oleh anaknya.
Kini,bapa tiri dan ibu kandung kepada seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ini telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 kanun sama.
Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, kedua-dua suspek ditahan selepas pihaknya menerima satu laporan kes rogol melibatkan remaja tersebut pada Khamis lalu.
Ahmad Jamil berkata, mangsa yang berusia 16 tahun disyaki menjadi mangsa rogol bapa tirinya sejak 2020. Apa yang memeranjatkan,perbuatan jijik itu diketahui oleh ibu kandunganya namun turut bersubahat dalam hal tersebut.
“Polis turut menahan ibu kandungnya selepas soal siasat mendapati, wanita tersebut mengetahui tentang kejadian berkenaan.
“Kedua-dua suspek ditahan di KLIA 2 semalam (Sabtu) sejurus tiba dari Sabah. Permohonan reman suspek telah diperoleh mulai 9 hingga 15 April untuk membantu siasatan selanjutnya,” katanya semalam.
Di laman sosial, ramai warganet terkejut apabila mengetahui mengenai penahanan kedua-dua suspek mempunyai kaitan dengan kisah seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 18 Mac lalu sebelum ditemukan selamat di Kampar, Perak pada 5 April lalu.
Seorang pengguna Twitter, @jllmisai mendakwa orang ramai sebelum ini meluahkan rasa simpati terhadap ibu mangsa selepas menguar-uarkan kisah kehilangan remaja terbabit yang dilaporkan hilang dari rumah.
Ciapan berkenaan diulang kicau lebih 7,351 kali dan mendapat sebanyak 8,549 tanda suka selain pelbagai reaksi netizen berhubung kejadian terbabit.
“Punyalah ramai kesian tengok video ibu cari anak hilang ni, tak sangka semalam si ibu dan bapa tirinya tu ditangkap atas dakwaan merogol anaknya yang lari rumah tu sejak 2020,” tulisnya petang semalam.
Terdahulu, mangsa ditemukan kira-kira pukul 3.30 petang di pangsapuri rakan lelakinya berusia 20-an yang berasal dari Kulim, Kedah.
Suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki? Pernah tak anda dengar pepatah orang lama, “kalau suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki”? Mungkin bagi sesetengah orang, ia sekadar gurauan atau kepercayaan turun-temurun, tapi sebenarnya pepatah ini menyimpan satu mesej yang lebih dalam dari sekadar perbezaan fizikal.