Dalam sesebuah perkahwinan, gurau senda merupakan satu keperluan hidup dan cara yang boleh melahirkan rasa gembira dan menghiburkan pasangan.Malah digalakkan bergurau supaya sentiasa gembira dan perhubungan tidak terlalu serius.
Ia merupakan salah satu rahsia kebahagiaan dalam rumahtangga adalah senda gurau pasangan suami isteri. Biarpun usia perkahwinan sudah lama, namun usah culas cara ini untuk supaya semarak cinta sentiasa segar dan makin intim.
Sebagaimana perkongsian pelakon dan penyanyi, Izzue Islam yang telah memuat naik satu rakaman video yang memaparkan senda gurau isterinya.
Rakaman video tersebut memaparkan gurau senda pelakon ini bersama dengan isteri, Awin Nurin.
Ads
Kelihatan isterinya sedang menconteng wajah Izzue ketika sedang tidur dengan mengunakan pen.
Gelagat pasangan suami isteri yang belum dikurniakan cahayamata telah menarik perhatian netizen. Sweetnya!
Ads
Kene lagi aku!
Takpelah, 1 je harapan aku. Andai kata ade rezeki dapat anak, biarlah anak aku ni perangai sama macam @awinnurin .
Biarlah dia nak conteng muka ke kereta ke baju ke atau ape2 je lah yg ade pada aku. Jangan dia conteng hati & perasaan orang yg belum tentu orang tu akan maafkan dia (jgn conteng arang dimuka bapak sudah! mALAH
BERGURAU DENGAN ISTERI DAPAT PAHALA
Merujuk perkongsian di laman ini, menjelaskan bahawa
Dari ‘Atha’ ibnu Rabbah r.a; “Aku melihat Jabir ibnu Abdullah dan Jabir ibnu ‘Umair Al-Anshari sedang bergurau dengan berlempar-lemparan. Kemudian salah seorang dari mereka berkata kepada temannya, “Aku pernah mendengar Rasulullah S.a.w bersabda; “Setiap orang yang melakukan sesuatu yang tidak ada zikir kepada Allah di dalamnya dinilai sebagai orang yang bermain-main dan melakukan kesia-siaan, kecuali empat orang, iaitu suami-isteri yang bersenda-gurau, seseorang yang menjaga kudanya (atau kenderaan yang digunakan untuk berjihad atau berbuat kebajikan), seseorang yang berjalan di antara dua tujuan, dan seseorang yang mengajar berenang (olahraga untuk kesihatan tubuh).” [HR An-Nasa-ie]
Hadits ini menunjukkan keutamaan isteri dan suami dalam bersenda gurau dan bercanda. Ketahuilah bahawa, senda gurau dan bercanda yang dilakukan suami isteri tidak termasuk perbuatan yang sia-sia (lahwun), bahkan ia dinilai sebagai ibadah kepada Allah S.w.t. Senda gurau juga dapat menumbuhkan rasa saling percaya suami isteri serta meningkatkan rasa cinta dan kasih sayang diantara keduanya.
Umpama mimpi ngeri, Puan Nur Jalilah Leyla berkongsi kisah nyawa anaknya yang hampir melayang akibat terhidu gas monoksida di dalam kereta.
Mereka sekeluarga ketika itu salam perjalanan pulang ke Tanjung Karang, Selangor dari Kuantan. Dalam kegembiraan berbual dan bergurau senda, tanpa mereka sangka, saat itu masing-masing sudah keracunan gas.
Pengalaman yang tak akan pernah Umi lupa. Saat kami semua termasuk (mak ayah mentua) opah dan atok keracunan gas monoksida dalam kereta.
Pada 19 May 2022, Umi dan anak-anak mengikut mak ayah mentua untuk balik ke Tanjung Karang, Selangor sebagai peneman balik dalam tempoh 3-4 hari saja.
Dalam perjalanan dari Kuantan, semuanya ok tak ada apa-apa. Anak-anak pula seronok dengan berbual dan teman atok dan opak mereka. Kami sempat singgah makan tengah hari di Temerloh dan selepas itu teruskan perjalanan.
Sempat lagi Umi hantar gambar pada suami untuk tengok anak-anak tengah tidur. Rupanya, suami ada tegur muka Eijaz nampak pucat dan kasihan. Dia tanya anak-anak ok ke. Umi balas ok, mungkin sebab kepenatan agaknya. Tak sangka, sebenarnya mereka dah lain masa ini. Deeja pula senyap, tidur dan tak ceria. Fikir Umi, mungkin sebab cuaca panas.
Pada sekitar jam 1.00 tengah hari, selepas dari hentian Bentong, tiba-tiba, Deeja terjaga dan merengek tapi mata tak terbuka. Umi pujuk dan tiba-tiba badannya lembik. Namuri seorang ibu, rasa sesuatu tidak kena. Umi cuba kejutkan Deeja untuk bangun tapi tiada respon.
Umi terus jadi panik, anak selebih-lembiknya. Terus Umi menjerit pada mertua beritahu Deeja tak sedar diri tanpa sebab. Buka baju dan seluar, tepuk-tepuk dan sapukan air pada muka untuk kejutkan dia. Tapi tetap tiada respons.
Pernafasannya pun makin lemah. Kami berhenti tepi highway dan tahan kereta lain sammbil mendukung anak. Umi hanya fikir, Ya Allah, jangan ambil nyawa anakku.
Sementara itu, Zara dan Eijaz meraung dalam kereta sebab takut tengok kami panik dan riuh untuk kejutkan Deeja. Masa itu, ada satu kereta, keluarga Chinese (Mr Richard berhenti dan tanyakan keadaan. Dia meminta kali ikut mereka dan terus ke hospital berdekatan.Msa itu, Mr Richard syak ada masalah gas ke apa dan berpesan supaya buka tingkap.
Semasa perjalanan ke hospital, Deeja masih tiada respon, luruh rasa jantung Umi sebab tak tahu punca. Tiba-tiba Zara dan Eijaz diam, mereka pula tidak sedar. Eijaz tertiarap di bahagian bawah kaki dengan muka ke bawah karpet. Manakala Zara separuh badan atas kerusi kaki ke bawah dan meniarap. Ya Allah dugaan apakah pada kami.
Ayah mentua teruskan pemanduan dan ikut kereta Mr Richard. Mak mentua pula bantu kejutkan Eijaz dan Zara. Alhamdulillah mereka cepat sedar semula dan menangis. Eijaz nampak sangat pucat dan lesu. Umi pula dah mula rasa nak muntah, pening dan nak pitam. Tapi sebabkan anak-anak tak sedarkan diri, Umi gagahkan diri bertahan sambil muntah-muntah dan kejutkan mereka.
Sampai di hospital Orang Asli Gombak terus ke bahagian Kecemasan dan Deeja diberi terus bantuan oksigen.
Umi sesak nafas dan masih muntah-muntah angin. Mak mentua pengsan selepas sampai di hospital dan ayah mentua serta Zara, Eijaz diberi bantuan oksigen. Selepas semua diberi bantuan oksigen, mereka kembali stabil tapi masih dalam keadaan lema. Suami pula dah bersiap datang dari Kuantan.
Kes kami di rujuk ke hospital Selayang. jam 8 malam kami semua dihantar ke Hospital Selayang menaiki ambulance. Kereta kena tinggal sebab doktor tidak mahu ambil risiko.
Dari situ, doktor mengesahkan kami keracunan gas monoksida yang berpunca daripada kebocoran pada bahagian ekzos. Kami dipantau sehingga betul-betul stabil.
Doktor ada beritahu, kalau Umi tak tahu anak tak sedar itu dan berangapan anak-anak tidur lena, kemungkinan akan mengancam ntawa anak-anak. Sebab ia menterang pada orang yang tidur dan terus idak sedarkan diri sampailah kekurangan oksigen pada otak.
Syukur, Allah berikan naluri yang tepat pada Umi dan pantas sedar bila Deeja lain macam lembik dan tak sedar masa tu. Jam 3 pg barulah doktor lepaskan kami balik.
Ibarat mimpi ngeri semua tu. Keracunan gas monoxide ini tak bermakna masa kita berhenti kereta dan tidur di hentian saja. Ia juga boleh berlaku dalam keadaan kereta tengah bergerak. Tapi ia boleh bahayakan pada penumpang yang tidur.
Allah jentikkan kami ikut sekali, kalau la mentua berdua saja balik tak tahu apa akan jadi pada mereka. Lagi bahaya sebab berdua dan tak sedar kebocoran gas itu.
Patutlah pada hari Sabtu sebelum ini, mak mentua masa perjalan ke Kuantan, dia dah pengsan dan muntah sekali dalam kereta tanpa sedar. Itulah permulaan kebocoran gas monoksida dalam kereta.
Sebelum perjalanan yang jauh, periksa semua keadaan kenderaan, baik kereta lama mahupun kereta baru. Pantau sama penumpang yang tidur. Berhentilah seketika setiap 2 jam perjalanan atau buka tingkap sekejap.
Ingatlah, perkara nak jadi tanpa tanda dan diduga. Kita kena sentias peka dengan keadaan keliling terutamanya anak-anak.
Kepada Mr Richard sekeluarga, kami ucapkan jutaan terima kasih dan ibarat terhutang budi. Kalau tak kerana Mr Richard berhenti dan tenangkan kami serta bawa kami ke hospital.
Walau berlainan agama tapi Mr Richard yang terawal berhenti dan bagi bantuan. Umi pun tak tahu Mr Richard ni asal mana dan tinggal di mana. . Seandainya posting ni sampai kepada Mr Richard sekeluarga, kami sangat-sangat hargai dan terhutang budi.
Siapa sangka seorang pelajar sanggup memukul gurunya kerana tidak puas hati apabila rambutnya dipotong oleh guru berkenaan.
Pelajar tingkatan tiga bertindak memukul guru wanita di sebuah sekolah menengah di Bukit Sentosa, Hulu Selangor.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, mangsa yang juga guru disiplin, 52 tahun pada ketika itu sedang membuat rondaan sebelum diserang pelajar tingkatan 3 itu.
Pada kejadian kira-kira pukul 12:30 tengah hari itu, guru wanita terbabit menerima laporan daripada seorang guru lain berhubung pelajar lelaki berusia 15 tahun yang berambut panjang.
Arsad berkata, mangsa kemudian bertindak menggunting rambut pelajar lelaki itu.
Pelajar lelaki itu marah dan mengugut mahu membunuh. Dia kemudian bertindak memukul mangsa dengan batang penyapu.
Susulan itu, pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor telah melakukan serbuan ke sebuah rumah dan menahan suspek.
Hasil ujian air kencing suspek adalah negatif dan semakan rekod mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah.
Suspek ditahan reman bermula hari ini hingga esok membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 506 (KK).
Arkitek Meninggal Dunia Sarat Hamil Anak Ke 5, Sempat Tulis Catatan Terakhir
Ajal kematian itu rahsia dan ketentuan taqdirnya di sisi Allah. Dia-lah yang menetapkan dan maha mengetahuinya.
Apabila tibanya waktu kematian seseorang, tidak akan lambat atau cepat walau sesaat pun.
Dalam kita sihat, apabila ajal menjemput, tiada daya kita untuk menafikannya. Namun sebagai manusia dan hamba-Nya, kita pastinya mendoakan dan mahukan pengakhiran yang baik.
Khabar duka mengenai pemergian Allahyarham Aizura Zulkifli telah dikongsikan olen rakannya, Siti Suryani Yaakopyang meluahkan rasa sebak. Menurutnya lagi arwah yang dikenali sebagai Kakak Ai baru sahaja membuat perkongsian mengenai dirinya mengalami sesak nafas dan batuk sejak mula hamil. Namun tidak menyangka ia merupakan catatan terakhir arwah.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
SEMPAT TULIS CATATAN TERAKHIR LUAH RASA SESAK NAFAS
Allahyarham sempat menulis rasa tidak selesanya ketika hamil sebelum menghembuskan nafas terakhir. Malah dalam catatan terakhir itu, arwah membuat hastage dengan menyatakan catatan kehamilan di usia 40 tahun #catatanpregnantdiusia40.
Nikmat bernafas, Nikmat berak, Nikmat kentut
Antara nikmat yang jarang kita syukuri. Sebab hari2 kita dapat buat tanpa masalah. Bangun pagi je nahhhh dah boleh hirup udara segar. Masuk toilet boleh melabur seperti biasa.
Sejak aku buka buku pink hari tu aku dah terbatuk2 kecil. Nurse ada tanya masa tu, tapi aku cakap sebab aku muntah lepas gosok gigi, so tekak tak selesa. Rupanya batuk tu bukan sekejap je.
Batuk2 ni menyebabkan aku semakin mengah nak bernafas, sampai ofismate ingat aku pi jogging Bila batuk makin teruk, apa aku makan semua aku muntahkan balik. Semua. Aku jadi tak lalu nak makan lepas tu. Muntahkan makanan, tak makan, maka tak berak.
Few days lepas tu, hari selasa 18/10, aku batuk, mengah dan sakit dada belah kanan, kahak ada darah sikit. Aku pi klinik. Doktor bagi ubat batuk herba sahaja. Kalau sakit dada sangat boleh amik paracetamol. Ubat lain memang tak sesuai.
Hari khamis, aku rasa agak ok dan ada selera makan. So pagi makan bihun kat opis. Tengah hari tu aku makan limau sejuk. Lepas makan limau tu rasa tak selesa kat dada kanan. Bukan rasa ketat, tapi rasa sakit mencucuk. Aku agak ni angin.
Khamis malam dah start rasa tak larat, cakap kat husband tapi dia macam berbelah bahagi nak balik, ada urusan lagi. Aku macam dah tak kisah dah kalo dia tak balik aku call je la ambulans. Yam dengan Haajar pandai2 la survive. Aku takleh baring, sakit sangat. Tak ada posisi yang selesa. Aku just boleh tidur duduk je. Tarik nafas dan batuk rasa sakit sangat dada.
NAFAS TERCUNGAP
Sebelum subuh husband dah sampai dari Johor. Dalam pukul 4 macam tu aku sakit dada sangat2. Nafas mencungap. Bila tarik nafas dalam2 rasa macam kena tikam. Aku decide amik paracetamol, kurang sikit sakit. Tak boleh tidur langsung, just pejam mata tahan sakit je.
Jumaat aku sekali lagi pi klinik. Oksigen turun sikit so doktor bagi neb. Dapat ubat sembelit juga. Ha iye. Seminggu tak berak ok.
Alhamdulillah now aku dah boleh nafas agak baik. Kalau baring masih tak selesa. Tarik nafas dalam2 still ada rasa mencucuk dada tu so aku just nafas pendek2 je. Semua aktiviti melibatkan otot dada dan perut macam batuk, bersin, muntah, menguap, tarik nafas dalam2, semua buat aku rasa sakit. Kahak pagi2 still ada darah pekat, agaknya aku batuk kuat sangat.
Aku tak penah kena benda ni. Gerd ke apa memang tak pernah. Aku memang dah stop kopi, kurangkan gluten sbb rasa bloated lepas makan. Makanan tinggi histamin aku memang ada issue so sepanjang peknen jarang sangat aku amik.
Doakan aku sihat macam biasa k. Gambo aku masa sakit buruk sangat. Aku masih tak berak ni. Doakan aku berak k. Ni je yang aku harapkan skrg
HAMIL ANAK KE-5
Luluh hati kala melihat perkongsian yang dipaparkan oleh Allahyarham pada 10 september lalu.
Allahyarham dan suami, Ahmad Zukhairi Sulaiman rupanya baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 11.
Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Dan semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi dugaan Allah
UPDATE TERKINI:
Dalam pada itu, menerusi perkongsian Zaidi Harun memaklumkan kematian Allahyarham Aizura Zulkifli diklasifikasikan kematian mengejut.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.