Mengimbas kenangan sewaktu kecil, Hanis Zalikha bercerita bagaimana waktu kecil keluarganya cukup rajin mengabadikan kenangan dengan mengambil gambar.
Dalam masa yang sama, beliau turut berpesan kepada para suami supaya mengambil gambar isteri yang sudah bersiap rapi.
Kadang-kadang kita terlupa atau tak kuasa nak bergambar. Taknak nampak beria kan. Tapi sayang sangat sangat kalau tak abadikan sesuatu memori yang takkan dapat balik. Dulu parents kita pun rajin tangkap gambar kita membesar, hujung minggu pergi cuci kodak saiz 4r dekat kedai camera, hasilnya dapat simpan sampai sekarang!
Ads
Kita pun dapatlah gambaran suasana kita dibesarkan dan kenangan yang parents kita ciptakan. Tapi zaman kita ni ada cameraphone dah senang sangat, kalau tak berusaha tangkap gambar juga taktaulah ?
Ads
Ads
Dan para suami, time isteri dah bersiap rapi tu tolonglah snap snap. Memang jarang sangat kami mak2 ni tak serabai, so please ??
Usahawan terkenal, Hafiz Mahamad baru-baru ini berkongsi rezeki apabila tampil menaja tiket penerbangan kepada 100 orang yang bertuah bagi pulang ke kampung Sabah dan Sarawak dari Semenanjung.
Menurut bapa kepada seorang cahaya mata ini, ada diantara mereka yang ingin pulang ke Sabah dan Sarawak itu sudah 7 tahun tidak pulang ke kampung halaman kerana harga tiket yang mahal.
Ada juga antara mereka terkesan dengan pandemik apabila gaji biasa diterima sebelum pendemik mencecah RM5,000 menurun sehingga hanya RM1,000 sebulan.
Akhirnya, selepas beberapa tahun. Mereka dpt balik ke Sabah Sarawak. Bagi kita, “balik kampung” tu benda biasa tapi mcmana situasi mereka yg mmg tkd duit langsung ? Di buang kerja ?
Ada sebab bertahun tak dapat tengok mak ayah. Sebab apa ? “kemampuan”. Mereka bukan orang yg senang senang, ticket untuk ke Sabah Sarawak mahal. Ada yg cakap tadi 7 tahun tak balik sambil menitik Air Mata.
Ada yg kongsi, dulu kerja gaji RM5k tapi bila Covid turun ke 1K. Harini terpaksa terus balik ke Sabah & cari kerja di Sabah
Dia dalam pada itu mengakui, perbelanjaan untuk membeli tiket-tiket tersebut datangnya daripada keuntungan bisnes yang diusahakan selain sumbangan orang ramai kepada Pertubuhan Sahabat Aina Malaysia.
“Happy saya lihat mereka tadi. Saya gunakan ini semua RM60K dari hasil perniagaan & RM10K dari sumbangan awak ke dalam pertubuhan sahabat Ainaa, saya niatkan juga untuk awak semua.” Ujar Hafiz menerusi kapsyennya.
Kita tak pernah tahu bila pasangan, baik suami atau isteri kita pergi meninggalkan kita selamanya. Itu kerja Allah dan itulah lumrah hidup.
Soal bersedia atau tidak, kita persiapkan diri kita dahulu dengan segala kemahiran yang ada untuk menguruskan amanah lain yang ditinggalkan.
Ini pesanan dari pempengaruh, Khairul Abdullah atau Superdaddy yang menguruskan tiga anak lelakinya sendirian sejak lima tahun lalu.
Benar kata beliau, kita persiapkan diri kita dan biasakan dengan segala amanah dan tanggungjawab hakiki menguruskan anak-anak.
Siang tadi ada sorang kakak ni tegur aku. Dia tanya aku, macamana aku boleh jaga anak-anak sorang diri selama 5 tahun ni.
Dia kata adik dia lelaki kematian isteri sama macam aku tapi tak dapat buat apa pun, tak dapat nak manage diri sendiri apatah lagi anak-anak. Jawapan aku ringkas. Skill.
Yer, sebab aku ada skill, maka aku boleh manage diri dan anak-anak aku tanpa pasangan. Kalau takde skill aku pun akan jadi macam adik dia juga. Mana nak dapat skill tu?
Dengan berbuat sesuatu secara berulang-ulang kali sehingga mahir. Aku jaga anak-anak sejak depa lahir. Aku belajar tukar pampers, basuh berak, mandikan, buat susu, masak dan semua berkaitan pengurusan anak. Benda tu aku buat setiap hari sehingga aku mahir.
Aku masak. Dari jerang air, masak megi, masak nasi, hiris bawang, siang ikan, potong ayam, potong sayur dan masak itu ini semuanya aku belajar sedikit demi sedikit dan aku buat setiap hari sehinggalah aku mahir.
Aku uruskan rumah. Aku vakum, aku mop, aku cuci toilet, aku repair lampu rosak, aku repair sink tersumbat dan sebagainya, semuanya aku buat sendiri dan berulang-ulang kali sehingga aku jadi mahir.
Aku menulis. Setiap hari aku menulis sejak tahun 2009, hari pertama aku mula tulis secara serius. Aku baca aku tulis aku praktis setiap hari sehinggalah aku jadi mahir.
So semua benda yang aku buat berulang-ulang kali dalam tempoh yang lama buatkan aku jadi mahir. So, bila wife aku meninggal.
Aku mahir uruskan anak-anak. Tak perlu susah hati menangis bucu katil tak tahu nak buat apa dengan anak bila isteri aku tak ada. Aku tak kekok langsung, malah lebih cepat aku uruskan semua. Cuma aku kepenatan sebab buat seorang diri.
Aku mahir masak apa sahaja untuk aku dan anak-anak. Tak perlu susah hati menangis di bucu katil sebab anak-anak dan diri sendiri kelaparan. Aku boleh sahaja masuk dapur dan masak guna apa sahaja bahan yang ada dan aku akan improvise kalau bahan tak cukup. Aku dan anak-anak sentiasa ada makanan atas meja. Cuma kepenatan memasak mengemas seorang diri.
Aku mahir uruskan rumah. Aku tahu sabun apa nak guna untuk mop lantai, aku tahu berus macamana yang sesuai untuk bersihkan sawang, aku boleh mengemas kalah orang pompuan. Cuma kepenatan sebab buat semuanya seorang diri.
Aku mahir menulis. Maka sehari selepas wife meninggal aku berhenti kerja dan jadikan skill menulis sebagai karier untuk aku cari makan, maka aku berjaya. Seriously aku tak sangka aku dan anak-anak dapat hidup senang dengan hanya ketukan keyboard setiap hari. Dah macam keyboard warrior pulak.
So, nak habaq yang bila kita kuasai skill dan gunakan skill tu dalam kehidupan, inshaAllah hidup kita jadi lebih mudah dan lebih baik. Tapi kalau kita takde skill, semuanya jadi payah.
Aku selalu ingat mak aku cakap. Mak tak pernah risau pasal hidup aku, sebab dia tahu dari kecil aku selalu buat sesuatu benda sampai aku mahir. Aku mahir uruskan diri, aku mahir dalam survival, aku ada skill tu. Mak aku kata, aku ni kalau campak kat mana pun aku boleh hidup dan dia takkan risau.
So bila wife aku meninggal, dia duduk dengan aku sekejap, perhati jer macamana aku uruskan rumahtangga dan anak-anak seorang diri. Dia kata aku boleh buat semuanya adakalanya jauh lebih baik dari orang lain. Skills really make a difference. Jadi, nak pesan pada semua, acquire skill.
Skill dalam hidup ni macam-macam, semuanya untuk survival kita. Kalau yang lelaki, mulalah belajar memasak, mengemas, uruskan anak, uruskan benda-benda remeh. Skill ni bila kita dah ada, whatever happen in future, kita dah bersedia, macam aku.
Untuk wanita pun sama. Suami takkan bersama kita selamanya. Orang kata, kalau suami tak diambil orang dia diambil tuhan.
So lengkapkan diri dengan skill yang remeh temeh yang selalu suami buatkan tu terutamanya driving, jadi bila tiba hari yang kita bersendirian untuk buat semuanya, kita akan dapat lakukannya dengan cemerlang. Takdelah nak menangis di bucu katil dan menyesal kenapalah aku tak belajar buat itu dan ini dulu.
Life is short and unpredictable, so be prepared. Skills will help you go a long way.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.