Sepanjang bulan Ramadhan ini pasti yang membuatkan ibu-ibu pening apabila masuk dapur adalah menu yang bakal dimasak. Kalau hari biasa pun kadang kala mati kutu, inikan pula bulan istimewa ini.
Pasti mahu hidangkan sesuatu yang istimewa untuk membuka selera satu keluarga. Untuk petang ini, apa kata cuba buat resipi Ayam Panggang yang cukup mudah. Resipi ini dikongsikan oleh Sitjua Jua.
Morning!
Sempena nak sambut ramadhan ni sy nak share resepi ayam panggang…tak perlu beli ayam golek kat bazar dah.
Bahan-bahan:
½ Bawang Holland
2 biji bawang merah
1 sudu besar Black Pepper
1 Kiub pati ayam
Ads
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu kicap manis
Cara membuat:
1. Sediakan bahan2 seperti dalam gambar…kisar halus.
Ads
2. Ayam dah dibersihkan dilumurkan dgn garam.. seterusnya perap ayam dengan bahan yang dikisar tadi..
3. Letakkan sesudu kicap.
4. Gaul sekata… sy perap 1 malam .. simpan dalam peti..sebab nak bakar esok.
Ads
5. Bangun pagi2… amik ayam tersebut masukkan dalam air fryer.. sy guna suhu 170 dan set masa 30 minit
Ruang dapur antara lokasi yang cukup disukai kaum ibu. Selain tempat untuk memasak, ruang ini menempatkan barangan kegemaran terutama sekali koleksi memasak.
Tapi kalau banyak sangat barang, ruang dapur nampak semak dan tidak tersusun. Lagi-lagi kalau ada ramai anak dan banyak makanan ringan tersimpan sebagai bekalan.
Sebab tu, admin nak kongsikan cara DIY pantry yang simple tapi praktikal. Sedap pula mata memandang dan mudah untuk mencapai barang yang diingini.
Jom cuba perkongsian dari Suraya Saian ini, sesuai untuk ruang dapur yang sempit tapi boleh nampak tersusun. Sekali pandang macam dekat pasaraya pun ada kan dengan pelbagai barangan.
DIY makeover bilik iron baju ke walk in pantry. Start dari PKP Phase 1 sampai PKP Phase 3. Roughly dalam sebulan lebih jugak sebab nak tunggu barang sampai dari Shopee & Lazada.
Basically kebanyakkan barang2 order online je sebab kitorg memang x keluar. Gambar2 ni before & after makeover. Rack & Flooring installed by Tco Fadz and Decor by me
Beruntung pasangan pengantin yang sedang ‘outdoor shooting’ ini. Agong dan Permaisuri turun dan bergambar sekali dengan mereka.
Siap dapat sumbangan lagi daripada tuanku. Inilah yang dikatakan sultan berjiwa rakyat.
kisah pasangan pengantin ini tular apabila jurugambar Amyrul Ruslan memuat naik di Faceboook nya.
Coretan kisah manis yg berlaku petang td..tengah jalankan photoshoot utk pengantin baru kat atas jalan (nak ke terowong tanah sungai lembing) utk bhgian akhir..
Tiba² kitorang berempat didatangi sebuah kereta mewah warna putih (berhenti betul2 depan pengantin dulu mula2)..
Aku sangkakan DYMM Tuanku Tengku Hassanal yg dtg melawat sungai lembing..pastu kereta tu mari kedepan ke aku plak siap tingkap bhgian penumpang tu dibuka..
Masa tu jantung aku rasa nak tercabut sebab bhgian penumpang tu rupanya KDYMM Raja Permaisuri Agong dan pemandu pulak KDYMM Raja Agong tu sendiri..
Dengan bersahaja Tuanku Permaisuri celoteh ckp Kat aku “moh kita bergambar sama2 Kat atas”..aku punya perasaan xtahu nak cakap..semua bercampur.. “terkejut, gemuruh, lembik lutut, nak nangis pun Ada” 😂😂..
Sampai kt kawasan photoshoot atas bukit yg Mana tadi cuma kitorang berempat je..nahh sekarang penuhhh dgn pengiring istana termasuk sekali dgn Baginda Tuanku berdua Dan anakanda mereka.
Masa tengah nak ambik gambar tu aku memang tengah rasa lemah lutut gila2 smpai nak bernafas pun tersekat 😭..dah la pekerja istana tu siap ckp lagi.. “hah ambik gambar tu elok2 ye..” (nada x serius pun cuma saja bergurau dgn aku sebab mmg nampak ketara tangan aku menggigil2 nak ambik gambar 😂😂😂😂)..
Tiba² jgk masa tu Tuanku Permaisuri bergurau ckp dekat aku “hahh photographer asyik sebut 1 2 3 aje dr td” smbil ketawa comel 😍..terus hilang aku punya gemuruh (serius mcm gaya mak2 bergurau dgn anak)..😂..
Selesai je bergambar sempat baginda Tuanku berdua beri ucapan tahniah dekat pasangan pengantin siap dgn “tangan berisi tau”..
Kemudian Baginda Tuanku Agong tarik tangan aku untuk aku pulak bergambar dgn dia..Masa tu jantung aku sekali lg rasa nak tercabut 🤣🤣..sempat jgk Baginda Tuanku Tanya soalan aku berasal mana..
Sah2 la Tuanku kenal dgn kampung aku..selalu datang kot sebelum jd Agong 😊😊..hehehe..kenangan yg takkan aku lupakan sampai bila2..
Akhir kata patik sebagai rakyat biasa berdoa semoga Allah panjangkan usia Tuanku berdua..dan diberikan kesihatan yg baik sepanjang pemerintahan..Amiinn..
Maaf kalau penulisan aku tak berapa formal Dan hasil gambar yg amartur..patik cuma photographer biasa2 je heee..😆
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika kita singgah ke pasar-pasar i kampung, pasti akan kelihatan makcik atau pakcik yang meniaga sayur dekat pasar tanpa mengguna meja dan hanya beralaskan kain di tapak meniaga.
Itu adalah pemandangan biasa terutama pada orang kampung yang menjual hasil kebun demi sesuap nasi. Mungkin ada yang tak sampai hati melihat orang tua yang sudah berusia tetapi masih mencari rezeki untuk kelangsungan hidup, tetapi mereka tiada pilihan lain demi mencari rezeki halal buat keluarga.
Namun, apabila melibatkan mereka berjualan sebegini membuatkan hati rasa sayu dan sebak. Demikian perkongsian daripada seorang pengguna Facebook bernama Hanapiah Hanapiyang memuat naik dua keping gambar seorang wanita berjualan di pasar.
Kisah tersebut dikongsikan menerusi group Group Gabungan Anak Terengganu mengenai ketabahan wanita ini meniaga mencari rezeki walaupun keadaan serba kekurangan. “Sesiapa yang sentiasa ke pasar pagi Sabtu di pekan Manir, bila ternampak kakak ini jual apa-apapun, beli je. Tak payah banyak tanya, Insyaallah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan dimurahkan rezeki untuk semua peniaga pasar Manir.”
Perkongsian ternyata mendapat reaksi ramai yang rata-rata meluahkan rasa sebak dan kagum dengan kegigihan wanita tersebut.
Emeszamri Sidik semoga Allah permudahkan segala urusan kakak ini..Aamiin Khairi Tahar Ya, beli je. Tny org2 situ ye kabo da duk sorg tu. Sian sungguh. Beli x pyh ambil balance pun ok. Jual tu utk cr singgit samah wat blanje seminggu Amin Joq semoga dipermudahkan dan rezki sentiasa berlimpah ruah mengalir sesama kita..insyaallah. FbiMtb Okgo semoga d permudahkan segala urusan n d murah kan rezeki kakak ni..Aamiinnn
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.