Para suami, hargailah pengorbanan isteri. Sebaiknya dalam rumah tangga hargailah setiap perkara yang isteri atau suami lakukan. Bila suami isteri saling menghargai, barulah bahagia rumah tangga yang dibina.
Tidak boleh hanya mengharap pada satu pihak sahaja untuk menguruskan rumah tangga. Soal mendidik anak-anak juga perlu dilakukan bersama bukan hanya tugas seorang isteri dan ibu sahaja.
Ozlyn Kongsi Memang ‘Latih’ Johan Buat Kerja Rumah Bersama
Bagi pelakon Ozlyn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail isteri kesayangan kepada pelawak dan juga penyampai radio, Johan, menguruskan kerja-kerja rumah dan anak-anak perlu dilakukan bersama suaminya.
Ozlyn telah ‘melatih’ suaminya untuk mahir melakukan kerja-kerja rumah termasuk mengajar anak-anak.
Suami Hargailah Pengorbanan Isteri
Dalam satu hantaran dilaman Instagram, Ozlyn pernah berkongsi tentang gaya hidup beliau dan suaminya melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah dan menguruskan anak-anak. Mereka membuat pembahagian kerja agar segala urusan rumah tangga dapat dilakukan dengan teratur.
“Mi goreng ini bekal sekolah untuk anak-anak. Letak telur dadar kerana anak-anak tidak suka telur mata. Sudah dua hari papa terlantar kerana kurang sihat. Selepas sihat nanti papa ambil semula semua tugas mencuci bilik air, membersihkan bilik, mengemas katil, mengajar anak-anak mengaji dan solat berjemaah bersama-sama,” tulisnya.
Ozlyn kerap berkongsi tentang tip rumah tangga dan mendidik anak-anak. Beliau sangat menekankan kerjasama suami isteri. Jelas beliau, suami isteri perlu bersikap tolak ansur dan saling tolong menolong antara satu sama lain.
“Memang saya ajar suami untuk membuat kerja rumah bersama-sama. Jika tidak buat, saya akan marah sebab menguruskan rumah tangga bukan tanggungjawab isteri. Sebenarnya sudah banyak isteri kurangkan beban suami.
Ads
“Suri rumah sepenuh masa paling kasihan. Duduk di rumah sehingga tidak sempat hendak melihat dunia luar. Melakukan kerja rumah, menguruskan anak-anak dan suami, semuanya dilakukan isteri seorang diri,” katanya.
Ozlyn berharap agar para suami di luar sana agar menghargai pengorbanan isteri masing-masing. Katanya lagi, jika ada rezeki lebih, bawalah isteri berjalan-jalan sebagai menghargai segala penat lelah yang dilakukan oleh seorang isteri demi kebahagiaan keluarganya.
Ads
“Kadang-kadang tidak perlu membeli-belah pun. Seorang isteri itu apabila dibawa ke pasar malam pun sudah rasa cukup syukur dan berbunga-bunga hatinya. Tidak dapat dinafikan juga pengorbanan suami dalam soal mencari rezeki. Buat isteri, jangan putus doa untuk suami. Bila suami menyenangkan hati isteri Insya-ALLAH lagi mudah segala urusan,” jelas Ozlyn.
Kesimpulannya di sini, hidup berumah tangga memerlukan sokongan dan kerjasama antara satu sama lain. Buat para suami, rajin-rajinlah membantu isteri di rumah. Usah biarkan isteri anda kepenatan menguruskan kerja-kerja rumah dan anak-anak.
Tugas mendidik anak bukan hanya pada isteri seorang. Anda sebagai suami juga bertanggungjawab dalam soal mendidik anak-anak. Kata pepatah, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ barulah rumah tangga rukun dan damai.
Selalu Buat Konten Train Dan Bermanja Dengan Kucing, Rupanya Ayah Dah Meninggal Dunia 5 Hari Lepas.
Hanya pencinta kucing sahaja yang menyukai dan memahami betapa seronoknya bermanja dengan haiwan kesayangan Nabi Muhammmad S.A.W ini.
Malah ada yang siap boleh train kucing untuk membuat beberapa arahan. Dan ia memerlukan latihan secara konsisten.
Di Tiktok pemilik akaun, ladymarsya sering membuat konten ayahnya bersama kucing yang dikenali sebagai ‘ciput’.
Apa yang menarik perhatiana gelagat ayahnya dan kucing membuatkan warganet terhibur. Namun siapa sangka, baru-baru ini, ayah kepada pemilik akaun Tiktok itu memberitahu bahawanya ayahnya telah telah kembali ke rahmatullah pada 11 September lalu. Difahamkan ayahnya disyaki akibat serangan jantung.
Anak sulung arwah, Nur Marsya Raiza, 26, yang kerap memuat naik video Mohd Roselan dan Ciput mengakui terkejut dengan pemergian bapanya kerana tidak menunjukkan tanda kurang sihat sebelum meninggal dunia.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
TAK SANGKA RAMAI SUKA
Menurut Nur Marsya Raiza, dia mula memuat naik video keletah bapanya dan Ciput sejak dua tahun lalu iaitu ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Ketika PKP lalu, saya saja-saja muat naik video ayah dan Ciput (nama panggilan) tetapi tak sangka pula ramai yang suka.
“Ada juga pengikut minta tip bagaimana melatih kucing seperti yang ayah lakukan kerana suka melihat gelagat Ciput yang pandai dengar kata terutama apabila minta peluk, cium dan menari.
“Penerimaan baik pengikut itu yang mendorong saya rakam dan muat naik video spontan ayah dengan Ciput di TikTok.
“Boleh dikatakan, akan ada satu video saya muat naik dalam tempoh dua hari dan kerana itu ramai terkejut apabila saya maklumkan ayah sudah tiada,” katanya.
CIPUT TAK KERUAN
Setelah ayahnya meninggal dunia, Ciput dipelihara sejak 10 tahun lalu dan amat manja dengan bapanya tetapi haiwan itu kelihatan seperti tidak keruan dan seolah mencari.
Ekoran itu ada pengikut mencandangkannnya melakukan apa yang arwah ayahnya biasa lakukan.
“Nampaknya Ciput beri respon positif dan saya akan cuba menjaganya dengan sebaik mungkin kerana ketika ayah ada, dia terlalu sayangkan kucingnya itu.”
Katanya lagi bahawa reda dengan pemergian ayahnya yang sebelum sempat menyambut ulang tahun kelahirannya pada 17 September ini. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan ayah
Menengar sahaja tentang kanser, ramai antara kita sudah dapat membayangkan keperitan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh pengidapnya. Apatah lagi kini, info tentang penyakit ini begitu banyak didedahkan kepada masyarakat.
Umumnya pengidap kanser ini jika kita lihat begitu kuat semangat mereka, terus berjuang melawan kanser untuk kembali sembuh. Pun begitu, hakikatnya berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Hal ini juga telah diceritakan oleh seorang abang bernama Shukur Yusof di akaun fbnya tentang perjuangan adiknya Fatin Nursyahirah Binti Yusuf dalam melawan kanser. Pelbagai usaha telah keluarga ini lakukan, namun rezeki, jodoh, ajal dan maut semua itu ketentuan Allah.
Lebih memilukan tentang kisah ini, apabila Fatin Nursyahirah yang berusia 24 tahun, pergi dijemput Ilahi sehari selepas diijabkabulkan.
CORETAN BUAT KAKAK
Kanser? Malas ambil pusing sebab tak kena batang hidung sendiri. Tahun 2017, di PPUM adikku yang kami panggil Kakak disahkan menghidap Kanser Sacorma (sejenis kanser tisu) pada tahap ke-3!
Sekeluarga tergamam. Mama terus menangis. Abah kelu tak terkata. Seakan tidak percaya akan diuji sehebat ini. Tetapi Kakak yang kami sayangi nampak cukup kuat. Kami sekeluarga terus positif yang mengatakan Kakak boleh sembuh. Hidup bertukar 360 darjah. Segala aktiviti dan perhatian kami dikhususkan untuk Kakak.
September 2017, selesai pembedahan membuang kanser tersebut. Doktor memberi jaminan yang pembedahan berjaya dan insyaAllah kanser tidak akan menyerang lagi sekurang-kurangnya untuk tempoh terdekat. Cuma follow up seperti biasa. Leganya perasaan kami sekeluarga. Difikirkan berakhir disitu, tetapi tidak.
Terus diuji
Disember 2017, Kakak diuji lagi. Kanser datang kali ini dengan lebih agresif. Doktor juga tidak dapat mengenalpasti mengapa kanser ini begitu cepat membesar. Kami sekeluarga terus memberi semangat. Terus yakin. Terus berusaha. Terus bertawakal. Hanya kami dapat memberikan kekuatan psikologi yang amat diperlukan Kakak.
Februari 2018, Mama dan Abah terus setia menunggu diluar bilik bedah. Pembedahan kedua yang memakan masa lebih 15 jam selesai jam 2 pagi. Usai solat Subuh, Mama, Abah dan saya dah terjegat di Cardiacthoracic Intensive Care Unit (CICU) menunggu ulasan doktor mengenai pembedahan tadi. Doktor memaklumkan bahawa pembedahan tidak 100% berjaya. Sel kanser tak dapat dikeluarkan sepenuhnya disebabkan keadaan sudah terlalu rumit dan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. Selesai mendengar ulasan doktor, kami keluar. Masing-masing diam membisu namun akhirnya kami sama-sama menangis. Tak kuat kami menahan air mata. Ya Allah! Sungguh hebat ujianMu kali ini…
Bermula daripada saat itu, kami sekeluarga mula menjadi doktor sendiri. Habis segala macam artikel berkaitan kanser kami baca. Habis segala petua kami cuba. Segala ceruk pelusuk negara kami teroka. Dengan hasrat mencari penawar buat Kakak tercinta. Kakak seperti biasa senyum tanpa luahkan sakit yang terseksa.
Jalani sesi rawatan
Hujung April 2018, kami sekeluarga bersetuju dengan saranan doktor untuk Kakak menjalani sesi radioterapi. Maka berulang-aliklah kami setiap hari membawa Kakak ke PPUM. Selesai 30 sesi pada awal Jun 2018, hasil scan terbaru yang dijalankan, doktor memaklumkan yang tumor kanser sudah mengecut. Alhamdulillah. Leganya hati kami.
Namun, tiba-tiba doktor berkata lagi dalam nada yang cukup lembut.. “Tapi…., kanser tu dah merebak ke kawasan yang lain”. Saya dan kakak terbungkam! Pada ketika itulah pertama kali saya melihat Kakak menangis teresak-esak. Saya sendiri menangis sambil cuba memberikan kata-kata positif buat adikku ini. Tidak lagi peduli pandangan orang disekitar ruang menunggu PPUM. Hanya kami merasai peritnya dugaan ini. Allah….
Dipinang orang…
17 Jun 2018, Kakak dipinang seorang anak muda yang cukup ikhlas menerima Kakak seadanya. Keluarga pihak lelaki juga banyak membantu dalam proses mencari penawar buat Kakak daripada awal hingga sekarang. Mama dan Abah sangat bersyukur disebabkan keluarga pihak lelaki yang begitu bersungguh menerima Kakak walaupun dalam keadaan Kanser sekarang sudahpun di tahap 4.
Julai 2018. Kakak lumpuh daripada paras pinggang ke bawah. Sekeluarga terkejut. Tidak kami sangka akan secepat ini. Kakak seperti biasa lebih banyak berdiam diri tentang sakitnya. Namun segala yang Kakak pinta, kami akan cuba usaha untuk jadikan kenyataan. Selang seminggu kemudian, kesihatan Kakak semakin merosot. Kakak mula sesak nafas. Kanser sudah menyerang paru-paru Kakak. Pihak hospital telah memberitahu tiada rawatan lagi untuk tahap ini. Yang ada hanyalah “Comfort Patient”. Fahamlah kami dengan maksud Doktor itu. Lantas Mama terus menangis. Abah cuba memendam rasa biarpun air mata sudah berlinang. Hanya Allah yang mengetahui perasaan kami…
Cinta Sejati
Ogos 2018. Semangat baru buat Kakak. Azzam bersungguh untuk menerima Kakak sebagai isteri. Ikhlas hati Azzam hanya Allah yang tahu. Dalam keadaan Kakak seperti ini, tetap menerima Kakak seadanya. Keluarga Azzam juga begitu. Menyokong penuh hasrat Azzam. Telah menganggap Kakak seperti keluarga sendiri. Alhamdulillah. Allah hantarkan sebuah keluarga yang cukup bersih hatinya yang sedia menerima Kakak dan berusaha bersama-sama mencari penawar dan memberi semangat.
Pagi 3 Ogos 2018, Kakak dan Azzam selamat diijabkabulkan. Tiada majlis warna warni, tiada baju pengantin menambah seri. Tiada pelamin tanda raja sehari. Yang ada hanyalah pihak keluarga perempuan, pihak keluarga lelaki, tok kadi bersama saksi. Ketika akad sedang dilafaz, esakan tangisan keluarga menjadi muzik latar, menyaksikan penyatuan dua hati murni ini. Alhamdulillah. Allah permudahkan.
Semoga atas pernikahan ini, Allah kurniakan rahmat dan keberkatan serta kebahagiaan dunia akhirat buat Kakak dan Azzam.
Namun, saat gembira itu tidak lama. Petangnya selepas solat Jumaat, Kakak terus dimasukkan ke hospital. Pernafasan Kakak semakin merosot. Mama terus menjadi peneman setia. Disamping Abah yang terus berusaha serta keluarga yang terus mendoakan kesembuhan Kakak.
Namun Allah lebih sayangkan Kakak dan Saat itu tiba juga.
Kakak pergi meninggalkan kami pada waktu Subuh 4 Ogos 2018. Alhamdulillah ditemani Mama, Abah, Suaminya, Mak Besah serta Saya.
Disaat ini, keluarga redha dengan ketentuan. Buat Azzam dan keluarganya, terima kasih atas segala pengorbanan serta kasih sayang yang diberikan untuk Kakak, serta menunaikan impian Kakak biarpun cuma untuk seketika. Alhamdulillah, Kakak nampak berseri masa hari pernikahannya. Hanya Allah yang dapat membalasnya budi baik Azzam dan keluarganya.
Semoga Kakak ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Aamiin.
Adam Corrie memaklumkan dia pernah ditegur kerana makan menggunakan chopstik walaupun selepas memeluk agama Islam.
Justeru, bapa kepada seorang cahaya mata ini meminta orang ramai hormat dengan budaya pelbagai kaum Di negara ini. Hal tersebut dikongsikan menerusi laman Instagramnya.
“Ambil yang positif. Hidup berbilang kaum. Makan guna ‘chopstick’ tak haram ya. Sebab dulu pernah kena tegur, dah masuk Islam tak boleh pakai ‘chopstick’. Haram katanya.
“Memang begini cara orang Cina lelaki seperti saya makan nasi dalam mangkuk. Rapatkan mangkuk ke mulut, tolak nasi, lauk dan sebagainya guna ‘chopstick’ laju-laju supaya nasi tak tumpah.
Jelasnya lagi, kaedah menggunakan penyepit makanan memang budaya yang diamalkan oleh orang Cina.
“Bukan sebab gelojoh.Bezakan antara budaya dan agama. Kalau nasi dalam pinggan, saya guna tangan sahaja untuk makan.
“Sebab makan di restoran Cina Muslim, dah siap bagi nasi kukus ayam halia dalam mangkuk. Apa lagi, makan pakai ‘chopstick’ lah, budaya bangsa sendiri,” jelas Adam dengan panjang lebar.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...