Ada waktunya sebagai surirumah kita mudah rasa bosan dengan susun atur rumah kita. Dapur antara kawasan yang sering kita olah untuk bereksperimen.
Bukan apa, semua ini bagi menaikkan lagi semangat untuk memasak setiap hari. Menukar langsir dan peralatan baru di dapur sudah menjadi kebiasaan, namun menukar keseluruhan dapur dengan menukar kabinet atau lantai dapur pasti buat hati rasa berbunga riang.
Kalau kreatif lagi anda bolehlah mengikut jejak langkah wanita bernama Nabila Hashim yang memasang wallpaper pada lantai dapurnya yang rosak akibat proses renovasi rumahnya. Menariknya dia hanya menggunakan kos yang cukup murah, iaitu pada harga RM18 sahaja untuk mengubah keseluruhan lantainya. Memang berbaloi. Cantik pulak tu.
Amaran! Ini memang bajet murah sangat, jadi janganlah bajet hasilnya gempak sangat ye. Memang jimat habis ni. Lantai dapur ni jadi buruk sebab dari kesan renovation kat bahagian ni. Ada beberapa kesan mozek yang terpecah.
Kredit Foto: menggapaicintahi.blogspot.com
Sekarang ni kan hot dengan wallpaper. Semua kerja, benda nak guna wallpaper. Kalau nak dibandingkan dengan mengecat, dah tentu la wallpaper lagi senang kan. Tak ada nak kena cuci tangan dengan tinner bagai.
Ads
Kredit Foto: menggapaicintalahi.blogspot.com
Baru-baru ni, Lima Sen Jaya, dah restock wallpaper baru. Banyak la pilihan dan corak pun cantik. Saya pun terus pilih corak yang sama, 8 gulung corak kayu, 1 gulung corak bunga yang dah pernah beli sebelum ni. Jadi 9 gulung ni saya beli dengan jumlah bayaran
RM18.00 sahaja.
Wallpaper ni sama jenama OLAB yang MR DIY jual dengan harga RM3.50. Tapi kat kedai ni, dia jual RM2. Gila jimat RM1.50!Mana tak orang borong banyakkk.. Memang laku keras la….
Kredit Foto: menggapaicintalahi.blogspot.com
Habis licin 8 gulung.
Ads
Dah habis ni, rasa lega la…
Ads
Tapi wallpaper ni memang nipis je, memang senang sangat terguris. Saya dah prepare untuk kaki kerusi yang juga dibeli di MR DIY.
Kurang la kebarangkalian nak terkoyak tu.
Syahdu mendengar alunan lirik dari kumpulan Rabbani -Pergi Takkan Kembali.
“Setiap insan pasti merasa saat perpisahan terakhir Dunia yang fana akan ditinggalkan Hanya amalan yang dibawa….”
Buat yang kehilangan tersayang pastinya merindui setiap kenangan yang dilalui bersama. Namun yang pergi tidak akan kembali lagi.
Sejak berita pemergian penyanyi popular, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin akibat COVID-19 pada 9 Ogos lalu telah mendapat liputan yang meluas.
Saban hari ada sahaja kisah kebaikkan dan kenangan arwah dikongsi dimedia sosial. Keperibadian mulia yang dimiliki arwah Siti Sarah menjadi perhatian ramai.
Jauh disudut hati suami Allahyarhamah Siti Sarah, pelawak terkenal Shuib Sepahtu, meluahkan rasa syukur apabila semua pihak sentiasa menitipkan doa buat arwah.
Namun, Shuib menerusi melalui hantaran terbarunya di Instagramnya memohon agar semua pihak berhenti perkongsian berkaitan dengan arwah termasuk gambar dan video yang tidak menutup aurat. Malah juga memesan tidak lagi menceritakan kebaikkan arwah secara berlebihan.
Mohon henti paparkan gambar dan video arwah isteri
Assalamualaikum semua.
Saya ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang mendoakan Allahyarhamah Siti Sarah binti Raissuddin, bidadari syurga saya.
Tapi saya ada permintaan dimana saya mohon pada semua untuk tidak mengeluarkan lagi gambar atau video arwah yang tidak menutup auratnya dengan sempurna.
Saya juga mohon pada yang terupload di media sosial untuk keluarkan kembali video atau gambar tersebut, dan saya juga mohon untuk tidak menceritakan kebaikan Allahyarhamah secara berlebih-lebihan.
Cukuplah kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita.
InsyaAllah semoga kita diberkati dan dirahmati Allah SWT.
Jika rindu sedekahkan Al-Fatihah
Katanya lagi menerusi caption, Shuib berpesan memberitahu jika peminat merindui arwah sedekah Al-Fatihah buatnya.
Sama sama kita terus istiqomah menuju ke Jalan Allah swt. ALLAH MAHA BESAR 🤲 Jika Rindu pd Allahyarhamah SITI SARAH BT RAISSUDDIN SEDEKAHKAN ALFATIHAH,,, SEMOGA ALLAH MEMBERKATI DAN MERAHMATI KITA SEMUA AMIN
Dulu masa bercinta, memang ada yang romantik, bila dah kahwin ada yang berubah. Masing-masing dah lupa nak bersikap romantik dengan suami atau isteri.
Sebenarnya romantik ini, bukannya hanya memberi bunga tapi segala perlakukan yang ‘sweet’ kepada pasangan.
Nak tahu lebih lanjut, ikuri perkongsian manis ini yang dikongsi oleh saudara Akhtar Syamir. Menarik untuk kita lakukan. Tip yang kita tahu tapi tak buat!
Ikuti perkongsiannya.
Cara mudah untuk jadi romantik dengan pasangan dan sekaligus menambah kemanisan hubungan suami-isteri. Semua pasangan boleh cuba. Tak kiralah anda seorang suami atau seorang isteri, anda boleh menjadi seorang yang romantik sebenarnya.
Romantik ini ada 2. Satu dari percakapan dan yang kedua dari perbuatan. Ada yang boleh buat kedua-duanya. Ada yang boleh buat 1 sahaja. Tapi jangan risau, mana-mana pun bakal membuatkan pasangan anda tersenyum dan hatinya berbunga-bunga.
Romantik Perbuatan.
1. Sentuhan Fizikal. Dibuat apabila suami dan isteri sedang duduk santai. Jangan buat semasa salah seorang sedang fokus pada benda lain contohnya si suami sedang tengok bola atau si isteri sedang tengok drama Nur 2. – Hanya gunakan tepi ibu jari dan lalukan ia di pipi pasangan perlahan-lahan sambil memandang matanya dan senyum dengan manis. – Gunakan hujung ibu jari dan bermainlah di kening pasangan dengan lembut. Buat dari dalam kening ke bahagian luar. Kiri dan kanan. Jika matanya tertutup melayan, anda sudah berjaya. – Mainkan jari-jemari anda di ubun rambutnya. Boleh buat semasa tengok tv atau main telefon. Perlahan-perlahan je. Antara dia sedar dengan tidak. Gunakan juga jari-jemari anda untuk mengusap jari-jemari pasangan dengan lembut dan perlahan. – Bawa kepala pasangan anda ke peha, biar dia jadikan peha itu sebagai bantal. Mainkan rambutnya. Garu ke, carik uban ke atau usap pun boleh. Cuba mainkan jari di bahagian telinga. Nanti ucap terima kasih kat saya. – Cuba amalkan menyikat rambut pasangan. Kesannya amat positif. Jika pasangan berambut panjang, buat perlahan-lahan. Jika rambut suami pendek, buat dengan cepat dan kemas. Bila rambutnya sudah terurus, jangan pula kita kacau. Boleh gaduh pulak nanti. Hehe.. – Selalu pegang dengan lembut lengan atau pinggang pasangan. Ini boleh dibuat sama ada bila berjalan atau semasa berdiri menunggu apa-apa. Jangan nampak seperti memaksa. Perlu mulakan sedikit-sedikit. Ada yang hati keras, tak suka sentuhan. Tapi cuba je sedikit demi sedikit dan perlahan-lahan. Kalau tak berjaya hari ini, esok lusa ada lagi. Nanti bila dah biasa, boleh cengkam-cengkam geram pulak. – Ini yang paling hebat. Pelukan. Tak semestinya pelukan ghairah. Hanya pelukan sayang dan tak perlu lama pun. 2 3 saat pun dah cukup. Kalau dapat lagi lama lagi bagus. Boleh pilih untuk buat sebelum pergi kerja, selepas pulang dari kerja, bangun pagi, sebelum tidur, peluk dari belakang semasa dia masak, peluk tanda terima kasih jika pasangan buat sesuatu yang menggembirakan dan lain-lain situasi lagi. Tak perlu buat semua, buat salah satu pada permulaan je pun dah cukup. Nanti dah biasa, buatlah banyak-banyak. – Geletek pasangan. Ini perlu hati-hati dan jangan terlebih. Ada orang suka, ada yang tak suka. Kenali pasangan anda dahulu. Cuba sekali dua dahulu. Kalau nampak dia marah, tak perlu buat dah. Kalau dia tergelak atau seronok, boleh buat lagi.
2. Senyum Kalau mulut sukar untuk meluahkan, senyum je. – Bila dia selesai berpakaian untuk ke luar, senyum. Itu tanda anda suka, anda sayang, anda memuji dia cantik atau segak tanpa berkata apa-apa. Hebat kan? – Bila isteri sedang atau telah selesai masak, berikan dia senyuman tanda terima kasih dan anda menghargainya. – Sebelum meninggalkan pasangan. Sama ada mahu pergi kerja atau keluar ke kedai. Sebelum pintu rumah ditutup, lemparkan sahaja satu senyuman manis buat pasangan. Tinggalkan mood yang baik. Pasti dia tersenyum sendiri. – Bila pulang dari kerja, berikan senyuman yang menandakan anda bersyukur kerana telah pulang ke rumah dan anda telah meninggalkan kerja di tempat kerja. Setkan mood pulang anda itu di tahap yang baik. – Senyum secara rawak atau spontan kepada pasangan. Bila dia tidak memandang, berikan senyuman padanya, bercakaplah dalam hati, “hensemnya laki aku ni” atau “comel bini aku ni”. Biar dia perasan yang anda sedang tersenyum melihat dia. Kalau dia tanya kenapa, boleh jawab sebab dia hensem atau cantik, atau jawab je “takde pape”. Pasti best !
3. Buat Apa Yang Disukai Pasangan Ada sahabat saya cakap, suami dia beli ayam gunting RM6 pun dia dah rasa romantik sangat. Kenapa? Kerana suami dia TAHU apa yang isterinya suka dan buat. – Beli atau masak makanan kegemarannya. Tak semestinya yang besar atau mahal. Kadang-kala dia suka keropok jenama Cachos, kalau anda belikan, pasti dia tersenyum. Ataupun jika pasangan suka makan seaweed, belikanlah bila teringat. Pasti dia suka. Kalau ada rezeki lebih, beli makanan kegemaran dia. Mungkin dia suka burger, mungkin dia suka sushi, mungkin dia suka makan di Nandos. Jika mampu, bawak dia sekali sekala. Kalau pasangan jenis suka masakan anda, masak apa yang dia suka. Cukup dapat lihat dia makan dengan bersungguh pun kita dah seronok kan? – Jika pasangan suka anda buat sesuatu, buatlah. Contohnya pasangan suka anda berzumba, berzumbalah sampai penat. Jika pasangan suka anda bersukan atau ke gym, pergilah. Jika pasangan suka anda buat lawak, jadilah tukang lawak buat dia. Jika pasangan suka nyanyian anda, menyanyilah selalu. Jika pasangan suka anda mengaji, amalkan baca Quran berdekatan dengannya. Pasti dia hargainya. – Boleh juga masuk bab jangan buat apa yang pasangan tidak suka anda buat. Contohnya, dia tak suka anda geletek dia. Jangan buat dah. Jika dia tak suka nyanyian sumbang anda, jangan sakitkan telinga dia. Jika dia tak suka anda like gambar lelaki atau perempuan lain, jangan buat dah. Mudah kan? – Layan minat dan hobinya selagi ia tak memudharatkan. Tunjukkan minat untuk ambil tahu. Kalau tak faham pun takpe. Cukup sekadar beri dia ruang untuk melayan hobinya. Kalau hobinya anda pun suka, pasti dia sangat seronok jika dapat dilakukan bersama. – Solat berjemaah. Mungkin ramai yang anggap Solat berjemaah ini memang kena buat dan perkara wajib. Memang betul. Tapi ini juga salah satu dari cabang romantik. Dari rohani hinggalah fizikal. Pasangan pasti rasa manis bila dapat solat berjemaah bersama.
4. Permudahkan Urusan Pasangan – Bantu suami bersiap. Sediakan pakaiannya yang kemas. Si suami pun boleh bantu isteri dalam membuat kerja rumah. Basuh pinggan, basuh kain, sidai dan lipat kain, sapu rumah, kemas bilik dan ruang tamu atau basuh tandas. Bukan suruh buat hari-hari. Bila perlu je. Boleh jugak tolong isteri masak sekali-sekala asalkan jangan sampai menyusahkan. Karang ada yang “dah la abang, biar sayang je masak, abang pergi tengok tv”. Pasti ramai yang suka kan? Tapi tak romantiklah. – Tolong jaga anak bila isteri makan. Sama ada di rumah atau di luar. Kadang-kadang, cuba bagi can isteri makan dahulu. Mesti dia hargainya nanti.
Romantik Percakapan
1. Kata-Kata Cinta – Ucapkan secara lisan I love you. Cakap sekali sekala boleh. Cakap setiap kali sebelum pergi kerja boleh. Sebelum tidur, sebelum pergi kedai, sebelum keluar dari rumah ataupun secara rawak tanpa dirancang. – Jika tak mampu bercakap, taip. Kadang-kala ada yang malu nak keluarkan suara. Taip sahaja di whatsapp. Atau yang paling mudah, emoji. Emoji ini kecil je, tapi sangat-sangat bernilai. Bagi je sekali-sekala atau selalu. Nak selitkan dalam perbualan di whatsapp pun boleh. Pasti pasangan akan nampak punya. Dia balas atau tidak itu soal lain. Buat sahaja bahagian kita. Jangan risau, 1 emoji ini tidak akan membinasakan. Kecuali kalau diberi kepada orang lain. Hahaha.. -Google kata-kata cinta, ambil satu dua dan cuba sekali-sekala. Atau yang lagi bagus, cakap terus kata cinta dari hati. Sama ada “I sayang sangat kat U” atau “I tak boleh kalau U pergi lama-lama, rindu sangat”. Benda-benda yang dulu kita selalu cakap masa bercinta pun ok.
2. Imbau Kenangan Semasa Bercinta -Masa bercinta semuanya indah kan? Boleh je bersama dengan pasangan cerita kembali kenangan dulu. Benda yang kelakar, benda yang manis, yang memalukan ke pun takpe, pasti akan tergelak bila teringat. Cuba sama-sama ingat kembali masa dating, masa kali pertama jumpa, kali pertama declare, kali pertama kenalkan kepada keluarga dan lain-lain. – Boleh juga jadikan kenangan lama sebagai pengajaran, kesilapan lalu yang sama-sama mahu tambah baik dan ubah. Atau pun kesusahan lalu yang sudah berjaya atau sedang diatasi. Ini pun satu perkara yang romantik apabila pemikiran suami dan isteri berfikir perkara yang sama.
3. Tanya dan Komunikasi – Apa yang bermain di fikiran pasangan? Tanya. Apa yang disukai dan tidak disukainya, tanya. Apa yang merunsingkan fikirannya, tanya. Apakah harapannya, tanya. Apakah cita-citanya serta angan-angannya, tanya. Apakah kesilapan kita, pun boleh tanya. Jangan diam. Jangan ingat kita boleh faham sendiri dan jangan ingat kerut di keningnya akan hilang sendiri. Mungkin di luar tak nampak, di dalam hati tak siapa yang tahu jika tidak bertanya.
4. Pujian dan Bisikkan – Selalulah memuji pasangan. Hargai setiap perbuatannya. Kalau suami tak reti masak, bila dia masak nasi atau telur goreng pun pujilah. Yang penting dia cuba. Atau pun isteri anda pandai masak, puji. Jangan ambil mudah, nak pandai masak tu bukan senang. Lagipun, perut kita pun happy betul tak? – Puji kecantikan dan kehenseman pasangan. Ucapkan dengan kata-kata. “Cantiknya sayangkuuuu” atau “Abang ni hensem macam Shah Rukh Khan la”. Tak salah pun puji tu. Tak luak langsung. Bukan kena bayar pun. Pujilah selalu. Biar dia rasa biasa pun. Puji je. Takde benda buruk yang boleh datang dengan pujian. Kecuali memuji laki atau bini orang lain. Kah kah kah.. – Bisik manja di telinga dia. Bisik je ape-ape pun. Benda biasa boleh, benda yang seksi pun boleh. “Geram tengok abang hari ni”. “Kenapa cantik sangat ni?”. “I love U”. Atau “hmmmmmmmm”. Nak best lagi, gigit manja telinga dia. Amaran. Apa yang jadi selepas itu, tanggunglah sendiri ye. Hahaha.. Banyak yang kita boleh buat, pilih dan olah mengikut kesesuaian pasangan dan keluarga anda. Perlu ingat, jangan memaksa dan membanding-bandingkan. Semuanya perlukan masa. Semuanya perlukan latihan dan kesesuaian. Semoga perincian ini dapat menambah kemanisan dan keghairahan dalam hubungan suami isteri.
Sumber: Akhtar Syamir
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rata-rata orang kini hidup dalam kesempitan akibat pandemik covid-19 yang melanda. ramai yang menderita bukan hanya kehilangan ahli keluarga bahkan ada yang tiada pekerjaan, harta benda segalanya hilang akibat penangan wabak ini.
Penularan virus Covid-19 di negara ini menyaksikan kes meningkat saban hari, memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini menyebabkan hampir semua sektor dan industri pekerjaan tempatan lumpuh.
Sekali gus menyebabkan sumber pendapatan terjejas. ADa keluarga yang mengharapkan bantuan bagi meneruskan kelangsungan kehidupan. Untuk mereka yang masih berkemampuan inilah waktu menghulurkan sumbangan.
Perkongsian dari Ozlynn Wati yang merupakan isteri kepada Johan Rajalawak turut mengundang kesedihan di kalangan warga maya.
Muka penat.. penat asik duk umah.. xleh pi playground.. xleh g school.. kesian.. sungguh mmg kesian.. kes x turun2.. selangor makin membiak dgn jaya nya.. kebanyakan yg kita dgr dari kluster kilang2.. betul ke? If betul sampainya hati.. kita semua puas jaga SOP sana sini.. kena saman pun ada.. sedihlah.. harap perkara ni dpt dicegah.. kasihan pd yg xde kerja xde la gaji.
Begitu pun, Ozlynn mengakui terpaksa berhati-hati bimbang ada yang mengambil kesempatan.
byk sektor2 yg tersepit.. bila bukak dm sendiri sehari beratus dm mintak bantuan.. selagi boleh aku bantu.. cuma bkn la ig private, ig yg baru buat, ig yg dh lama x aktif.. sb dlm keadaan mcm ni ramai jugak yg amik kesempatan.. kasihan pd yg benar2 memerlukan.. nak beli susu anak, brg dapur mmg aku cuba usahakan.
Dalam masa yang sama, ibu kepada lima cahaya mata ini menitipkan doa semoga covid-19 ini segera berlalu dan keadaan kembali seperti sediakala.
Tapi kalau yg kena kejar ah long, umah dh x byr 3 bulan, Allahu, maaflah.. mmg x le teman berdaya.. Semoga kita semua kembali seperti dulu.. ceria dan dpt bersama2 keluarga tanpa ada rasa was2.. smpkan mak x sihat pun kita x boleh jenguk.. harap sgt semua ni berakhir dgn cpt😢 Aameen Yaa Rabb.. korg semua pls jgn putus doa ok.. ❤️
Perkongsian dari Ozlynnn turut mendapat reaksi ramai. Ada yang meluahkan pengalaman sendiri. Tak kurang yang memohon dititipkan doa agar mereka terus kuat menghadapi dugaan ini.
Doakan peniaga online kecil seperti kami ni
terkesan betul pkp kalini . husband dah sebulan cuti tanpa gaji . saya pulak sarat ngandung anak ke 3 . kadang pikir mana nak cekau duit kalau sampai masa nak beranak nanti masih lockdown lagi😢 . semoga kami sama2 kuat hadap semua nie sebab takut dengar banyak kes bunuh diri sebab murung .
Sabar lah kak.. saya yang berkerja kilang pon kalau boleh taknak berkerja. Kawan sini sana kena covid. Apa boleh buat kak. Tak kerja takde duit.. kalau kerja ni lah risiko kami kena hadap… 😢
Doakan kami perniaga2 on9 kecil seperti kami ni 😢
Kasihan budak-budak yang membesar hadapi dugaan begini
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.