Jika anda sekeluarga penggemar pajeri nanas, tentu anda perasan ada pelbagai cara untuk menyediakan masakan ini. Umpanya setiap kali memasak, ada orang perlu ada santan pekat untuk pastikan kuahnya menjadi pekat dan berasa. Namun ada juga yang suka rasa cair dan memilih menggunakan santan cair.
Tidak dengan itu, ada juga yang menyediakan pajeri ini tanpa menggunakan santan sekali pun tetapi rasa masakan pajerinya cukup menyelerakan. Kuah rasa berempah, pekat dan cukup rasanya.
Ini seperti mana resipi yang dikongsikan oleh Norfadilah Ibrahim di salah satu group masakan di facebook. Perkongsiannya itu menarik perhatian warganet hingga ramai teruja untuk mencuba menyediakan menu pajeri tersebut.
Jadi buat anda yang ingin mencuba sendiri untuk menyediakan menu pajeri yang dimasak tanpa santan, boleh cuba rasa sendiri keenakan rasanya dengan menggunakan resipi yang dikongsikan ini.
Pajeri Nanas Tanpa Santan
Bahan A (menumis )
Bawang besar 1/2 biji
Bawang putih 2ulas
Bunga lawang 2
Kulit kayu manis 1batang
Bahan B (dikisar )
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 3 ulas
Ikan bilis
Bahan C
Rempah kari daging 2 sudu makan
Bahan D
Kerisik 2 sudu makan
Garam 1 sudu kecil
Serbuk perasa 1 sudu kecil
Gula putih 2 sudu makan
Ads
Bahan E
Buah nenas yang siap dipotong
Cara memasak
1.Panaskan minyak kemudian masukkan bahan A..tumis sehingga garing
2.Dah garing masuk bahan B..kacau-kacau dan biar dalam 3 minit macam tu masukkan pulak bahan C..biar sehingga betul-betul pecah minyak.
3.Rempah sudah masak boleh masukkan air dalam 1/2 cawan.
4. Kemudian masukkan bahan D & E
Ads
5.Biarkan seketika tunggu semua bahan sebati..
6.Rasa semua kalau dah ok bolehla tutup api dan dihidangkan bersama nasi panas-panas.
Patutlah sedap, rupanya wanita ni menggunakan resipi yang sama selama 30 tahun untuk buat biskutresip ‘Chocolate Chip Almond Cookies’.
Tengok pun dah tahu sedap, rangup dan mudah nak buat. Mak-mak boleh cuba buat untuk raya nanti.
Ini adalah resipi yang dikongsikan oleh Puan Norliza Ali.
Salam Ramadhan kepada semua.
Saya minta maaf lambat kongsi resipi ni. Alhamdulillah saya sibuk dengan kerja. Ni baru dapat curi masa sedikit ya.Semoga kita semua diberkati dengan rezeki yang berlipat ganda, dunia dan akhirat. Amiin.
Resipi ni saya dah pakai dekat 30 tahun lamanya. Alhamdulillah, ramai orang suka my own version of Chocolate Chip Almond Cookies.
Bahan-bahan:
250gm butter
140gm gula kastor
120gm Gula perang
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
370gm tepung gandum biasa
1 sudu teh bicarbonate soda
1 sudu teh garam
200gm nibbed almonds
400gm chocolate chips
Cara membuat:
1. Dengan menggunakan hand mixer, pukul butter dengan gula kastor dan gula perang sehingga kembang.
2. Tambahkan 2 biji telur, pukul sebiji dahulu sehingga kembang, baru tambahkan sebiji lagi.
3. Masukkan esen vanilla.
4. Ayak tepung gandum, bicarbonate soda dan garam ke dalam adunan. Guna spatula dan kacau sebati.
5. Masukkan nibbed almonds dan chocolate chips.
6.Selepas adunan siap, boleh simpan dalam peti sejuk selama setengah jam supaya senang untuk dibentuk, tidak terlalu lembik.
7. Gunakan sudu penyukat saiz 1/2 sudu besar atau tablespoon sebagai acuan. Isi sudu penuh penuh, ratakan, cungkil dan letak atas baking pan yang dilapik dengan baking paper. Saya guna pan segi empat 12 inci dan muatkan 25 ketul cookies. Jarakkan 5 x 5 baris.
Ni saya bentuk siap-siap letak sebelah sementara tunggu giliran masuk oven.
8. Bakar dalam oven suhu 175°C selama 18 minit.
9. Sejukkan biskut sebelum simpan dalam bekas yang kedap udara.
Tidak dinafikan ada segelintir ibu ayah menganggap anak yang cerewet makan itu perkara biasa. Malah ada yang beranggapan tabiat ini akan berubah apabila anak besar nanti.
Namun hakikatnya anggapan ini bahaya itu anak yang boleh menjejaskan keselamatannya.
Tahukah anda bahawa anak yang cerewet makan (picky eaters) atau tidak berselera makan boleh mengakibatkan badannya tidak mendapat nutrisi yang seimbang untuk perkembangan tubuh badannya. Ia juga akan memberik kesan kepada antibodi badan.
Inilah yang terjadi kepada seorang ibu, puan Adila Azurin yang tidak menyangka bahawa anaknya yang dilihat tidak berselera makan sebagai suatu perkara biasa.
Sebenarnya disahkan menghidapi sindrom PICA (eating disorder) yang berkait rapat dengan penyakit anemia.
Lebih mengejutkan anaknya telah memakan rambut sendiri. Mujur segera mendapatkan nasihat doktor, kesihatan anaknya kembali sihat.
Ikuti pengalamannya menghadapi anak sebegini. Moga menjadi iktibar kepada ibu bapa lain untuk menguruskan anak-anak sebegini.
TAK APA NANTI ANAK DAH BESAR PANDAILAH DIA NAK MAKAN.
Pernah terfikir macam ni? Ubah sebelum menyesal. Raya baru ni ramai yang tanya pasal kesihatan Adra. Buat mereka yang tak tahu, 3 bulan lepas Adra warded 3 hari di hospital sebab masalah anemia. Kurang hemoglobin (HB) dalam sel darah merah. Kalau nak tahu, HB ni la yang tolong angkat oksigen dari paru-paru untuk salurkan ke seluruh badan.
Kerap demam
Sebelum warded hospital, Dila bawak Adra ke Klinik Kesihatan (KK) untuk buat blood test, sebab dalam sebulan tu dia kerap demam. Hampir setiap bulan. Sebelum ni Adra memang jarang demam. Kalau demam pun tak lama. Hari ni demam, esoknya dah baik. Dila confiden Adra susah kena penyakit sebab Dila fully breastfeed sampai setahun setengah. Sangkaan Dila, imune badan dia mesti kuat.
Tapi ntah kenapa bulan 4 lepas Adra demam sampai 2 kali dalam sebulan. First time Adra buat blood test di KK, terus dia kena refer ke hospital sebab bacaan HB dia masa tu 5 sedangkan bacaan yang doktor bagitau untuk kanak-kanak normal adalah 13.
Kurang dari separuh. Arghhhh, terkejut Dila. Tanya doktor KK apa puncanya, tapi doktor KK bagitau hospital akan buat detail check up untuk dapatkan puncanya.
Balik rumah terus pack baju, serah diri ke hospital. Sebabkan masalah Adra berpunca dari darah, memang kena ambik darah je dari dia mula masuk hospital sampai la nak discaj. Kesian dia kena cucuk banyak kali. Dila pun tak sanggup nak tengok lebam-lebam kat tangan dia.
Doktor tanya pelbagai soalan selepas ambil darah
Lepas ambil darah. Doktor tanya macam-macam soalan. “Awak tengok sendiri muka dia pucat, kelopak mata pun pucat, sini tengok tapak tangan dia. Bandingkan dengan tapak tangan awak. Pucatkan? Ada tak dia sesak nafas? Berak dia ada keluar darah? Famili ada yang hidap talesemia tak?”
“Tak ada doktor, cuma sebelum ni dia demam dekat 5 hari on off on off, saya bagi PCM macam biasa tapi saya tengok dia lemah. Tak nak main sangat, asyik baring je. Makan kurang, tapi menyusu macam biasa. Kami tak ada talesemia, cuma saya je during pregnancy HB memang low.”
“Ok tak apa kita akan buat Full Blood Count (FBC) untuk tengok apa masalah sebenar.” Hampir tiga hari Adra warded di hospital. Setiap hari doktor yang round ward akan tanya. “Anak minum susu apa ibu?”
Rupanya kurang nutrisi!
“Selera anak macam mana? Dekat rumah bagi makan apa?” “Kita tengok anak ibu memang tak ada masalah apa. Mungkin masalah dia kurang darah merah ni sebab cara pemakanan dia tak berapa betul. KURANG NUTRISI.”
Allah! Tak tahu nak cakap macam mana, segan pun ada bila doktor cakap Adra kurang zat. Rasa macam kita tak bagi anak makan sampai dia jadi kurang zat.
Anak sulung Dila, Adam lagi picky. Tapi dia tak ada pun masalah anemia. At least Adra makan nasi walaupun berlaukkan sup ayam hampir setiap hari. Dila selalu ingat tak apa kalau budak-budak tak nak makan sekarang, akan datang bila dia makin membesar, masa tu selera dia akan berubah. Tapi memang silap bila sangkaan Dila tu. Apapun memang kena dididik dari awal.
Lepas dari Adra mula campur susu Dila tak bagi dia minum susu fm. Adra memang minum fresh milk sahaja selain dari ebm. Dila belajar dari Adam dulu, salah satu punca anak tak nak makan bila dia dah terlalu craving susu yang manis. Adam pulak minum susu coklat. Kalau kurangkan portion susu dia pun, still tak nak makan. Adam cuma makan nasi yang ada rasa, macam nasi lemak (fav Adam), nasi ayam, nasi biryani. Semuanya makan tanpa lauk.
Lain sangat dengan Adra, dia memang suka makan. Mungkin masa mengandungkan dia, Dila memang tak ada alahan dan makan apa sahaja. Jadi nak suap Adra makan lebih mudah dan dia memang berselera.
Ingat simptom nak dapat adik
Tapi Dila perasan dia kurang makan masa Dila mengandungkan anak ketiga, Hayat. Tak tahu sama ada simptom nak dapat adik ke apa. Orang kata kalau anak kita nak dapat adik memang perangai akan berubah sikit. Maybe betullah kot.
So Dila pun ok asalkan dia minum susu macam biasa. Waktu tu pun Dila memang tak larat sebab mengandung, nak kejar nak paksa makan ke apa memang tak larat sangat. Hari hari sebelum pergi kerja Dila akan masak lauk tuk Adra. Sup ayam, sup bayam.
Dua tu memang fav Adra. Kalau tak larat Dila akan beli je dekat kafe ofis sambil sambil cari menu baru yang kena dengan selera Adra. Tapi Adra tetap macam tu, makan sesuap dua lepas tu tak nak makan.
Buat perangai pelik makan rambut sampai botak!
Makin lama, Adra makin pelik bila dia dah start mengutip benda yang pelik-pelik masuk dalam mulut. Jangan tak percaya Adra suka makan rambut. Yes dia suka makan RAMBUT dia sendiri.
Terkejut sangat bila satu hari balik dari ofis tengok rambut Adra dah botak sebelah. Sampai banyak macam tu sekali Adra makan rambut dia. Sedih bila Dila dengan suami terpaksa decide untuk pendekkan rambut dia. Kesian nak botakkan rambut dia plus masa tu dah nak raya. Dengan badan yang makin kurus, rambut tak ada sampai ada yang tanya. “Adra luekimia ke?” Allah. Mintak dijauhkan.
Anak alami sindrom PICA
Then Dila dan suami decide bawak Adra jumpa doktor pakar kanak-kanak. Cerita dari A to Z. Doktor bagitau yang Adra ada simptom PICA. Penyakit yang mana seseorang tu suka makan benda-benda pelik. Seseorang yang kurang zat besi cenderung untuk dapat simptom macam ni.
“Anak awak cuma makan rambut, ada saya jumpa makan sabun, makan tanah. Ye memang gejala PICA anak awak ni.”
Huaaaa lagi la sebak. Salah aku ke tak paksa anak makan. Stress sampai rasa nak tarik rambut sendiri pulak. Dia sambung lagi.
“Awak sendiri pun kena tengok awak makan apa, sebab dia bf kan, jadi apa yang awak makan tu lah salur pada dia, kalau makan tak berkhasiat, logik ke awak rasa badan dia kuat”
Doktor pakar kongsi tip anak yang susah makan
Memang tahan telinga je waktu tu. Doktor pakar tu ada share beberapa teknik macam mana nak pujuk anak supaya makan semula terutama yang picky ni.
“Kita ibu ayah, kita yang sepatutnya kawal anak-anak, anak patut dengar cakap kita, bukan kita yang ikut semua kemahuan anak. Tak apa saya ajar macam mana tuk awak bagi dia makan, kanak-kanak yang picky macam anak awak ni memang ada cara dia.”
Ini doktor explain antara punca kenapa Adra boleh dapat anemia. 1) Minum susu segar yang mana kandungan zat besi dalamnya adalah rendah. Tak salah nak bagi anak minum susu segar, tapi pemakanan kena jaga sama. Jadi ibu-ibu yang memilih untuk berikan susu formula pada anak-anak, baca label dan pilih susu yang mempunyai kandungan zat besi yang tinggi.
2) Kurang makan makanan yang mempunyai zat besi. Walaupun kadang Adra makan, tapi sup ayam kurang kandungan zat besi. Jadi tukarkan kepada menu yang lebih kandungan zat besi seperti sup daging lembu, sayur atau buah setiap hari. Bayam dan jambu batu contohnya.
3) Tiada ambil makanan tambahan atau suppliment kanak-kanak untuk tampung kekurangan zat besi yang sesuai dengan keperluan tubuh badannya.
So ibu/mama/mommies/umi luar sana jangan pandang ringan bila anak kurang makan atau tak nak makan lansung. Zat besi memang sangat penting untuk tumbesaran anak-anak.
Kekurangan zat besi juga akan menyebabkan anak-anak akan mengalami gangguan dalam pembelajaran terutama matapelajaran matematik. Ini apa yang doktor sharekan pada Dila. Wallahualam.
Sampai sekarang Dila ingat apa yang doktor tu cakap dan ajarkan. Keadaan Adra dah semakin baik. Hikmah jugak Dila cuti bersalin 3 bulan ni, hari-hari Dila boleh suap Adam, Adra makan dengan tangan sendiri. Tak makan Dila dah siap sediakan rotan panjang dekat sebelah. Tak makan, haaa siap la!
Slow-slow tabiat pelik dia berkurang, makan rambut tu alhamdulillah hilang sepenuhnya. Doakan kesihatan Adra bertambah baik. Inn shaa Allah. Anak menangis tak apa, jangan kita yang menangis menyesal kemudian.
Sekali sekala jika dapat sediakan menu pizza untuk dinikmati bersama keluarga menarik juga. Apatah lagi bila ada yang kongsikan resipi atau cara penyediaan pizza yang begitu mudah namun enak.
Ini seperti perkongsian Ummul Omar, menurutnya hanya 25 minit sahaja diperlukan dan tanpa perlu menggunakan yis hidangan pizza dapat disediakan. Jadi usah tunggu lagi, jom masuk dapur.
Bahan-bahan:
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan kecil yogurt asli (100ml)
Tomato puri
Topping ikut suka (dalam ni ada nanas, olive, cili benggala, cendawan)
Mozarella cheese (takda dalam gambar)
Cara Buat :
1. Sebelum mula, panaskan oven pada suhu 230•c.
2. Gaul yogurt dengan tepung. Kalau rasa adunan agak kering, tambah sikit air masak. Kalau adunan agak basah, tambah sikit tepung.
3. Dah siap, uli adunan dalam 2 ke 3 minit sampai adunan jadi bentuk bola yang rata. Tambah tepung sikit demi sikit sampai doh terbentuk cantik.
4. Boleh terus letak atas tray pizza dan gelekkan doh sampai leper. Tak payah tunggu doh naik! Haa best kan? Jimat masa.
5. Ratakan puri tomato atas doh. Taburkan topping. Last sekali yang paling best. Letak mozarella cheese banyak-banyak.
6. Bakar pada oven suhu 230 •C selama 10minit sampai masak. Pastikan oven dah panas sebelum masukkan pizza.
*Resepi ni dapat 1 pizza saiz large. Nah hasilnya! Pizza 25minit. Rotinya lembut di dalam, rangup diluar. Puas hati makan.
sumber : Ummul Omar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...