Nak tak nak inilah realitinya, ramai yang susah ketika ini dan masih tertanya-tanya bilakah kita semua akan keluar daripada kemelot pandemik covid-19. Apa yang jelas, dalam kegelisahan melalui hari-hari mendatang ada sebahagiannya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Lantaran itu, setiap antara kita perlu lebih prihatin untuk sama-sama membantu di antara satu sama lain. Ini seperti mana pepatah Melayu ada menyebut, berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

Bila kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita pula.

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya”. (HR Muslim)

Berkongsi kisah berkenaan tolong-menolong dan mempermudahkan urusan orang lain di laman facebook, seorang guru yang dikenali sebagai Muhammad Yusof berkongsi nukilannya. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi untuk kita semua sama-sama melakukan banyak kebaikan untuk membantu orang disekeliling kita.

Mempermudahkan Urusan Orang

“Pak Cik Nak Bagi Duit, Tak Mampu. Tapi Kalau Tolong Adik Sikit-Sikit Bolehlah…”Ramai Tersentuh Hati Dengan Kisah Ni!

Masa saya tengah angkat beras tadi, ada sorang pak cik datang kat saya. “Banyak lagi ke dik beras?”. Saya ingat dia nak beras. Saya pun bagi dia satu beg beras dan barang dapur. “Eh bukan dik. Pak cik tak nak. Pak cik tengok adik dok angkut beras banyak ni pak ingat nak tolong angkat sekali. Adik ada buat bantuan ya? Pak cik nak bagi duit pak cik tak mampu, tapi kalau tolong adik sikit-sikit ni bolehlah..”.

Allah, Allah pak cik ni buat saya terharu petang tadi.

Dalam masa lockdown ni sebenarnya, kita kena belajar ‘mempermudahkan’ urusan orang lain, macam yang pak cik ni buat.

Kalau kita jadi suami, kita ‘permudahkanlah’ segala urusan isteri dan keluarga kita.
Jika kita jadi isteri, kita usahalah untuk ‘permudahkan’ urusan suami dan anak-anak kita.
Jika kita jadi kakak atau abang, kita ‘permudahkanlah’ urusan adik-adik kita yang mungkin tengah struggle masa pkp ni.

Kalau kita jadi bos, kita ‘permudahkanlah’ urusan pekerja-pekerja bawah kita.
Kalau kita jadi cikgu, kita ‘permudahkanlah’ pdpr anak-anak murid kita.
Kalau kita jadi orang kaya, kita ‘permudahkanlah’ urusan kita untuk bantu orang miskin yang memerlukan.

Kalau kita ada rezeki lebih sikit, kita ‘permudahkanlah’ untuk bantu beli barang-barang kat peniaga tepi jalan atau mana-mana peniaga yang sedang terkesan masa pkp ni.
Kalau kita order food panda atau grab food, kita ‘permudahkanlah’ urusan mereka dan berilah mereka tips sikit.

Kalau kita jadi seorang jiran, kita ‘permudahkanlah’ bantuan kepada jiran-jiran setempat yang memerlukan.

Kalau kita jadi pihak yang berautotiti, kita ‘permudahkanlah’ dan percepatkanlah urusan bantuan kepada yang amat-amat memerlukan sekarang.

Pendek kata, tak kira siapa pun kita, cubalah untuk ‘mempermudahkan’ segala urusan orang lain. Kelak satu masa nanti Tuhan akan ‘mempermudahkan’ urusan kita bila kita sempit, InsyaAllah.

Sebelum saya balik, pak cik tadi datang ketuk pintu kereta saya. ‘Dik, pak cik tak tau nak sedekah apa. Ni pak cik ada air bersih banyak dalam kereta. Adik gunalah buat basuh tangan ke apa ke ye..’

“Pak Cik Nak Bagi Duit, Tak Mampu. Tapi Kalau Tolong Adik Sikit-Sikit Bolehlah…”Ramai Tersentuh Hati Dengan Kisah Ni!

Saya tak terkata apa. Terharu saya. Moga Syurga buatmu pak cik. Ni saya sertakan botol air paip yang pak cik ni bagi kat saya. Nanti ada orang kata saya reka cerita pulak.

Meninjau di ruangan komen, ramai antaranya tersentuh hati membaca kisah yang dikongsikan ini. Bahkan ramai mendoakan agar urusan cikgu ini untuk membantu lebih ramai yang susah dipermudahkan.

Sumber : Muhammad Yusof

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Pak Cik Nak Bagi Duit, Tak Mampu. Tapi Kalau Tolong Adik Sikit-Sikit Bolehlah…”Ramai Tersentuh Hati Dengan Kisah Ni!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI