Pastikan Puasa Jam 11 Malam Hingga 3 Pagi Jika Sayangkan Hati. Dr. Ni Bagi Pencerahan!

Share

Penjagaan kesihatan dalaman jangan diabaikan jka kita mahu kekal sihat.  Pun begitu, ada juga antara kita ambil ringan hal ini dek kerana hanya lebih menumpukan kesihatan dan kecantikan luaran.

Oleh itu, bagaimana sebenarnya amalan penjagaan kesihatan dalaman kita?

Ada orang amalkan pengambilan herba dan sebagainya, namun adalah lebih baik kita ikuti cara yang dikongsikan oleh dr ini bagi memberi fokus dalam menjaga kesihatan hati.

Jom baca perkongsiannya.

Jaga hati, kuasai diri

Berapa umur anda sekarang? 30 tahun? 40 tahun? 50 tahun?

Usia kita boleh nilai sebab kita tahu bila hari jadi kita. Berapa ramai yang pernah terfikir akan usia organ dalaman kita dan fungsinya. Rata-rata kita mungkin tak pernah peduli pun atau dah terlupa. Hanya doktor atau orang kesihatan sahaja yang betul-betul peduli.

Hati, jantung, otak, usus, buah pinggang semua nya penting. Tapi kita susah nak nampak. Kita hanya tahu jaga kebersihan luaran sahaja seperti cuci muka, basuh rambut dan mandi.

Bagaimana pula dengan organ kita? Jatuh hati, jatuh cinta. Senang nak menggambarkan perasaan. Tapi apa sebenarnya fungsi hati kita?

Manfaat hati adalah untuk menawarkan atau untuk mendetoksifikasi racun-racun yang ada dalam tubuh.

Pada waktu 11 malam ke 3 pagi, kilang hati kita tengah sibuk untuk meneutralkan asid dalam badan kita.

Kita sepatutnya berhenti makan pada waktu ini. Kalau kita ingkar, kita akan memaksa sistem kita bekerja dengan lebih keras. Akhirnya bila organ dah tak tahan, ia akan rosak.

Kalau anda terpaksa kerja lebih masa setiap hari, bagaimana anda rasa? Begitu juga dengan organ kita.

Hari ni, mulakan dengan makan pada waktu yang betul. Pastikan kita puasa pada pukul 11 malam ke 3 pagi. Seboleh-bolehnya makan malam sebelum pukul 7 malam. Nikmati perbezaannya.Sooner or later ia akan memberi kesan kepada jantung kita.

Organ sihat, badan lebih cergas. Stamina lebih tinggi dan bertenaga. Fikiran kita juga akan jadi lebih tajam. Paling penting, mudah untuk beribadah.

HATI INI MAHAL BEGITU JUGA JANTUNG KITA JUGA MAHAL

Lindungi jantung anda hari ini dengan RAWATAN ECP

Seperti rawatan Spa1 jam rawatan = Seumpama berlari atas threadmill selama 1 jam
Melembutkan salur darah, mengelakkan arteri menjadi keras.
Mengelakkan salur darah tersumbat
Mencipta laluan salur darah baru

Memperbaiki pengaliran darah
Tidur dengan lebih nyenyak
Meningkatkan stamina
Mencantikkan kulit
Anti – Penuaan
Meningkatkan Longevity

Ekstra info : Rawatan ECP menggunakan mesin khas dengan tiga balutan dibuat pada betis, pergelangan tangan dan bawah pinggang. Menerusinya mesin ini memantau aktiviti jantung dan setiap balutan bertindak balas dengan memberikan isyarat.

sumber : Dr Azima

IKLAN