Seorang lelaki tidak menyangka bahawa pasu bunga hasil dari selimut buruk dan tuala koyak yang dihasilkannya mendapat sambutan ramai sejak ianya tular.
Menurut anak kedua daripada lapan beradik itu, proses pembuatannya mengambil masa sehari di mana bahan yang telah dicelup dengan simen perlu dikeringkan.
Selimut atau tuala perlu dicelup dengan simen itu akan menimbulkan kesan 3D (tiga dimensi).
“Daripada kain atau tuala buruk tu dibuang, lebih baik lakukan sesuatu denganya,” ujarnya yang turut terlibat membuat kerja-kerja pembinaan rumah secara sambilan.
Kalau ada permintaan, saya pertimbangkan untuk menjualnya sebagai pendapatan sampingan.
“Selepas kering, saya sapu lagi satu lapisan simen untuk pasu bunga tu lebih tebal dan kukuh. Pagi buat, petang dah boleh kering selepas jemur. Bila dah kering, baru boleh cat.
Pok Lie berkata, setakat ini kira-kira 20 pasu bunga pelbagai saiz dan bentuk telah dihasilkannya, sambil menambah pada mulanya kesemuanya dibuat untuk kegunaan di rumah.
Ads
“Cuma cabarannya kalau cuaca hujan sebab pasu-pasu bunga yang disalut simen tu perlu dikeringkan terlebih dahulu,” katanya sambil menambah kebanyakan bahan terbuang diperoleh daripada keluarga dan rakan-rakan.
“Tapi bila dah susun dan jemur di luar rumah, memang mudah dilihat orang-orang kampung. Ada orang kampung nampak terus berminat nak beli.
“Sebenarnya apa yang saya lakukan ini lebih kepada kepuasan. Saya tengok macam mana orang buat di laman YouTube, dan saya buat mengikut kreativiti sendiri.
Bagi orang Kluang, Johor anda pasti tahu gerai yang menjual jemput-jemput murah dan sedap. Tentunya di sebuah gerai yang terletak di Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, Kluang, Johor.
Gerai ini telah diusahakan oleh seorang warga emas iaitu Pak Mail yang kini berusia 73 tahun.
Di sini, terdapat pelbagai jenis jemput-jemput yang dijual. Jemput-jemput yang sedap ini hanya dijual dengan harga 10 sen sebiji. Antara yang unik adalah jemput isi naga, nangka, nenas dan jagung yang dicampur sekali dan anda akan rasa terdapat potongan buah-buahan didalamnya.
Walaupun telah dilarang oleh anak-anaknya agar tidak meneruskan berniaga, namun kerana minat, Pak Mail tetap meneruskan perniagaan ini walaupun keuntungan yang diperolehi tidaklah begitu banyak.
Bercerita mengenai dirinya, Pak Mail sudah kematian isterinya sejak 23 tahun lalu dan kini bersendirian membesarkan 12 orang anak-anaknya.
“Allahuakbar, hanya Allah sahaja yang mengetahui, macam orang gila jaga anak.” kata Pak Mail apabila ditanya mengenai anak-anaknya selepas kematian isteri.
Pak Mail tidak mendirikan rumahtangga selepas pemergian isterinya kerana memikirkan soal anak-anak yang ramai. Begitu besar pengorbanan seorang ayah dalam usaha membesarkan anak-anak.
Dia membuka gerai setiap hari tanpa cuti. Walaupun tidak memperolehi keuntungan yang banyak namun Pak Mail rajin dan minat dalam perniagaannya.
Selain jemput-jemput yang sedap dan digoreng panas-panas, gerai Pak Mail juga turut menjual pelbagai perisa jemput-jemput yang menjadikan gerai Pak Mail ini unik.
Berniaga sambil bersedekah antara ayat yang keluar dari mulut Pak Mail.
Pak Mail menjual kira-kira 2000 biji jemput-jemput sehari. Pada bulan Ramadhan pula, Pak Mail masih gigih membuka gerai dan memberikan jemput-jemput percuma kepada orang ramai. Dia telah melakukan perkara tersebut selama lima Ramadhan berturut-turut.
Semoga Pak Mail terus diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan amalan berniaga sambil bersedekah dan berkongsi rezeki bersama-sama.
Coklat mempunyai kuasa luar biasa. Ia dikatakan sebagai lambang cinta, keceriaan, penyembuh kesakitan dan membantu mengurangkan depresi.
Menurut pakar kimia dari Jerman, Justus Von Liebig mengesahkan coklat adalah makanan sempurna, di sebalik rasanya yang enak, kaya nutrisi tambahan yang memulihkan tenaga.
Amalan memakan coklat juga baik kerana dapat merembeskan hormon endorfin ke dalam otak yang merangsang emosi gembira, sekali gus mengatasi masalah kemurungan secara semula jadi.
Siapa sangka, bermula dari minat coklat dari kecil, akhirnya CEO Choco Albab, Said Saiful Fazli Said Aluwi berjaya mengeluarkan produk berasaskan coklat sendiri yang kini sudah ada 9 produk keseluruhannya iaitu Choco Albab Choco Rice, Choco Albab Choco Ball, Choco Albab Mini Choco Crunch, Choco Albab Mini Choco Dorayaki, Albab Cookies Dark Chocolate Cookies, Albab Cookies Red Velvet Cookies, Albab Cookies Famous Mocha Cookies, Choco Albab Belgian Dark Chocolate dan yang terbaru Unicorn Strawberry Chocolate.
Menurut jejaka berusia 37 tahun ini, beliau mengikut jejak atuknya yang memulakan perniagaan dengan membuka kilang papan. Dari situ, atuk melatih anak-anak dan cucu untuk berniaga. Sejak melihat kegigihan atuk itu membuahkan hasil hidup senang dengan berniaga menjadi punca Said untuk turut serta dalam bidang perniagaan.
Mengimbau kembali ketika pertama kali memulakan bisnes pada umur 24 tahun, dia akui ketika itu memang tiada apa-apa ilmu tentang perniagaan dan Said juga pernah memasuki sektor awam namun buat keputusan untuk berhenti kerja. Meskipun kecewa, ibu bapa Said tetap akur dan mendoakannya. Berkat doa mak dan sedekah ayah niatkan untuk anaklah membuatkan Said berjaya dan akui tidak mahu kehilangan dua sumber utama kejayaannya itu.
“Habis belajar di UPM, masuk kerja kerajaan. Tak berapa lama kemudian terlibat dengan perniagaan jualan langsung selama 14 tahun. Selepas itu, Covid bermula, timbul satu idea untuk keluarkan produk coklat di mana ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), permintaan makanan sangat tinggi memandangkan saya pun memang minat coklat dari kecil. Mak selalu bebel ‘hei makan coklat banyak betul dia ni’.
“Mulakan perniagaan Choco Albab waktu PKP tahun 2021, awalnya nampak perlahan, kemudian launch pada bulan puasa tahun yang sama dan berjaya dapat jual 50 ribu tub pada ketika itu,” kata anak kelahiran Terengganu ini.
Mungkin ada di kalangan peminat produknya berfikir kenapa nama albab, kan? Ada kena mengena ke dengan cerita Ahmad Albab ke? Bagi yang baru tahu, Said memilih nama albab ini mengikut pada maksud albab itu sendiri yang membawa erti kebahagiaan, pintu rezeki dan pintu kekayaan.
“Waktu itu saya di kampung, tengok cerita ahmad albab. Saya terfikir kenapa P Ramlee guna nama albab. Bila saya cek rupanya albab tu pintu, tapi kenapa pintu?
“Rupanya albab ni ialah kebahagiaan, pintu rezeki, pintu kekayaan. Dalam Islam albab adalah kebijaksanaan. Ia beri banyak maksud dan maksudnya sangat bagus. dari situ saya berazam mesti jadikan bisnes coklat ni sebagai pintu rezeki untuk ramai orang juga,” jelasnya.
Rasanya setiap orang pasti pernah merasa diri ‘down’ dalam segala hal. Said akui dirinya pernah berada di titik kesusahan bila ‘down’ beberapa kali, sehingga tahap tiada duit untuk bayar kereta dan sewa rumah. Namun itu tidak mematahkan semangatnya apabila dia mengambil keputusan untuk membuat dua perkara ini, iaitu yang pertama mencari guru yang betul atau mentor untuk menarik dia bangkit semula.
“Yang kedua, ketika nak bangkit tu dekatkan diri dengan Allah. Waktu itu saya banyak meminta sebab saya tahu Allah akan bagi. Itu saya punya kepercayaan, saya tahu Allah bagi. Alhamdulillah saya pernah jatuh 2014, 2015 saya bangkit,” tambahnya.
Lumrah sebagai peniaga, pasti akan berdepan dengan cabaran. Untuk bisnes Choco Albab ini, Said menggunakan sistem agen atau direct selling. Jadi cabaran yang perlu Said hadapi adalah untuk develop usahawan dan agen supaya pandai menjual.
Selain itu, bila jual makanan, yang penting adalah kualiti produk. Coklat sensitif dengan cuaca, bila pos parcel coklat boleh kering. Jadi bukan senang kualiti tu nak maintain, walaupun bukanlah banyak kerosakan berlaku. Orang yang jual makanan akan hadapi cabaran yang sama.
Siapa sangka, bermula dengan tak sampai 200 orang agent, kini sudah ada 23 ribu orang agent dan berbelas juta jualan Malah bukan hanya di Malaysia, Choco Albab kini sudah ada cawangan sendiri di Singapura dan Borneo. Oleh itu, Untuk masa akan datang, Said harapkan untuk bantu lebih ramai orang dan lahirkan ramai usahawan berjaya.
“Perniagaan coklat ini walaupun dikatakan kecil mungkin tak dipandang orang kerana tak menguntungkan. Walaupun harganya hanya RM17 tetapi coklat ni boleh mengubah ramai orang sebab kita ada ramai testimoni yang dulunya hidup susah, sekarang alhamdulillah hidup senang, income puluhan ribu walaupun baru setahun menjual.
“Saya nak tambah ramai agent, kita nak bantu lebih ramai agent sebab saya punya vision adalah togetherness. Saya kena berjaya bersama-sama. togetherness,” tambahnya.
Yang mana belum pernah merasai produk Choco Albab, boleh la dapatkan di pasaran, atau beli pada agen-agen yang sedia ada di seluruh Malaysia!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Begitu ramai yang terkesan dengan permergian Siti Sarah, dan salah seorang daripadanya adalah penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza yang kini sedang tular satu video apabila penyanyi kesayangan ramai ini menagis ketika sedang merakam satu program virtual.
Ini menerusi perkongsian facebook di GEGAR Tokti dilihat sedang mengesat air mata dan tidak mampu untuk meneruskan nyanyian ‘Aku Bidadari Syurgamu’ kerana hatinya sayu dan sedih mengenangkan rakan artis, Siti Sarah.
Hari ini @ctdk menjalani rakaman virtual show dan penganjur memilih salah satu lagu iaitu Aku Bidadari Syurgamu.
Sebelum memulakan rakaman, @ctdk sudah memaklumkan bahawa beliau bimbang tidak dapat menyanyikan lagu tersebut kerana perasaan sedih dan sebak di atas pemergian sahabat artis, arwah @sitisarahraissuddin .
Memulakan rangkap pertama lagu tersebut, hanya 2 baris sahaja mampu dinyanyikan dan beliau terus berhenti.
Lalu kami memohon kepada penganjur untuk menukar lagu dan penganjur juga sangat memahami situasi hari ini.
Ramai yang menggelarkan arwah ‘bidadari’, banyak kebaikan dan cerita arwah yang dapat kita jadikan panduan selagi masih bernafas ini.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.