Sinomin apabila bertandang di majlis perkahwinan, pasti akan terhidang air sirap. Dari dulu hingga kini, minuman ini pasti menjadi pilihan tuan rumah untuk dihidangkan kepada para tetamu yang hadir.
Walaupun nampak simple, tapi air sirap yang dihidangkan pada majlis perkahwinan ini ‘kaw’ betul. Lain rasanya dengan yang kita buat sendiri di rumah.
Nak tahu ape rahsianya. Ikuti perkongsian dari wanita ini. Resipi Air Sirap Maksu
Bagi keluarga yang suka makan ulam tentu setiap kali makan nasi pasti dihidangkan menu nan satu ini sebagai pelengkap juadah.
Selain dimakan untuk memenuhi selera, tidak dinafikan juga dengan makan ulam-ulaman ini banyak khasiat dan kebaikannya.
Antara yang sering kita dengar, orang kata kalau rajin amal makan ulam pegaga atau dijadikan jus minuman boleh awet muda. Malah macam-macam lagilah kebaikan ulam ini dan bukannya pegaga sahaja untuk membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan.
Namun betul ke begitu?
Mengukuhkan lagi info berkenaan ulam-ulaman ini secara berfakta dan kajian, ayuh kita baca perkongsian dari saintis Dr Suri Roowi ini.
ULAM BERKHASIAT, SEJAUH MANA IA MEMBERI KESAN?
Masyarakat kita gemar memakan ulam-ulaman bersama nasi berserta lauk pauk ketika menikmati hidangan makan tengahari dan makan malam. Soalnya sekarang adalah sejauh manakah ianya bena-benar memberi kesan.
Ulam-ulaman seperti salad, pegaga, ulam raja, selom, tomato ceri, petai, jering dan sebagainya adalah antara ulam yang biasa di ambil bersama lauk pauk lain.
Tomato adalah antara sayuran yang biasa dimakan sebagai ulam. Tomato kaya dengan bahan antioksidan likopene. Bahan berkhasiat jenis ini biasa didapati juga dalam lobak merah dan tembikai. Dalam tomato, bahan khasiat ini hadir pada kuantiti tinggi dalam kulit dan biji tomato. Justeru, jika kita asingkan kulit dan biji tomato semasa memasak atau menggambilnya sebagai ulam, ini akan menyebabkan kehilangan banyak khasiat utama.
Walaubagaimanapun, terdapat kajian menunjukkan pengambilan tomato pada kuantiti tinggi boleh meningkatkan risiko pendarahan jika bersama ubat cair darah.
Selain dari itu, warna kulit kita juga boleh berubah kepada warna kemerahan jika kita memakan tomato pada kuantiti tinggi. Kuantiti bahan berkhasiat dalam sesuatu jenis sumber berkhasiat juga berbeza mengikut jenisnya.
Contohnya kajian yang dilakukan oleh UPM mendapati tomato ceri lebih tinggi antioksidan berbanding tomato biasa.
Salad juga merupakan antara ulam kegemaran ketika menikmati makan tengahari. Kajian oleh pensyarah UPM ke atas pelbagai jenis salad, salad berwarna merah lebih tinggi kandungan antioksidan berbanding salad biasa.
Walaubagaimanapun, sayuran hijau seperti salad, bayam, brokoli dan ‘brussel sprout’ tinggi vitamin K. Justeru, penggambilan jenis sayuran ini sebagai ulam akan mengurangkan keberkesanan ubat cair darah di kalangan pesakit jantung.
Ulaman tempatan juga tidak kurang hebatnya. Kajian oleh saintis tempatan mendapati daun kari, ulam raja dan selom sebagai sumber antioksidan yang kuat.
Terdapat pelbagai jenis ulam yang bertindak sebagai antibakteria dan antikanser semulajadi. Antaranya adalah sumber tinggi sulfur seperti bawang merah, petai dan jering.
Jering tidak boleh dimakan pada kuantiti tinggi dan sebaiknya perlu direbus atau dibiarkan bercambah terlebih dahulu. Ini kerana jering tinggi kandungan asid djenkolic dan akan memudaratkan buah pinggang jika diambil pada kuantiti tinggi.
Teknik pengambilan ulam yang betul sangat mempengaruhi penyerapan bahan berkhasiat dalam tubuh.
Contohnya, kajian mendapati memakan buah tomato secara terus (dalam keadaan mentah) kurang memberi kesan berbanding memakan tomato yang dimasak bersama minyak. Ini kerana likopene adalah sejenis bahan berkhasiat larut lemak, jadi penggunaan minyak ketika memasak tomato boleh meningkatkan penyerapan dalam darah.
Pengambilan lobak merah pula seeloknya diambil bersama susu segar (contohnya ‘carrot’ susu) berbanding lobak mentah sebagai ulam.
Biasanya masyarakat kita gemar memakan ulam-ulaman bersama nasi dan lauk pauk lain. Sebenarnya teknik ini kurang tepat.
Kajian yang diterbitkan pada tahun 2017 mendapati makan sayur-sayuran sebelum memakan nasi lebih berkesan kurangkan kadar gula darah di kalangan pesakit diabetes jenis 2.
Dapatan kajian ini menunjukkan “Meminum jus pegaga sebenarnya lebih bagus berbanding berbanding memakannya bersama nasi”.
Terdapat juga kajian menunjukkan memotong ulam boleh meningkatkan bahan berkhasiat. Kajian yang dilakukan oleh Department of Vegetable Crops, University of California dan diterbitkan dalam Jurnal Agric. Food Chem. mendapati bahan berkhasiat antioksidan meningkat sehingga 140% jika ulam dipotong-potong terlebih dahulu sebelum dimakan berbanding ulam tanpa dipotong.
Kita sering dengar ketika berpantang selama 44 hari, ada beberapa jenis makanan tidak boleh diambil untuk mengelakkan kembung perut dan demi menjaga kesihatan dalaman ibu yang bersalin. Pun begitu, kita juga sering dengar ada satu makanan ini tidak boleh dimakan sehingga setahun lamanya. Jika diambil sebelum tempoh itu, ibu tadi akan merasakan tidak selesa dan sakit badan. Apakah menu itu?
Ya, laksa. Namun apakah sebabnya hingga begitu lama perlu berpantang makan laksa hingga bertahun lamanya? Dan adakah ianya benar atau sekadar amalan orang dulu-dulu. Oleh itu, jom kita dengar pandangan daripada saintis ini yang terpanggil untuk mengetahui kenapa wujudnya pantang laksa ini. Jom semak perkongsiannya dan semoga bermanfaat.
BETUL KE KENA PANTANG LAKSA SETAHUN LEPAS BERSALIN?
Saya tidak pernah tahu laksa kena pantang setahun sehinggalah saya membuka akaun media sosial. Sebagai seorang ahli akademik, saya ingin tahu, kenapakah wujudnya budaya pantang laksa setahun. Kenapa kebanyakan orang makan laksa ketika dalam pantang tidak ada masalah, tetapi sesekali saya terbaca komen ada yang makan laksa selepas bersalin rasa sakit macam hendak mati.
Mari kita lihat ‘the chemistry of laksa’.
1. Mee laksa.
Mee laksa dihasilkan dari tepung beras putih yang mengandungi kandungan kanji. Di dalam beras putih terdapat sehingga 78% kanji. Terdapat dua jenis kanji iaitu amylose dan amylopectin. Di dalam beras terdapat sekitar 0-30% amylose dan selebihnya adalah amylopectin.
Amylose adalah sejenis kanji (starch) yang tidak mudah dihadam. Amylose merupakan polimer yang terdiri dari 500-2000 unit glukosa yang dihubungi oleh ikatan glikosidik alfa (1–>4) secara linear. Ini menjadikan ia lebih kompak, lurus dan berbentuk helix.
Amylopectin juga merupakan sejenis polimer glukosa yang dihubungkan dengan ikatan glikosida alfa (1–>4). Berbeza dengan amylose, amylopectin mengandungi sekitar 5-15% ranting yang membentukan ikatan glikosida alfa (1–>6) bagi setiap 20-25 unit glukosa selain ikatan glikosidik alfa (1–>4). Ini menjadikan ia bersaiz besar.
Walaupun secara teori amylopectin kelihatan lebih sukar dihadam kerana saiznya yang besar, tetapi oleh kerana terdapat banyak ranting ia menyebabkan lebih banyak ruang untuk tindakbalas enzim berbanding amylose. Makanan yang mengandungi amylopectin yang tinggi mengandungi indeks glisemik lebih tinggi berbanding makanan yang mengandungi kandungan amylose yang lebih tinggi.
Dalam pembuatan mee, bahan yang mengandungi tinggi kandungan amylose memberikan tekstur licin dan berlekit. Pemanasan akan menyebabkan berlaku proses pengelatinan.
Seseorang boleh rasa ketidakhadaman dan kembung disebabkan oleh kanji amylose. Apabila kanji tidak dicerna dengan sempurna apabila sampai di usus kecil, bakteria di dalam usus akan mengambil tugas ini dan menukarkan kanji tidak tercerna ini kepada gas metana dan hidrogen. Jadi, sesetengah orang akan berasa kembung dan ketidakhadaman.
Seperti yang saya jelaskan dalam artikel lepas, masalah ini boleh dikurangkan dengan mengunyah makanan sehingga hancur, makan perlahan-lahan dan minum air dengan banyak.
Maksudnya jika seseorang yang tidak boleh makan laksa, bukan hanya ketika dalam pantang atau dalam tempoh setahun selepas beranak. Saya ada kawan yang tidak berapa toleran dengan beras putih. Tetapi dia tidak toleran sepanjang masa, bukan masa lepas beranak saja. Orang yang tidak boleh makan laksa akan mengalami ketidakhadaman sepanjang masa, dan akan mengalami ketidakhadaman akan memakan sebarang makanan yang mengandungi amylose. Maksudnya, beras putih pun tak boleh!
Jadi petua pantang laksa selepas pantang TIDAK TERPAKAI kepada semua orang.
2. Ikan
Selalu ikan yang selalu kita gunakan dalam pembuatan kuah laksa kedah atau laksa pulau pinang adalah ikan selayang/sardine atau ikan kembung. Kedua-dua jenis ikan ini mengandungi protein, omega 3 dan 6, kalsium dan nutrisi yang lain.
Alahan kepada makanan boleh disebabkan oleh histamine. Histamine ini boleh berpunca dari:
a) Badan kita sebagai tindak balas kepada makanan tertentu
Pengeluaran histamine berlebihan oleh badan sebagai tindakbalas kepada makanan tertentu. Antara reaksi alahan adalah selesema, hidung tersumbat, gegata, dan lain-lain. Adakah wujud kumpulan makanan tertentu yang mencetuskan penghasilan histamine berlebihan? Ia sebenarnya bersifat individu dan tidak sama antara satu sama lain. Kita hanya akan tahu setelah kita mengambil makanan tersebut. Jadi, jika anda tiada alahan pada makanan tertentu sebelum bersalin, anda juga tidak akan ada alahan selepas bersalin melainkan untuk individu yang telah disahkan doktor menghadapi masalah tertentu.
b) Pencemaran histamine dalam makanan laut.
Histamine atau scrombotoxin adalah sejenis toksin yang banyak dihasilkan oleh ikan dari keluarga Scombridae dan Scomberesocidae sebaik saja mereka mati. Antara ikan dalam keluarga ini adalah kembung (Rastrelliger kanagurta) dan keluarga ikan tuna. Dengan adanya kaedah penyejukan beku yang efisien, masalah ini sangat jarang berlaku. Pencemaran histamine berlaku apabila kandungan histamine melebihi paras selamat. Bagaimana untuk elakkan hal ini berlaku? Beli ikan segar dan pastikan cold chain terjaga!
Jika anda memang ada alahan, ia ada sepanjang masa bukan hanya ketika selepas beranak.
3. Bunga kantan dan daun kesum
Daun kesum (Persicaria odorata) dari keluarga Polygonaceae mesti ada dalam laksa. Mana sedap kalau tidak ada daun kesum. Daun kesum mengandungi sebatian kimia (Z)-3-hexenal, (Z)-3-hexenol, decanal, undecanal, dan dodecanal yang memberikan aroma daun kesum yang kita kenali.
Bunga kantan (Etlingera elatior) dari keluarga Zingiberacea sering digunakan sebagai perasa dalam laksa. Bunga kantan mengandungi sebatian kimia yang memberikan bau wangi seperti myrcene dan 1,1,-dodecanediol.
Kedua-dua bunga kantan dan daun kesum mengandungi phytonutrient yang mempunyai sifat antioksidan dan antibakteria. Kedua-dua bahan ini mengandungi oligosakarida kompleks seperti kebanyakan sayur-sayuran. Tidak semua orang akan menghadapi masalah penghadaman oligosakarida yang sama. Jika anda boleh makan sebelum beranak, maka anda boleh makan selepas beranak. Saya pernah terang kaitan angin dengan makanan mengandungi oligosakarida di sini: https://www.facebook.com/cheputeh.osman/posts/2300894409938018
Sekalipun anda mengalami ketidakhadaman dari pengambilan bunga kantan dan daun kesum sebelum beranak. Anda tidak akan kembung, ketidakhadaman, sejuk mengigil dan lain-lain kalau anda tidak menelan daun kesum dan bunga kantan.
Kesimpulannya, jika anda boleh makan sebelum beranak, maka anda pun boleh makan selepas beranak.
KLIK LINK UNTUK ILUSTRASI PENUH DAN SENARAI RUJUKAN.
PS Saya tidak tahu kenapa saya tulis laksa. Saya sebenarnya bukan peminat sebarang jenis mee. Saya makan nasi putih saja. Tapi kalau orang jamu saya makan saja.
Selain sedap dimakan, sayuran bayam ini amat kaya dengan khasiatnya iaitu. Antara nya membantu melawan kanser, mngekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K, menguatkan tulang, membantu menurunkan berat badan dan banyak lagi.
Buat ibu-ibu yang nak cuba resipi baru, apa kata cuba pula menu Bayam Brazil Goreng Belacan ni. Katanya lebih enak dari kangkung belacan.
Resipi ini dikongsikan oleh puan Robakyah Che Ros.
?Bayam Brazil Goreng Belacan
Tak habis lagi dgn Bayam Brazil ni , x bleh move on…? Sis sukaaa , sedap buat goreng belacan ni.. letak belacan byk sikit sedap giler!! ?
Serius sedap dari kangkung goreng belacan weyhh, harapkan batang kangkung ja belambak daun secoet…korang kena try taw ?
Ehh.. nak jugak ke resepi Goreng belacan ni ..Tapi resepi agak2 ja semua ya , ini cara sis yg mudah k.
Bahan bahannya
?Bayam Brazil
?6 biji cili besar + cili padi.suka pedas campur cili padi lebih sikit*
?3 ulas Bawang merah*
?2 ulas Bawang putih*
?sedikit udang kering atau ikan bilis
?Belacan.. agak agak la..letak byk sikit kalau nak lagi sedap
?gula, garam , perasa, asam
Caranya
?Tumbuk semua bahan bahan yang ditumbuk tadi. Kalau blend bagi kasar sikit ya.
?Tumiskan bahan bahan yg ditumbuk tadi , dah masak elok masukkan ikan bilis atau udang kering, belacan, perasa, gula garam dan sedikitttt saja tau perahan lemon atau air asam jawa. X masukkan pun ok ja.
?Last masukkan sayur bayam….tadaaa dah siap
Moh ler kita tanam pokok ni plak. Mudah ja nak tanam nya..?
Fb : Robakyah Che Ros
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Haroqs UPSI menerima Anugerah Tokoh Siswa kategori Penghargaan Khas Naib Canselor dan berkongsi pesanan inspirasi agar generasi muda terus mengejar ilmu serta kekal merendah diri.