Buat keluarga yang jenis sekali sekala teringin menikmati air milo, horlick atau pun kopi mesti memerlukan masa yang lama untuk dihabiskan. Silap haribulan boleh keras pula jadinya walau tersimpan elok di dalam balang. Kejadian seperti itu, mesti ramai antara kita melaluinya.
Jadi untuk tidak mahu membazir disebabkan milo menjadi keras, wanita ini berkongsi cara yang dilakukan olehnya kepada umum dan nyata mendapat respond daripada warganet.
Jadi buat anda yang masih belum mengetahui cara untuk pastikan milo yang disimpan tidak mengeras, ayuh baca perkongsian ini.
Ni cara saya tak nak bagi milo, nescafe, horlick, kopi, susu atau apa-apa serbuk daripada jadi keras. beli kat kedai kuih.
Masukkan silica gel ke dalam bekas milo.
Setakat ni saya guna dari bulan puasa tahun lepas, yang tak habis letak dalam balang kuih, saya refill milo tak buang bende tu guna balik tapi kalau tukar untuk balang lain saya tak pasti, kalau was was tukar je sebab murah je rm7 utk 50pcs ada kedai jual murah lagi.
Sumber : Lola Lolieta
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masak sardin tin, telur dadar, nasi panas memang ngam kan! Selalu keluarkan sardin dalam tin, terus masak ikut resipi sendiri nak tambah itu ini untuk hilangkan hanyir ikan itu.
Tapi pernah tak rasa nak buat sendiri je sardin tin tu? Haa yang mana teringin dan rajin nak buat sendiri sardin sebijik rasa macam dalam tin tu, boleh cuba resipi ni.
Rasa instant tapi sebenarnya air tangan sendiri tau! Barulah bebas bahan diproses, lebih sedap dan lebih sihat. Nak tahu buat macam mana, tengok bawah ini!
SARDIN HOMEMADE
Bahan-bahannya :-
1 kilo ikan sardin
4 biji bawang besar
4 ulas bawang merah kecik
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia ~xyah letak banyak2
3 sudi besar cili kering blender
Sebiji tomato dadu
5 biji cili belah 2
4 sudu besar cili sos & sedikit sos tomato
1/2 tin tomato puree
Garam
2sudu besar gula
1 sudu besar sos tiram
2 cawan air ~ikut kepekatan
limau nipis 2 biji utk perap
Cara-caranya :-
1) Ikan dipotong ekor n kepala.. bersihkan…pastu perap 10 minit dgn 1/2sb garam n 2 biji limau nipis atau kasturi…dah perap basuh semula n toskan air…ketepikan…
2) Blender semua bawang dan halia dan sepotong dua tomato..tumis hingga wangi dalam minyak yg banyak sikit lebih kurang suku cawan
3) Dah garing n wangi masukkan cili blender dan tumis hingga betul2 garing n pecah minyak
4) Masukkan pati kiub…sos tiram…tomato puree…tomato potong…dan bahan lain kecuali air kacau lagi bagi sebati…rasa la masin manis n masamnya..kalau dah ok tambah 2 cawan air…xyah banyak2 sangat…kacau sebati…masuk ikan
5) tutup periuk tekanan n setkan masa dalam 80 minit lebih kurang…..tulang dah agak lembut
6) Bila dah cukup masa..lepaskan wap tekanan…ikut arahan pressure cooker masing2 la ye…kaknon guna periuk ajaib tu je…stir fry sikit dlm 2 minit bagi kuah pekat…sedia di hidangkan.
Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menarik perkongsian ni. Kek coklat kukus bersaiz kecil. Bahan-bahan penyediaan pun mudah. Jika anak-anak nak bawa bekalan ke sekolah pun mudah. Ikuti resipi cara puan Na Wan Husian di Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) untuk membuat kek coklat acuan kecil.
Sejak sekolah duk jual macam-macam sampai makcik kantin meradang kikiki
Ni la dia kek cekelat duk buat jual dolu kala, masa ni bukan kek jer, macam-macam buat jual.
Resepi kami kukus, bleh guna steam it tupperware tu, mudah, cepat masak, comel, senang simpan, senang basuh, taguna letrik. Kek ni moisttttt tau adik kakak
BAHAN
2cwn gandum 1sk soda bikarbonat 1sk baking powder 1cwn serbuk koko 1cwn gula Ayak semua di atas ni kecuali gula dan letak 1 bekas
3 biji telur 1cwn susu cair 1cwn susu pekat 1cwn minyak masak Kacau guna spatula jer bahan basah ni.
CARA PENYEDIAAN:
Lepas sebati bahan basah, bleh masukkan bahan ayak tadi, gaul2 serata, Last sekali letak air panas 1 cwn, kacau lagi sampai tekstur dia cantik.
Bleh kukus cup kecik-kecik atau dlm loyang.
**Topping**
Panaskan 1cwn minyak api perlahan, jgn panas sgt mcm nak goreng donat, Lepastu masukkan 1 cwn susu pekat dan 1 cwn@stengah cawan serbuk koko. Kacau sampai pekat cantik sekata, tambah susu cair 4 ke 5 sudu, kacau2 dan sejukkan.
Kek cekelat is done
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.