Nak buat salad buah ada pelbagai cara untuk menjadikan ia bertambah enak. Salah satunya buat dengan campuran pemanis dan krim.

Jika letak bahan perisa akan ada rasa lemak-lemak manis.

Resipi viral ni sesuai sekali untuk jamuan dan anak-anak yang susah makan buah.

Jom lihat resipi dikongsikan oleh Puan Marimar Mas.

 

RESEPI SALAD BUAH BERKRIM

BAHAN-BAHAN
Fruit Cocktail (Jenama apa pun boleh)
Susu Pekat
Cheddar Cheese
Nestle Cream (Mesti ada baru sedap)
Corn Kernel (Bukan Cream Corn tau)
Buah-buahan segar (Terpulang nak letak buah apa, lagi banyak lagi sedap)
Resepi salad buah

CARA-CARA
1. POTONG & KUPAS BUAH
Mula-mula sekali basuh semua buah yang baru dikeluarkan dari peti ais dan potong mengikut saiz kesesuaian mulut korang.

Kalau macam longan tu korang kupas kulit dia dulu dan buang biji kat dalam tu, kang tak pasal-pasal makan tercekik biji pulak.

IKLAN

2. POTONG CHEDDAR CHEESE
Seterusnya potong cheddar cheese secara mendadu.

3. TAPIS FRUIT COCKTAIL & CORN KERNEL
Keluarkan fruit cocktail dan corn kernel dari dalam tin dan buangkan airnya.

4. GAUL KRIM
Sekarang campurkan Nestle Cream, Cheddar Cheese dan susu pekat tu bersama dan gaul.

Kuantiti Nestle Cream tu boleh agak-agak dengan kuantiti buah-buahan korang. Tapi untuk cheddar cheese tu kalau bubuh banyak pun lagi sedap

Bagi yang bertanya, Nestle Cream ni boleh jumpa dekat pasar raya contohnya Aeon Mall atau Giant. Ini gambarnya saya letakkan di bawah supaya senang korang nak cari.

Susu pekat ni pulak boleh letak dalam 2 atau 3 sudu teh je tau, atau mengikut kemanisan mulut korang.

5. MASUKKAN BUAH
Kemudian masukkan semua buah-buahan dan kacau sampai korang puas hati.

IKLAN

6. SEJUKKAN
Bila dah siap gaul, letak dalam bekas yang bersesuaian dan simpan dalam peti ais untuk dimakan sejuk-sejuk.

Baru sedap!

. Patutlah Viral, Resipi Salad Buah Berkrim Rasa Lemak Manis Ni Memang Sedap!

BOLEH ‘PANCING’ ANAK-ANAK MAKAN BUAH
Senang kan? Berbanding makan kek atau manisan, eloklah kalau sediakan salad buah-buahan macam ni.

Secara tak langsung boleh galakkan anak makan buah jugak.

IKLAN

Memang sihat, lazat dan rasa buahnya segar serta menyejukkan tekak. Rasanya pun cukup special, lain daripada lain!

Selamat mencuba.

Sumber: Puan Marimar Mas

 

Patutlah Viral, Resipi Salad Buah Berkrim Rasa Lemak Manis Ni Memang Sedap!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Patutlah Viral, Resipi Salad Buah Berkrim Rasa Lemak Manis Ni Memang Sedap!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI