
Pecal Jawa, Rahsia Enaknya Terletak Pada Kuahnya. Ni Resipi Tak Menyesal Cuba!
Sekiranya anda sedang tercari-cari menu yang menjadi kegemaran ramai untuk dijadikan antara seleksi hidangan dalam merai tetamu ketika majlis open house, hidangan pecal adalah antara yang boleh disenaraikan.
Ini antara menu tradisi ini pastinya membuatkan tetamu akan makan bertambah.
Rahsia keenakan hidangan ini terletak pada kuah kacang, jika power kuahnya maka sedap lah pecal yang disediakan.
Nak cuba sediakannya?
Jadi apa kata anda ikuti resipi yang dikongsikan ini.
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang):
150 gm kacang tanah- sangai, buang kulit dan kisar separa halus (kasar dan halus)
10 tangkai cili kering- kerat, basuh dan toskan.
5 tangkai cili padi akar (resepi mat dan Abbot 10-15 tangkai… K.An tak tahan pedas melampau, 5 tangkai pun dah berasap…)
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan -dibakar
2 inci isi cekur- (k,An tak letak sebab tak ada stok)
1 1/2 sudu besar udang kering- rendam 10 minit, toskan dan sangai
1/2 sudu teh pati asam jawa Adabi + dengan 1/2 cawan air
1 sudu teh garam
5 sudu besar gula
1/2 cawan air
Bahan lain:
1 bungkus tempe- hiris nipis, gaul garam dan kunyit (campur sedikit air)- goreng
2 keping tauhu- goreng- hiris kecil
tauge- buang ekor dan dicelur sebentar
3 urat kacang panjang, celur dan kerat 1 inci
1 ikat kangkung – celur
1/2 biji sengkuang- kupas, hiris panjang-panjang
timun -hiris panjang-panjang
jantung pisang, celur
pucuk ubi- celur
Ekstra tips: celur dalam periuk berisi air dan 1 sudu besar minyak masak. Sayur nampak cantik dan jantung pisang tak lebam
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- “Jangan Namakan Air Katira Kalau Tak Letak Katira”- Dr Kamarul Kongsikan Resipi Originalnya!
- Kuih Ketayap, Ni Resipi Nak Dapatkan Adunan Kulit Yang Cantik Dan Inti Yang Sedap!
- Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!
Cara membuat kuah:
- Goreng cili kering dan cili padi dalam 1/2 cawan minyak masak ,2-3 minit. Angkat dan toskan. Goreng juga bawang merah dan bawang putih hingga bahagian luarnya layu. Angkat dan toskan.
- Goreng tempe dan tauhu menggunakan kuali yang sama.
- Masukkan cili kering, cili padi, air asam jawa, ubi cekur, belacan dan udang kering ke dalam pengisar. Kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk. Licinkan baki bahan kisar dalam pengisar dengan 1/2 cawan air lagi. Masukkan ke dalam mangkuk.
- Campurkan kacang tanah, garam dan gula. Kacau sebati
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club