Siapa yang tak nak cantik. Semua wanita sanggup berhabisan nak cantik, kulit muka mulus dan badan langsing. Untuk itu ada yangs sanggup membeli pil atau minuman kolagen untuk kembali cantik. Tak mengapa jika ada bajet yang banyak. Tapi jika sebaliknya tak salah berjimat dengan mengamalkan sumber makanan secara semulajadi.Diri pun selamat tanpa bahan-bahan pengawet.

Tular hingga 101K perkongsian, petua ini boleh diamalkan secara konsisten.

___________________________________________________________________

Detox kulit supaya jerawat hilang, lemak terhakis dan badan maintain kurus dan tak perlu telan pil!
Jom  kita detox untuk kulit berseri! Selera makan tak menjadi-jadi lemak pun berkurang!

IKLAN

Bahan :
1. Air masak : Dah pastilahhh sangat elok untuk badan & kecantikan muka
2. Timun : Tinggi anti oksida, hidrasi & membantu legakan kulit dan lembap! Psstt timun boleh kecikkan & keringkan jerawat. Parut punn makin pudar. Pori-pori? Makin tertutup!
3. Lemon atau Limau Nipis : Ada asid yang baik untuk cuci bersih segala kotoran dalam badan, toksin & hilangkan berat badan!
4. Serai : Membuang toksin dalam badan, tekanan darah & kurangkan kolestrol
5. Halia : Buang angin & toksin, kulit halus mulus, naikkan seri muka dannn boleh hilangkan STRESS!

Cara :


1. Potong semua bahan & masukkan dalam air
2. Simpan dalam peti sejuk – 3 jam
3. Siap! Boleh minum tak kisah berapa kali sehari. Kalau zura confirm kenyangggg je tak rasa lapar!

*Tahan 2 minggu jika letak dalam peti ais, Psttttt bukan kulit je cantik nanti tapi badan pun boleh kurus sebab terdetox sekali! 2 in 1 gitew.

Wow menarik perkongsian ni. Mesti cuba!

Sumber: Resepi orang kampung