Setiap hari pasti kita akan menggunakan mesin basuh untuk mencuci pakaian. Pun begitu, tahukah anda walaupun ‘tugas’ utama mesin basuh adalah untuk mencuci bagi membersihkan pakaian kotor kita, tapi sebenarnya mesin basuh juga boleh menjadi kotor dan berkeladak jika tidak dicuci!
Ini bukan suatu perkara pelik memandangkan pasti ada daki, habuk, lumpur dan sebagainya melekat pada pakaian kita dan apabila dicuci dengan menggunakan mesin basuh pasti akan terkumpul pula di bahagian dalaman mesin tersebut.
Cuba bayangkan jika sudah lama anda menggunakan mesin basuh tersebut dan anda langsung tidak pernah lakukan kerja-kerja membersihkannya. Jadi bagaimanalah rupa keladak yang tertimbun sekian lamanya itu, mungkin tidak mampu digambarkan!Jadi apa harus anda lakukan, adakah cukup sekadar dijirus dengan air atau bagaimana?
Menjawab persoalan ini, Radi Apiz di dalam fbnya telah berkongsi langkah demi langkah untuk memberi lebih kefahaman kepada semua. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat.
“Sejak pakai mesin basuh baru ni la pertama kali saya cuci. Setahun lebih jugak la saya beli mesin ni. Akhir-akhir ni bila cuci baju ada keping-keping habuk melekat kat baju. Pastu saya google la cara-cara nak cuci mesin basuh. Pagi tadi saya try buat. Memang puas hati la tegok keladak-keladak mesin itu keluar. Guna 2 bahan saja iaitu cuka dan baking soda.”
Bahan-bahan :
300ml Cuka
200gm Baking soda
Langkah demi langkah :
- Buka penapis ini dan cuci bersihkan. Lepastu pasang semula.
2. Masukkan baking soda di tempat sabun dan masukkan cuka. Nanti soda itu akan berbuih-buih.
3. Pilih program tub clean. Water level paling maximum.
4. Biarkan mesin berpusing-pusing. Amil masa 2 jam.
5. Tegok kat dasar dia dah keluar keladak mesin.
6. Hasil keladak mesin yang terperangkap kat penapis
Sumber : Radi Apiz
Recycle Makanan Berkulat Tempah Bahaya Buat Keluarga. Sila Takenote, Pesan Dr Ni!
Ada orang sayang sangat hendak buang makanan hinggakan sanggup recycle berkali-kali makanan tersebut dengan beranggapan masih boleh dimakan.
Pun begitu, mungkin ia terlupa makanan juga ada tempoh hadnya dan bila jangkamasa terlalu lama, pasti akan rosak. Bahkan jika tetap juga dimakan ianya akan menjadi penyebab bahaya buat diri dan keluarga sendiri. Apatah lagi jika makanan itu telah berkulat!
Ini sebagaimana perkongsian ilmu daripada Dr. Aida Azmi Official. Semoga bermanfaat.
RECYCLE MAKANAN BERKULAT?
Kulat adalah sejenis fungus seperti cendawan.Ia mempunyai akar yang boleh bercambah, yang dipanggil hyphae dan tidak dapat kita lihat.
Apabila mold mula membiak, ia sebenarnya menyebarkan bahagian yang boleh direproduksi (reproductive) yang dipanggil “sprorangium”.
Sporangium ini menyebarkan berpuluh-puluh ribu spora yang tidak dapat dilihat.
Jadi, apabila sesuatu makanan itu berkulat, sporanya terawang-awang dalam bekas makanan tersebut.
Ada yang berkata, boleh je makan kulat ni. Ada je “kulat baik” dalam yang ada dalam molded cheese atau pun yang digunakan sebagai antibiotic (penicillin).
Ya, ada kulat baik. Tapi bagaimana kita membezakan samada kulat itu kulat baik atau sebaliknya. Mengambil risiko untuk memakan makanan yang telah berkulat, walau hanya pada permukaannya (kulat memang membiak di permukaan kerana ia memerlukan oksigen untuk membiak) adalah satu perjudian!
Beberapa contoh kulat yang mengakibatkan keracunan makanan adalah seperti Alternaria, Aspergillus, Botrytis, Cladosporium, Fusarium, Geotrichum, Monilia, Manoscus, Mortierella, Mucor, Neurospora, Oidium, Oosproa, Penicillium, Rhizopus and Thamnidium.
Kulat Cladosporium boleh mengaibatkan alergi tetapi tidak berbahaya, sementara kulat Penicillium crutosum boleh menghasilkan toksin berbahaya iaitu Mycotoxin.
Mycotoxin banyak ditemui dalam bijirin, kekacang dan juga makanan lain seperti celery, jus anggur, apple dan beberapa jenis tumbuhan lagi. FAO menganggarkan sebanyak 25% food crop (hasil pertanian) dicemari dengan mycotoxin.
Suhu yang tinggi tidak dapat membunuh MYCOTOXIN yang telah terbentuk dalam makanan yang tercemar dengan kulat.
Sebab itu membasuh dan memasak semula dodol yang telah berkulat adalah a BIG NO-NO. Saya amat terkejut membaca perkongsian netizen dalam satu group berkenaan apa yang perlu dilakukan sekiranya dodol didapati berkulat.
Ya Allah, mengucap panjang saya! Janganlah nanti ada kluster keracunan makanan akibat dodol pula.
Mungkin ada yang berkata, “elok je, xde pun kes orang mati lepas makan dodol berkulat tu”.
Jawapan saya, Alhamdulillah jika tiada. Tapi bagaimana jika benar-benar terjadi keracunan? Harus diingat bahawa tahap imuniti setiap manusia adalah berbeza. Kanak-kanak, golongan tua dan juga ibu mengandung biasanya amat terdedah kepada risiko seperti ini.
Keracunan ini boleh menyebabkan sesak nafas, alergik dan cirit-birit serta muntah. Dan untuk kes yang serius, boleh menyebabkan kematian.
Jadi, sebelum berlaku perkara yang lebih teruk, baiklah dielakkan.
Gambar dodol berkulat ini pula adalah dodol yang baru beberapa hari dibeli oleh ayah saya sebelum raya. Jarang dodol berkulat, kan? Tahukah anda apa sebabnya dodol berkulat?
Dodol mengandungi kadar gula yang tinggi yang dapat menjadi salah satu pengawet semulajadi. Ada kemungkinan dodol ini kurang manis (kurang daripada 60 Brix)
Keduanya, mungkin ia tidak cukup dimasak dan menyebabkan kandungan air dan aktiviti airnya tinggi (Kandungan air dan aktiviti air adalah berbeza – ramai yang salah faham – insyaAllah nanti saya akan ulas perbezaan antara kedua-duanya). Kandungan air dan aktiviti air yang tinggi ini menyebabkan kulat mudah membiak.
Faktor penyimpanan – makanan yang telah dibuka pembungkusnya harus ditutup dengan sempurna dan di simpan di dalam peti sejuk jika mahu memanjangkan jangka hayatnya. Namun, dodol tidak sesuai disimpan di dalam peti ais kerana ini akan menyebabkan ia ter-retrogradasi dan menyebabkan ia hilang kekeyalan dan menjadi keras.
Faktor kebersihan – kebersihan pembuatan dodol juga perlu diambil kira. Jika dodol dimasak dan dibungkus dalam keadaan yang kurang kondusif (tempat yang kotor, tiada pengudaraan yang baik) maka kulat mudah hidup di permukaan dodol tersebut.
So apa yang perlu dibuat dengan dodol berkulat ni? USFDA menyarankan agar makanan yang berasaskan bijirin (tepung) yang berkulat ini agar dibuang kerana dikhuatiri ia juga terkontaminasi dengan bakteria lain yang turut membiak bersama-sama kulat tersebut.Dengan ilmu, kita dapat mengelakkan keracunan makanan.
Sumber : Dr. Aida Azmi Official.
10 Petua Turunkan Berat Badan & Salah Satunya Wanita Ni Amal Guna Bawang Putih.Turun 5 Kg Sebulan, Hebat!
Masalah berat badan antara yang sering dihadapi oleh ramai ibu-ibu, apatah lagi setelah melalui proses melahirkan anak. Sedar ada berlakunya penambahan berat badan, hakikatnya bukan tidak dikawal selera makan. Namun usaha berdiet kadang-kadang tidak menjadi.
Untuk itu, apa kata mencuba petua yang diamalkan ini. Dikatakan berat badannya turun 10kg selepas 2 bulan. Angka yang besar dan bolehlahsesiapa yang menghadapi masalah berat badan tersenyum selepas ini melihat perubahan diri.
Jom semak apa yang perlu dilakukan.
“Saya share petua yang buatkan saya kurus dari 56kg jadi 46kg (sebab saya rendah)“-Isteri Educated
Cara-caranya:
- Ketika nasi tengah mendidih masukkan bawang putih yang telah dicuci bersama dengan kulitnya sekali.
- Letakkan di atas nasi dan tutup sedikit dengan sedikit nasi.
- Kemudian biarkan nasi masak seperti biasa.
- Kemudian apabila telah masak, keluarkan bawang putih tadi dan kupas kulitnya.
- Sedia untuk dimakan.
Ini kesannya
“Amalkan 2 kali sehari.. memang tak pantang ais ke cafein ke apa.. makan pun bernafsu ja.. tapi turun 10kg selama 2 bulan.. agak lambat tapi berbaloi la untuk yang nak berjimat dan paling best ibu yang menyusu pun boleh try sebab dia tak kacau or dropkan susu pun
“Jangan risau, tak berbau kuat pun dan nasi yang di masak pun tak berbau bawang.. try la mana tau serasi dengan ibu-ibu..”
Pun begitu banyak lagi petua lain yang boleh diamalkan untuk tujuan menurunkan berat badan dan menghilangkan kesan buncit yang ada pada bahagian perut. Di sini dirangkumkan beberapa petua yang berkaitan dan pilihlah yang mana dirasakan paling mudah dan serasi dengan badan anda.
1-Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air.
Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
3. Air asam jawa sebagai minuman harian
Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
4. Teh hijau turunkan berat badan
Selepas makan, amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk kayu manis dan madu.
5. Badan langsing selepas bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
6. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini, iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.
7. Teh + limau nipis kempiskan perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba
8. Limau nipis + kapur sirih sebagai masker perut
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.
9. Daun lidah buaya dan asam jawa
Ambil sedikit daun lidah buaya dan air asam jawa, rebus kedua-dua bahan tersebut dengan api yang kecil tunggu sehingga ia menjadi pekat. Biarkan seketika sehingga bahan tadi menjadi suam dan lumurkan pada perut anda. Amalkan 3 kali seminggu dan lihat hasilnya.
Isteri Ni Buat Jus Guna Tiga Bahan Dari Dapur Untuk Bantu Masalah Gout Suami.
Penyakit gout berlaku disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik adalah merupakan bahan kumuh berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin.
Asid urik yang berlebihan tidak dibuang akan berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
Bagi penghidap penyakit Gout pasti cukup kenal dengan dua jenis ubat ni- Allupurinol untuk turunkan paras asid uric manakala Goutnor 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit.
Bagi anda yang ingin mencuba perubatan tradisional selain pengambilan ubat yang disarankan doktor, admin mahu kongsikan petua mudah yang menggunakan tiga bahan di dapur sahaja. Petua ini dikongsikan oleh Cik Mil Neena di dalam ruangan facebooknya.
Bahan-bahan:
1 biji timun
2 batang saderi
3 hirisan lemon (buang biji dulu nanti pahit)
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan ke dalam dalam slow juice (tanpa perlu tambah air)
2. Jika guna mesin pengisar, tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.
3. Hasilnya dapat dua gelas jus.
4. Minum 2 kali sehari. satu gelas selepas bangun tidur dan satu gelas sebelum nak tidur.
Tip tambahan:
• Untuk memudahkan kerja, buat banyak dengan menggandakan bahan di atas.
• Kemudian, masukkan ke dalam botol kosong.
• Pastikan guna sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus seimbang.