Semenjak Perintah Kawalan Perjalanan (PKP) dilaksanakan kira-kira sebulan lalu, tentu pelbagai resipi baru kita dah ‘khatam’. Rasanya lepas ni PKP agaknya ada yang boleh buka restorant.
Terbaru trending sekarang cara membuat laksa penang. Malah melalui perkongsian Ameera telah mendapat share sebanyak 21K, mana taknya, cara nak buat mudah sangat. Paling best, tak perlu asingkan isi ikan, terus blander je ikan tu. Senang sangat ni.
Cara pembuatan laksa penang mudah dan sekiranya anda mengikut langkah – langkah yang sedia ada, pastinya akan menghasilkan juadah yang kegemaran keluarga.
Ads
Apa yang pastu buat kuah laksa pun ada rahsianya, dan mungkin cara setiap orang masak tak sama. Kali ini nak kongsi resepi masakan kuah laksa utara.
Buat peminat ulam-ulaman tentu teruja untuk mencuba menu sambal bilis yang dimasak bersama jering. Maklumlah jering ini bukan sahaja sedap dimakan malah kerangupannya apabila digigit menjadikan puas untuk dijamah.
Jadi apa kata anda cuba sediakan resipi seperti mana yang dikongsikan oleh Aisyah Humairah.
Biasa buat Sambal bilis petai kali ni zie buat sambal bilis jering sedap makan dengan nasi panas-panas. Pek kemas dalam bekas kaca dan tutup rapat, tahan hampir sebulan simpan dalam peti cara #dapurpolis jom tengok resepi
Bahan kisar untuk ibu sambal:
(Pastikan kisar separuh hancur je jangan sampai lumat)
20 biji bawang merah
4 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 inci halia
3 inci lengkuas
15 biji cili padi hijau
15 biji cili padi merah (jika tak suka pedas boleh kurangkan)
10 biji lada hijau besar
10 biji lada merah besar
Bahan berikutnya:
Minyak masak @sajimalaysiaofficial secukupnya
Bilis mengikut banyak yang nak
Petai atau jering secukupnya
Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sedang atau kecil hingga pecah minyak. Pastikan minyak lebih dari bahan kisar dengan ini akan buat sambal tahan lebih lama. Proses menumis agak makan masa hampir satu jam sebab zie guna api kecil. Sesekali kacau untuk elak dari hangus
Sambal dah pecah minyak ambil separuh sambal simpan dalam bekas bersih dah sejuk baru tutup dan Simpan dalam peti. Boleh guna bila-bila masa untuk masak apa-apa jenis lauk (sambal sotong, nasi goreng, ayam goreng sambal, ikan berlada dan lain-lain)
Sambal yang berbaki dalam kuali boleh gaul bersama bilis yang telah digoreng separuh masak dan gaul juga bersama jering atau petai jika suka. Perasakan garam, gula, aji jika perlu kacau sebati. Kalau nak berkuah boleh masukkan sedikit air reneh hingga sebati. siap.
Beli buah banyak-banyak, dengan harapan anak-anak nak makan lah! Ni tak, selagi kita yang beli ni yang tak kupas, selagi tu la tak di pandangnya buah tu. Kan tak pasal kecut buahnya, tinggal nak busuk je tidak diusik!
Dari buang je membazir, cuaca pula sekejap panas ni, jom lah kita olah sikit bagi menarik time nak makan nanti jadikan bingsu resipi dari Bella Shabudin ni! Anak dari yang jeling je buah tu tadi terus berebut nak makan! Jom cuba!
RESEPI BINGSU MANGGA PENYEJUK TEKAK
Selain dari ais kacang, kini bingsu juga menjadi pilihan warga Malaysia sebagai pencuci mulut. Hari ni bella nak kongsi resepi mudah untuk menyediakan bingsu mangga.
Jika mahu turunkan berat badan, jangan pening kepala lagi. Boleh cuba makanan diet cepat kurus seperti yang dikongsikan oleh pemilik akauan fb May VoDyakonov di page MAHN. Menurut perkongsiannya, apabila suaminya amalkan makan sup yang disediakan olehnya selama 3 hari sudah dapat lihat kesan yang positif apabila berat badan suaminya turun 1 kg.
Selain itu ujarnya, suaminya juga tidak makan nasi atau mi sepanjang tempuh tersebut dan hanya makan sup tersebut sahaja dalam diet hariannya.
Ini sekali gus, menyebabkan ramai yang teruja untuk mencuba resipi sup yang dikongsikan olehnya memandangkan menu yang disediakan terbukti berkesan untuk cepat kurus dan tidak dinafikan juga nampak menyelerakan dan berkhasiat.
Jadi buat anda yang tengah berusaha untuk turunkan berat badan, apa kata cuba teknik amalkan makan sup ini. Mana tahu serasi dan dapatlah anda memiliki bentuk tubuh badan yang diidamkan selama ini.
Selamat mencuba dan ini resipinya.
Bahan-bahan :
Ayam
Halia
Labu separuh
Kentang
cumin powder
Garam
Serbuk cukup rasa.
Lada hitam
Chinese Goji berries
Bahan tumis:
Bawang merah
Bawang putih
Daun bawang
Kayu manis dan kawan-kawanya seperti di dalam gambar
Cara Masak :
1. Rebus ayam dengan halia. Saya guna halia kering yang saya keringkan sendiri sebab takut rosak.
2. Dalam masa yang sama boleh tumis bawang merah, bawang putih, daun bawang, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga di dalam kuali. Ketepikan.
3. Kemudian masukkan kentang dan labu dan bahan-bahan lain ke dalam rebusan ayam tadi. Biarkan sehingga empuk.
4. Setelah masak tutup api dan kemudian masukkan bahan-bahan yang telah ditumis tadi.
5. Sedia untuk dinikmati.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.