Pangsapuri terbakar, tiga beranak berdepan detik cemas, alami sesak nafas. Tiga sekeluarga berhadapan detik mencemaskan apabila unit kediaman mereka yang terletak di tingkat 16 Putra One Residences, Persiaran Bukit Rahman Putra 1, musnah dalam satu kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.
Pangsapuri Terbakar, Tiga Beranak Berdepan Detik Cemas, Alami Sesak Nafas
Insiden yang berlaku sekitar jam 6.30 pagi itu melibatkan seorang lelaki bersama dua orang anaknya. Ketiga-tiga mangsa dilaporkan mengalami kesukaran bernafas akibat asap tebal, namun sempat menyelamatkan diri sebelum ketibaan pihak bomba.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, panggilan kecemasan diterima pada jam 6.36 pagi dan sebuah jentera bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah digerakkan ke lokasi, yang terletak kira-kira 3.7 kilometer dari balai berkenaan.
Ads
“Setibanya pasukan di lokasi, api sedang marak dan telah memusnahkan kira-kira 80 peratus daripada unit kediaman tersebut,” jelasnya dalam satu kenyataan media.
Tambah beliau lagi, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya sekitar jam 7.05 pagi, dan tiada sebarang kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian itu.
Seorang warga emas berputih mata apabila apabila kerugian RM974,000 selepas ditipu sindiket pelaburan saham tidak wujud, bulan lalu.
Tanpa sedar, mangsa telah menekan pautan sehingga melibatkan kerugian hampir 1 juta! Memetik laporan Sinar Harian, Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, mangsa yang berusia 67 tahun tertarik dengan iklan pelaburan saham ketika melayari laman Facebook pada 4 Disember lalu.
“Mangsa telah menekan pautan yang diberikan seorang wanita lalu dimasukkan ke dalam kumpulan sembang WhatsApp dan diminta untuk memuat turun satu aplikasi.
Menurut Zulkafli, mangsa menyedari ditipu selepas semakan dilakukan di Google mendapati pelaburan tersebut tidak wujud dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada Sabtu.
“Orang ramai dinasihatkan untuk melakukan semakan sebarang bentuk tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi.
“Semakan perlu dilakukan melalui Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia,” katanya.
“Mangsa kemudian melakukan 16 transaksi pembayaran dalam talian ke tiga akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM974,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, dan bekas isteri, Nina Ismail Sabri, di lihat menyambut hari jadi anak mereka yang ke-7 iaitu Jeanelle Nika Mandagie. Nyata menunjukkan kematangan dalam menjaga kebahagian anak kesayangan mereka.
Melalui perkongsian di Instagram milik Nina telah memuat naik video bersama Jovian dan Jeanelle berserta kapsyen ucapan hari jadi buat anaknya kala status hubungan mereka telah berubah.
“Ayahnya tiada pada hari lahirnya tahun lepas, jadi kami memberitahu ayahnya hanya akan kembali untuk makan malam hari jadinya tahun ini.”
“Saya memberitahunya dia (Jeanelle) boleh berjaga lewat kerana ia adalah malam hari lahirnya, tetapi semua kejutan hanya akan bermula hari ini.”
“HAPPY 7TH BIRTHDAY TO THE LOVE OF MY LIFE.”
“Daddy dan mommy mungkin mempunyai perbezaan pada ini, tetapi satu perkara yang pasti ialah kami akan sentiasa bersama mu.”
“Rain or shine you know you can count on us and abah. We love you so much sayang!”
NETIZEN PUJI CARA NINA & JOVIAN
Usaha Nina dan Jovian ini untuk mencipta momen bahagia dan istimewa untuk anak mendapat pujian para netizen.
“Pasangan contoh..walaupun dh xbersama tp masih bersama memberikan yg trbaik utk anak mereka..good job Nina & Jovian.”
“Mereka berpisah tetapi tetap bersikap profesional di hadapan anak mereka “Warmest love and hug to this beautiful relationship.”
“Awesome co parenting. Happy birthday little one.”
“Happy birthday princess! But y am I crying to this!
World #QuranConvention 2025 kembali sebagai platform global yang menginspirasi umat Islam untuk mendalami serta mengaplikasikan ajaran Al-Quran dalam kehidupan peribadi, profesional dan sosial.
Tahun ini, konvensyen berprestij ini mengangkat tema “Surah Al-Saff: Quranic Solutions for Global Economic Challenges” dengan slogan “From Revelation to Innovation Building a Resilient Future.” Ia membuka ruang perbincangan tentang bagaimana panduan wahyu mampu membentuk keseimbangan dan ketahanan ekonomi dunia berasaskan nilai keimanan dan etika Islam.
Konvensyen bakal diadakan pada 6 & 7 Disember ini di Dewan Perdana, MITI Kuala Lumpur adalah anjuran Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF) ini menjadi medan pertemuan para ilmuwan dan pemikir Islam untuk merungkai solusi ekonomi berpaksikan Al-Quran ke arah membina semula tamadun Islam yang makmur dan berdaya saing.
Islam bukan sekadar agama, tetapi satu sistem hidup yang mengangkat nilai keadilan, kesejahteraan dan kemakmuran ekonomi. Selaras dengan semangat itu, World Quran Convention 2025 tampil membawa mesej mendalam tentang ekonomi Islam moden dan konsep ‘Trade With Allah’ satu seruan agar umat Islam kembali melihat harta dan pekerjaan sebagai ibadah yang bernilai di sisi Tuhan.
Tahun ini, Surah Al-Saff diangkat sebagai asas perbincangan utama, menyorot konsep Tijarah perdagangan dan urusan ekonomi berteraskan keikhlasan serta keseimbangan spiritual. Ia mengajak umat Islam memahami bahawa kekayaan ialah amanah, manakala pekerjaan ialah ibadah yang membentuk keseimbangan antara dunia dan akhirat.
Menurut Pengarah WQC 2025, Ustaz Nouman Ali Khan, pendekatan melalui al-Quran dan ekonomi global merupakan satu panggilan untuk menemui semula keseimbangan (rediscover balance) dalam sistem dunia hari ini. Konvensyen yang berlangsung selama dua hari ini bakal menghimpunkan lebih 20 ilmuwan dan tokoh ekonomi Islam dari pelbagai negara bagi membincangkan jalan penyelesaian cabaran ekonomi moden yang kian kompleks.
Antara sesi utama yang bakal berlangsung termasuk Unlimited Quran Miracle, Pillars for Trade & Economy, serta Humane Economy: The New Paradigm. Setiap sesi akan membincangkan bagaimana prinsip Islam seperti Al-Adl (keadilan), Al-Ihsan (ihsan), Al-Halal wa Al-Tayyib (sumber halal lagi baik), dan Al-Tawazun (keseimbangan) dapat membentuk sistem ekonomi beretika dan berasaskan belas kasihan.
World Quran Convention 2025 juga menonjolkan peranan wanita sebagai ejen perubahan sosial dan moral dalam ekonomi Islam moden. Melalui Wilayah Economy Declaration, peserta diajak memahami konsep Saaff saf kepimpinan wanita berdisiplin dan berprinsip yang menjadi teras pembangunan masyarakat berdaya tahan. Gerakan #Saff12Movement pula menekankan bahawa membina ummah bukan sekadar strategi ekonomi, tetapi dengan hati yang berzikir dan akal yang berfikir.
Menghimpunkan tokoh-tokoh tersohor dari pelbagai latar belakang, World #QuranConvention 2025 menjanjikan sesi perkongsian ilmu yang penuh inspirasi dan bernilai tinggi. Gabungan ulama, pemikir ekonomi, dan tokoh industri ini bakal membawa perspektif mampu menjadi panduan dalam membina sistem ekonomi global yang adil, lestari dan berasaskan nilai spiritual.
Selain Ustaz Nouman Ali Khan, WQC 2025 turut menampilkan penceramah antarabangsa seperti Dr. Imran Alvi dari Oxford Intellect; Ustaz Fazrul Ismail dari Warisan Ummah Ikhlas Foundation; serta Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin, Pengerusi Dagang NeXchange Berhad. Setiap tokoh akan membawa dimensi baharu melalui sesi seperti “Beyond Business: Tijarah with Divine Purpose” dan perbincangan industri halal global.
Tiket individu untuk menyertai konvensyen ini berharga RM500, manakala pakej kumpulan berharga RM10,000 dengan pelbagai faedah seperti sijil penyertaan, rakaman sesi penuh dan latihan eksklusif. Program ini juga HRD Corp Claimable, menjadikannya peluang terbaik untuk profesional Muslim memperkukuh kefahaman spiritual dalam kerjaya masing-masing.
Lebih daripada sekadar konvensyen, World Quran Convention 2025 adalah gerakan pembaharuan dalam ekonomi Islam moden. Ia menyeru umat Islam untuk menilai semula kejayaan bukan hanya berdasarkan keuntungan, tetapi juga pada nilai tauhid, taqwa dan tasbih. Inilah erti sebenar Trade With Allah perdagangan yang tidak akan rugi, menjanjikan pulangan abadi di dunia dan akhirat.
Buat para Muslimah dan seluruh peserta, inilah peluang untuk memperkasa diri dengan kefahaman al-Quran yang membentuk jiwa dan minda. Sama ada anda usahawan, pelajar, ibu atau profesional, WQC 2025 menjanjikan pengalaman rohani mendalam yang mengilhamkan gaya hidup Islam moden. Dalam setiap urusan, kerjaya dan ekonomi menjadi ibadah yang bermakna.
Surah Al-Saff: Quranic Solutions for Global Economic Challenges
6–7 December 2025 | Perdana Hall, MITI, Kuala Lumpur
8.00 pagi – 4.30 petang
Daftar Sekarang: https://worldquranconvention.com/
Pertanyaan: +60 11-6430 7480 (Admin WQC)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.