Manisnya sebuah perkahwinan, jika ia sentiasa disuburi dengan ayat-ayat cinta walaupun anak sudah besar. Hubungan utuh dan saling faham memahami dan bertolak ansur menjadi ikatan kukuh sebuah perkahwinan.
Memang ada pasangan awal-awal usia perkahwinan punyalah romantik, tetapi bila sudah ada anak seorang segalanya hilang. Nikmat rumahtangga andai tidak dibaja akan layu akhirnya. Kita suburkan hubungan suami isteri agar cinta kasih sayang tu, sentiasa bercambah. Ini barulah relationship goal.
1) Kejutan: Siapa yang tak sukakan kejutan. Tak kiralah lelaki atau perempuan tentunya sangat menghargai kejutan daripada pasangan. Tak perlu mahal, sekeping kad dengan ayat romantis pujian melambung bersama sekotak coklat yang dihantar ke tempat kerja suami sudah memadai.
Ads
2) Makanan Kegemaran: Sekali sekala masakkan makanan kegemarannya. Kalau tak pandai, inilah masanya belajar daripada mak mertua anda. Mula-mula mungkin tidak sedap, tak kena dengan selera Encik Abang, tetapi lama-kelamaan mesti sedap. Practice makes perfect.
3) Manis Muka & Sambut Di Pintu: Walaupun penat dengan kerja di pejabat, rumahtangga dan anak-anak, carilah masa bersiap berwangi sebelum suami pulang. Siapkan air secawan dalam peti sejuk dan sambut suami dengan senyuman. Salam dan beri ciuman di pipinya kanan dan kiri. Berikan air dan biarkan suami berehat seketika. Bukannya sambut suami dengan leteran panjang. Rimas tau kak kalau asyik membebel.
Ads
4) Bersyukur: Bersyukur kalau dapat suami yang rajin membantu di dapur atau menjaga anak. Tetapi selalunya apa yang dibuat suami memang tak sesempurna mana. Lipat baju dahlah senget, tak sama pula tu. Masak lebih minyak, buat air pun tak sedap dan bila pakaikan anak baju selalunya tak matching dengan seluar. Sabar! Layankan je kak. Kalau tak suka, senyap-senyap pergi betulkan. Tak perlu membebel. Untung dah, bila suami hendak membantu kita kan? Kalau nak tegur pun, carilah masa yang sesuai dan tegur dengan cara paling lembut dan manja. Barulah Encik Abang tak jadi marah.
5) Jangan Membantah: Dapat isteri yang kuat melawan memang mencabar ego. Tahulah sama-sama bekerja untuk meningkatkan ekonomi keluarga tetapi dah namanya suami, memanglah kena dihormati. Usah ditambah minyak dalam api yang sedang membara. Seeloknya diam dan cari masa sesuai untuk menerangkan keadaan sebenar atau meminta maaf.
Ads
6) Cari Masa Bersama: Tak perlu sampai tinggalkan anak dengan mertua semata-mata untuk bercuti bersama suami. Cukuplah sedikit usikan manja sebelum tidur dan sejurus bangun tidur, gurau senda, berkepit sambil menonton drama TV atau mandi bersama pada hujung minggu. Lupakan sekejap hal anak atau kerja, dan beri tumpuan pada pasangan di depan mata.
Manakan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Betul tak? Apatah lagi bakat hebat seorang ayah kepada anaknya. Kalau tak semua, pasti akan ada seorang yang mewarisi bakat tersebut.
Baru-baru ini, tular rakaman duet penyanyi lama, Datuk Jamal Abdillah bersama anaknya, Zaki Yamani yang mendendangkan lagu ‘Gadis Melayu’ di sebuah majlis rumah terbuka.
Zaki mendapat perhatian warganet yang mengatakan gaya dan suaranya lebih kurang sama dengan Jamal, malah ada yang berseloroh suara anaknya lebih sedap berbanding bapanya sendiri.
Meninjau di ruangan komen di perkongsian Zaki, rata-rata memuji dan mengatakan suara anak lelaki Jamal sama seperti ayahnya. Malah, ada juga yang mengatakan bakal boleh melawan suara ayahnya.
Sumber : Instagram Zaki Yamani
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Azrinas Mazhar Hakim siapa sahaja yang tidak mengenalinya, bekas personaliti TV3 yang cantik dan berbakat. Azrinaz juga merupakan bekas isteri kepada Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei. Melalui perkahwinannya itu, telah dikurniakan seorang puteri dan seorang putera.
Meninjau di Instagram miliknya, ada dikongsikan sekeping gambar terbaharu puteranya Pengiran Muda Abdul Wakeel atau lebih mesra dipanggil Putera Wakeel.
Sedar tak sedar rupanya telah 16 tahun usia Prince Abdul Wakeel kini. Seiring usianya, begitu terserlah ketampanan wajahnya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ini diakui oleh wargamaya yang bersetuju wajah Putera Wakeel saling tidak tumpah seperti wajah Azrinaz. Air mukanya yang lembut dan sejuk mata memandang membuatkan ramai yang tertarik kepadanya.
Pernah tak berhadapan dengan soalan anak-anak, “macam mana baby ada dalam perut?”, jenuh juga kan kalau dapat soalan ni secara mengejut, boleh speechless sekejap jadinya!
Tidak ketinggalan, baru-baru ini, Shuib ada berkongsi anaknya Mateen dan Talita bertanyakan soalan yang sama seperti situasi di atas, speechless Shuib jadinya!
“Bayi Datang Dari Makanan”
Berborak sambil makan, Mateen yang awalnya ajukan soalan sempat membuat andaian sendiri bahawa bayi datang dari makanan.
“Entah-entah makanan tu jadi baby?”
Tidak hanya Mateen, Talita atau lebih mesra dipanggil Dekta juga mempunyai pandangan sendiri tentang hal ini.
“Dekta tahu baby datang dari bulat, dia masuk dalam bulat tu. Kan?” “Bulat tu apa?” “bulat tu perut. Yang masuk tu cacing. Cacing baby, tapi bukan baby tu buat dari tanah ke?”
Instagram Story itu kemudian dimuat naik semula oleh seorang pengguna Tiktok Din Alhaz dan rata-rata rasa lucu dengan soalan Mateen tersebut. Malah ada yang memberi idea bagi soalan cepumas tersebut.
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.