Timbal balas kasih sayang seorang anak terhadap orang tuanya mana mungkin dapat dilunaskan. Terlalu banyak pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan ibu dan ayah terhadap kita sebagai anaknya.

Dikesempatan ruang dan masa yang ada, bila orang tua telah berusia dan uzur inilah masa dan ketikanya kita pula menjaga mereka dengan sebaik mungkin. Berikan kasih sayang dan perhatian kepada mereka. Hakikatnya, memberi ‘khidmat’ kepada orang tua tidak ramai mampu laksanakan sesempurna ibu dan ayah lakukan terhadap kita semasa kecil.

Pun begitu, perkongsian daripada seorang anak bernama Noordin Aziz terhadap ibunya ini boleh juga dijadikan inspirasi buat kita dan sekiranya perlu boleh juga buat seperti mana yang dilakukannya dengan menyediakan mandian herba untuk ibunya yang mengadu sakit-sakit badan.


Ikuti perkongsiannya setelah dihubungi apabila berkongsi gambar di facebook, menyediakan mandian herba untuk ibu tercinta.

Ini Kisahnya

Bila ibu saya mengadu keletihan kerana tekanan darah naik tu yg saya buat mandian herba untuk ringankan tubuhnya.Tetapi bila saya buat tu bukan kata ibu saja yg mandi herba tu, adik saya.. Isteri saya dan termasuk saya lah sendiri mandi juga.

Pantang Dengar Ibu Mengadu Kurang Sihat, Ada Saja Cara Anak Lelaki Ini Buat Untuk Ibu Tersayang!

IKLAN

Saya buat tu bila ibu mengadu keletihan dan saya sebagai anak tidak mampu utk mendengar dan menjadi risau. Saya terfikir apa guna pokok2 herba yang saya tanam tu jika saya tidak manafaatkannya.. Saya cuba bantu ibu sedaya saya… Semua tu KETENTUAN-NYA dan kita hanya berusaha.. Allah yg sembuhkan.

Sebenarnya jika kita amalkan mandian herba ni sentiasa pun bagus bukan hanya menunggu sakit. Tetapi saya di langkawi dan ibu dikampung dekat pendang.

Olah Sendiri

Saya olah sendiri mandian herba tu sbb apa guna jika pokok herba yang saya tanam. Antaranya seperti daun serai wangi, daun capa@sembung, daun senduduk putih, halia dan daun sirih.

IKLAN

Pantang Dengar Ibu Mengadu Kurang Sihat, Ada Saja Cara Anak Lelaki Ini Buat Untuk Ibu Tersayang!

Ibu saya maklum lepas mandi ibu rasa ringan dan selesa.Rasa keletihan tu dah tiada.

Pantang dengar ibu mengadu

IKLAN

Pernah ibu maklum pada saya ibu sakit lutut… Saya buatkan ibu dengan minum halia dicampur lemon dan madu sbb halia mmg baik utk saraf… Ibu dah bagi tahu lutut dah x sakit.. Saya rasa selagi ibu ada saya akan buat apa yg saya perlu. Sbb jasa dia mmg saya x dpt balas tapi saya cuba sedaya.

Ibu cakap darah ibu naik saya lagi gelisah… Saya buka fb tgk apa ubat saya boleh beli dekat ibu… Saya beli… Saya nak ibu sihat… Selagi ibu ada saya akan berusaha utknya… Kerana saya rasa bersalah tidak dapat membantu ayah yg telah pergi mengadap ilahi kerana keadaan saya masa tu tidak berapa berkemampuan untuk bagi kehidupan pada mereka lebih selesa

Pantang Dengar Ibu Mengadu Kurang Sihat, Ada Saja Cara Anak Lelaki Ini Buat Untuk Ibu Tersayang!

Sekarang saya hanya ada ibu sahaja… Ayah sudah tiada. Alhamdulillah, isteri saya pula sentiasa nak balik menjenguk ibu di kampung kerana dia tiada ibu dan hanya ada ibu saya sahaja..sunyi dia kata ibu tiada tapi nasib baik ada ibu saya… Ibu segalanya

Sekarang saya dapat beri kehidupan yg selesa pada ibu tetapi tetap rasa bersalah kerana semasa ayah ada saya tidak dapat berbuat begini.. Itulah KETENTUAN-NYA

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI