Rahim dan faraj dua anggota tubuh wanita yang cukup penting dan perlu dijaga rapi kerana keduanya berkait dengan peranakan.
Antara cara yang boleh diamalkan wanita dalam memastikan bahagian ini sihat dan bebas penyakit adalah dengan melakukan penjagaan luaran. Berikut adalah beberapa amalan yang boleh anda lakukan.
Mandi serum
Mandi serum atau mandi herba ini biasa dilakukan oleh ibu lepas bersalin. Tapi sebenarnya ia boleh saja dipraktikkan oleh wanita yang bukan dalam pantang. Daun-daun berikut akan dikutip dan direbus untuk dibuat mandian.
– Daun pandan
– Daun limau purut
– Daun serai wangi
– Daun mengkudu
– Daun kunyit
– Halia
Selain bertujuan untuk membuang angin, khasiat dari rebusan daun tersebut mampu melancarkan perjalanan darah serta memberi kesan pada kulit. Mandi serum paling mudah boleh dilakukan adalah dari bahan dapur anda sendiri iaitu halia, halba, kunyit dan pandan. Nak tahu best atau tidak cuba dan rasakannya sendiri.
Bertangas
Tidak ramai yang amalkan bertangas. Mungkin merasakan aktiviti ini agak leceh. Sebenarnya senang sahaja, wapkan saja faraj anda dengan wap dari bahan tangas selama 20-30 minit.
Terdapat dua jenis iaitu tangas kering dan tangas basah. Tangas basah sesuai bagi yang mengalami masalah faraj kering dan sesuai juga bagi wanita yang pra menopaus. Caranya adalah dengan merebus herba tangas dan wap rebusan dihalakan pada faraj.
Tangas kering pula memerlukan batu tungku. Herba tangas yang dihancurkan diletakkan di atas batu tungku yang telah dipanaskan lalu wap dari batu tungku itu perlu dihalakan pada faraj.
Ini adalah amalan orang dulu-dulu untuk mendapatkan keadaan faraj sihat. Segala toksin akan keluar dari faraj melalui peluh yang keluar ketika proses bertangas.
Bahan paling mudah untuk tangas basah adalah sirih dan manjakani. Tangas kering pula manjakani, kunyit, halia, halba, perahan limau.
Rendaman faraj
Maksudnya faraj perlu direndam dalam air rebusan herba mengandungi garam bukit, sirih, manjakani. Biarkan air menjadi suam sebelum berendam. Rendaman faraj dan tangas ini sesuai bagi wanita yang ingin bebas dari masalah keputihan serta boleh merawat masalah buasir.
Meruang
Umpama longkang yang tidak dibersihkan, ia akan tersumbat. Begitu jugalah keadaan dalam lubang faraj kita yang tidak pernah meruang. Sisa air mani dan sisa haid atau keputihan akan menempel di dinding faraj.
Lama-kelamaan akan timbul lendir yang berbau dan menyebabkan kegatalan. Meruang adalah cara membersihkan lubang faraj menggunakan jari telunjuk yang bersih dan berkuku tumpul.
Sumber: Persatuan Muafakat Johor
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Usia muda ini sangat berharga, apa yang kita buat ketika muda akan memberi impak kepada kehidupan kita di masa akan datang.
Jika kewangan dan aset tidak dicari dan dijaga dengan baik sedari awal, bimbang potensi untuk hidup selesa diusia emas tidak kesampaian.
Berkongsi pengalaman dalam hal mengumpul aset ini, ada baiknya kita baca perkongsian daripada Zu Shimalain ini. Beliau sangat suka berkongsi pengalaman dirinya dalam pelaburan dan hartanah. Jadi bolehlah dijadikan panduan dalam mengatur langkah untuk mengumpul aset.
Ini perkongsiannya.
Betul ke anda sedang kumpul aset? atau sebenarnya anda sedang kumpul liabiliti?
Kawan-kawan, minda orang yang celik ilmu kewangan akan sentiasa memilih aset untuk meningkatkan pendapatan atau dijadikan sebagai alat untuk membayar liabiliti.
Seawal usia 20-an, rajinkan lah diri untuk mepelajari ilmu kewangan dan pelaburan.
Gunakan ilmu yang ada untuk membeli aset terlebih dahulu. Rata-rata anak muda kita tersekat di tahap ini.
Kereta yang berjenama dan berharga mahal menjadi sasaran utama, sedangkan gaji tidak seberapa, aset pun tiada.
Seeloknya, bila sudah bekerjaya, buatlah sasaran untuk membeli rumah pelaburan.
Untuk mengumpul duit bagi modal pembelian rumah ada seni nya.
Mulalah melabur duit anda setiap bulan secara tetap ke dalam pelaburan yang boleh memberikan kadar pulangan yang lebih tinggi dari kadar inflasi.
Kadar pulangan purata 8%-15% itu adalah lebih baik kerana ianya akan menggandakan wang anda lebih pantas dari menyimpan di dalam fix deposit.
Tetapkan tempoh masa pelaburan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 tahun untuk mendapatkan jumlah deposit untuk pembelian rumah pelaburan anda.
Kawan-kawan, ini lah teknik yang saya gunakan sewaktu awal-awal mula melabur dalam hartanah dulu.
Alhamdulillah, kini saya telah berjaya memiliki beberapa aset yang menjana duit siang dan malam.
Sebenarnya, untuk beli hartanah ni pun ada skillnya.
Bila kita berjaya cari hartanah dengan harga yang betul dan di kawasan yang memiliki permintaan tinggi. Kita sebenarnya telah berjaya menemui lubuk emas!
Beli lah hartanah yang menawarkan harga sekurang-kurangnya 15% dibawah harga pasaran kerana modal yang perlu kita keluarkan nanti akan lebih kecil.
Bagi saya, gandingan melabur wang dalam Unit Amanah dan hartanah adalah satu kombo yang saling melengkapi dan sempurna.
Namun saya juga tidak melupakan pelaburan emas. Tapi jumlahnya tidak lah sebanyak Unit Amanah dan hartanah, kerana bagi saya emas tidak boleh menjana pendapatan pasif.
Emas hanya bertambah nilai seiring dengan kadar inflasi sahaja.
Apa pun itu pendapat peribadi dan pengalaman saya je. Mohon raikan perbezaan pendapat kita dengan harmoni.
Apa pun yang anda buat di luar sana, pastikan anda mula melabur seawal yang mungkin. Jika anda lewat bermula, ini lah masa yang terbaik untuk bermula.
Akhir kalam, mulalah mengumpul aset sekarang bagi memastikan masa depan dan hari persaraan kita kelak menjadi lebih selesa.
Walaupun dikecam hebat oleh netizen gara-gara penyampaiannya yang keterlaluan di dalam Gegar Vaganza 4, namun ayah kepada Naira Mikayla, 5, dan Leyla Medyna, 3, tidak mudah melatah.
Bapa penyayang ini tetap seperti biasa menjalani hari-harinya dengan tenang malah menjadi penghibur utama bagi kedua-dua anak perempuan comelnya di rumah.
Ketika sesi fotografi bersama Keluarga tidak lama dulu, Nabil langsung tidak kekok menyarungkan sendiri pakaian kepada dua anaknya, malah dia jugalah yang sentiasa memujuk kedua-duanya untuk memberikan aksi yang baik.
Tak kurang mengagah anaknya walaupun ketika itu lensa kamera sudah tersedia.
Peka dengan sudah arif dengan perangai kedua-dua anaknya, Nabil punya caranya sendiri dalam mendidik anaknya.
Kata Nabil, “Soal-soal cemburu ni, anak-anak Nabil memang tak ada masalah ni,”katanya berseloroh.
“Saya memang tak pernah bezakan anak-anak saya. Biasanya kalau beli barang atau mainan, saya beli siap-siap dua supaya tak ada yang bergaduh atau cemburu. Apatah lagi makanan, semuanya mesti kena dua.
Cuma sesetengah barang ada juga saya ajar mereka berkongsi bagi tujuan mendidik. Contohnya sejak kecil memang saya jenis tak bazir, baju-baju lama Mika yang masih boleh dipakai digunakan semula oleh adiknya. Kakak pun tak kisah dan sedia berkongsi dengan adiknya.
Kalau bergaduh, saya selalu ajar Mika supaya banyak beralah dengan adik. Berlembut dan jangan kasar dengan adik.
Alhamdulilah kakak boleh menerimanya dan saya memang tak ada masalah soal anak perempuan yang saling cemburu antara satu sama lain. Dua-dua pun sama pada saya.
Gambar: Instagram Nabil Ahmad & Nabilzira
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Yunos Laith sekali lagi mencuri perhatian apabila penyanyi, komposer dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim berkongsi momen istimewa sempena sambutan ulang tahun kelahiran mereka...