3. Rebus + 1 sudu garam kasar 4. Bila tukar kulit petai dari hijau ke kuning, tutup api. 5. Biar sejuk & buang ulas biji terus dalam balang.(Tidak perlu cuci)
6. Masukkan air dalam balang + secubit garam 7. Letak 4 @ 5 Hari disuhu bilik. 8. SIAP JERUK PETAI & boleh makan * Simpan dalam peti sejuk tahan 6 bulan. * Campur air nasi, rasa lebih masam tetapi berbau kuat. Peluh pun berbau petai
Momen paling indah bagi seorang wanita apabila berpeluang mendukung anak sendiri. Hilang segala rasa sakit waktu bersalin bila menatap wajah si kecil yang menjadi tanda cinta antara suami isteri.
Namun, kesakitan melahirkan belum hilang, wanita ini dikejutkan dengan berita yang cukup mengejutkan. Selepas tiga bulan melahirkan anak keduanya, Siti Mastura 35 tahun disahkan menghidap kanser payudara.
Empunya diri mengakui cukup sedih dengan berita tersebut kerana terpaksa melupakan hasrat untuk terus menyusukan anak keduanya itu.
Namun sebagai hamba-Nya dia hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah kini sudah hampir dua tahun berjuang sebagai pesakit kanser walaupun ia sudah sampai ke tahap empat.
Kerap alami demam
Mengimbau detik ketika tahu dirinya menghidap kanser payudara berkenaan, sebelum itu dia kerap mengalami demam dan ketika hamil dua bulan pula mengalami sakit belakang.
Sebaik melahirkan anak, Siti Mastura turut mengalami bengkak susu yang sangat menyakitkan. Setelah dibuat pemeriksaan MRI dan ujian biopsi dilakukan, barulah dia diberitahu penghidap penyakit yang sakit digeruni semua wanita.
Selepas tiga bulan melahirkan anak kedua baru disahkan hidap kanser.
“Kanser ini sudah melarat ke bahagian tulang. Malah saya sebenarnya sudah berada di tahap empat, tetapi syukurlah sehingga hari ini saya masih mampu bernafas dan mengucap syukur kepada Tuhan.
“Setakat ini, saya sudah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak lapan sesi.Bukan itu sahaja setiap bulan saya akan menjalani rawatan untuk tulang dengan doktor pakar. Dan sebagai rakyat yang tinggal di Brunei saya sangat beruntung kerana Sultan Brunei menampung keseluruhan kos rawatan kanser di hospital.
Walaupun berdepan sakit yang getir, namun Siti Mastura tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Biarpun kadang kala agak penat, namun tugasnya sebagai guru yang bertanggungjawab mendidik pelajarnya digalas cukup baik.
Kini cancer survivor tahap empat.
Sepanjang sesi temu bual dengan penulis mulutnya tidak lepas mengucapkan zikir pada Allah. Melihat akan dirinya yang cukup tenang dsan positif membuatkan penulis jatuh kagum kepada ibu ini.
Tatkala ditanya apakah yang membuatkan dirinya setenang itu sedangkan dia sedang menghadapi satu penyakit yang digeruni. Sementelah sudah ditahap empat.
Akuinya, segalanya sudah ketentuan Sang Pencipta. Sebagai umatNya, dia reda. Dalam masa yang sama, Siti Mastura turut mengamalkan doa dengan membaca surah Al-Mulk sebagai penawar kepada kesakitan di tanggung.
“Sebenarnya jika kita ditimpa sakit itu mendekatkan diri kita dengan Allah. Sejak saya tahu disahkan kanser, saya tidak pernah putus semangat. Saya sentiasa berdoa, memperbanyakkan selawat dan zikir kepada Allah SWT. Dalam banyak-banyak doa, ada satu yang saya pilih.
“Saya ada mendengar seorang Sheikh berkata amalkan satu doa/surah yang kita suka jika berdepan dengan sebarang kesulitan. Dan saya memilih Surah Al-Mulk untuk dibaca setiap hari selepas mengerjakan solat,” ujarnya
Malah, dia juga tidak bersendirian menyimpan cerita ini sebaliknya berkongsi dengan teman-teman baik dan saling memberi sokongan satu sama lain.
“Bukan itu sahaja,suami serta anak-anak banyak memberi sokongan kepada saya. Mereka adalah sumber kekuatan untuk saya melawan penyakit ini.
“Saya selalu ingatkan diri ini tidak sakit. Saya reda dengan ujian yang Tuhan berikan pada saya. Cuma memang saya sedih kerana anak saya hanya sempat menyusu badan sebulan sahaja,” tambah Siti Mastura lagi.
Buat Pemeriksaan segera
Menyedari kekurangan dirinya, namun Siti Mastura seorang yang positif dan menasihati wanita di luar supaya mengambil tindakan yang cepat jika menyedari ada yang tidak kena pada diri.
“Payudara itu adalah mahkota kita paling berharga. Bagaimana perasaan jika kita kehilangannya. Saya melihat perkara ini dari sudut positif dan tidak pernah merasakan diri serba kekurangan.
“Jadi pesan saya kepada hijabi di luar sana jika ada perasan kehadiran lump di bahagian payudara segeralah membuat pemeriksaan dengan pakar. Jangan bertangguh kerana sakit ini tidak ada tanda sakit. Macam saya bila periksa terus tahu sudah sampai stage membahayakan.
“Ujian ini boleh menimpa sesiapa sahaja. Apa yang penting kita perlu jaga kesihatan. Dan sepanjang pengalaman saya berjuang sebagai pesakit kanser ini saya anggap sebagai beautiful journey,” tambahnya yang mengingatkan tidak perlu risau dengan anak-anak (jika sakit) kerana tahu Allah akan menjaga anak-anak kita.
Siti Mastura ditemui ketika majlis ‘Styling Series Warriors Makeover Cancer Awarness’ anjuran @hashtagsrihartamas di Styleannexe dan Coffe Bay, Publika Shopping Gallery. Dalam majlis berkenaan seramai 20 ‘cancer survivor’ lain juga turut hadir untuk sama-sama menjayakan sesi yang cukup bemakna buat mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Peti ais yang dah lama sangat tak dicuci memang meninggalkan bau yang kurang enak. Lebih-lebih lagi bila ada makanan atau sisa makanan yang tertumpah dan melekat pada peti ais.
Bau hanyir ikan dan bahan basah lain yang melekat pada bahagian pembeku juga akan meninggalkan bau yang kurang enak pada keseluruhan bau peti ais.
Sesekali rajinkanlah diri untuk bersihkan peti ais anda. Alang-alang dah bersihkan tu, cubalah cara untuk kekalkan keharuman dengan cara ini. Senang sahaja, cuma gunakan bahan yang sentiasa ada di rumah. Paling penting tidak menggunakan kos yang mahal, peti ais juga kekal harum dan wangi. Bagaimana? Cuba cara ini.
BAHAN-BAHAN:
Lemon
Esen vanila
Nak mencucinya pun kena ada caranya. Bagaimana nak gunakan dua bahan ini untuk mencucinya? Ikuti langkah ini.
1. Keluarkan semua barang dan makanan dari peti ais. Kosongkan kesemuanya.
2. Basahkan tuala dan bersihkan bahagian dalam peti ais.
3. Ambil sepotong lemon dan perahkan pada seluruh kawasan peti ais. Gunakan tuala tadi untuk mencuci lemon hingga rata. Biarkan kering.
4. Apabila kering, letakkan sedikit esen vanila dengan haruman ros pada tuala basah dan sapukan pada keseluruhan peti ais.
5. Tutup peti ais selama 30 minit dan biarkanlah seketika.
6. Selepas 30 minit barulah dimasukkan semula kesemua barang dan makanan ke dalam peti ais. Susun kemas.
7. Hasilnya peti ais akan berbau lebih harum dan segar
Selamat mencuba!
Foto: Ceritera cinderella.blogspot
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap kali kita membuang sisa makanan yang berlebihan, pernahkah ada yang terfikir sebenarnya ianya boleh dikitar semula untuk menghasilkan baja yang sangat bagus untuk tanaman.
Umpamanya seperti kepala ikan bilis yang pada kebiasaannya akan kita buang begitu sahaja. Ada pelbagai cara dan teknik untuk menjadikan baja menggunakan kepala ikan bilis dan ini telah dikongsikan di salah satu group berkebun yang boleh anda jadikan panduan.
Cara Buat Baja Menggunakan Kepala Ikan Bilis
Tadi pergi pasar pagi beli ikan bilis..sembang dengan tokeynya suh packing kepala ikan bilis n letak depan jual murah-murah ada peminatnya..lepas tu boleh pulak dia kata tu ada banyak saya bagi free jer kalau ada orang ambik..Apa di tunggu lagi…bagaikan orang mengantuk diberikan banyak la…terus ambik bawa balik la…
Kepala ikan bilis ni kalau buat Baja untuk pokol orkid sangat-sangat bagus..dulu-dulu arwah mak ada buat memang pokok orkid jadi elok. Kepala ikan bilis ni buat moll pun boleh juga.
Melalui perkongsian di fb Berkebun D Rumah turut dirangkumkan beberapa kaedah yang boleh dipraktikkan untuk menghasilkan baja mengguankan ikan bilis ini dan boleh dicuba.
Cara buat Baja Ikan Bilis
Sekilo sisa ikan bilis, blend dengan seliter air tanpa klorin tambah sekilo gula merah. Peram seminggu. Lepas 1-2 minggu tapis simpan patinye. Bancuhan pati 5ml +1liter air sembur pada pangkal pokok. Hampas sisa boleh letak kat pokok-pokok besar. Simpan pati di temoat xkena cahaya matahari… akak belajar dari sahabat fb juga. Memang suka buat baja organik dr bagai-bagai sisa dapur.
Setelah saya dapat feedback dari kawan-kawan…saya nak berkongsi satu info tentang habuk ikan bilis ni..ada pokok-pokok yang boleh terus ditabur dengan habuk bilis..ada pokok-pokok yang tak tahan dengan garam pada habuk tu dan akan mati…bagi saya untuk jalan yang selamat saya sangai/rebus/rendam dulu..baru disiram pada pokok-pokok..
Ni cara Long buat baja kering
Kepala ikan bilis, kulit telor dibakar dalam oven dan kulit udang pun dibakar dalam oven
Kemudian combined kan semua. Nanti boleh tabur dalam pasu or tanah. Tak ada nisbah sangat barang dapor ni. Practice makes perfect hokey
Manakala perkongsian daripada Resepi #BAJABAJET: Emma Garden ini bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Mol Ikan+Kulit Pisang+Ikan bilis
Bahan-bahan:
1. Ikan- Potong kecil-kecil agak-agak boleh blend
2. Kulit Pisang hiris halus-halus dan blend juga.
3.Ikan bilis / kepala pun boleh * Ada juga yang saya mix dengan udang geragau dan bawang merah/kulit bawang
*Sukatan sama banyak nisbah nya dengan gula merah. Contoh kepala bilis 100gm. Gula merahpun 100gm. Air agak-agak.
* Masa blend tu tambah dgn gula merah dan air hujan/air bertapis- Beli yang jenis murah jer. Sekilo RM4.20
* Terpulang nak blend asing-asing baru campur dalam bekas atau blend sekaligus.
Lepas blend masukkan bekas.
Saya tambah sesudu dua bio booster supaya cepat proses penapaian.-Tak letak tak apa
*Tinggalkan sedikit ruang udara dalam bekas sebab berlaku proses penapaian. Sesekali buka penutup utk melepaskan gas.
Peram selama sebulan. Ada yang 2minggu pun dah diguna.
Simpan di tempat teduh. (Saya letak bawah sinki)
* Satu balang saya bancuh dgn satu bekas tong sampah untuk siraman pada tanah rose.
Cobaan menghasilkan baja organik sendiri. Cuma menggunakan bahan sedia ada di rumah sahaja. Kepala ikan bilis serta tulang ikan billis yang dah dikopek.. Jangan dibuang.. Boleh dikisar dan dijadikan baja. Alhamdulillah.. Bunga rose dan bunga kemboja sis berbunga dengan kembang semangkok. Cukup makan minum serta pencahayaan. Acer try ye..
..Lynn raya deraz..
sisa ikan bilis blended
Sisa ikan bilis jangan dibuang sebab boleh jadi baja untuk pokok bunga kita.
Caranya:
1 cawan sisa ikan bilis
2 liter air
Kedua bahan dikisar pastu siram kat pangkal pokok bunga.
..rosni Abu..
Tip Lebatkan Buah Cili. Salam semua….. apa kaitan?? Gambar ikan bilis dengan pokok cili yang sedang lebat berbuah tu. Aaaahha…. mari sini melor nak cerita.
Perasan tak? Bila dah habis guna ikan bilis dalam simpanan, kat bawah bekas tu ada serbuk, kepala dan tulang ikan bilis. Orang panggil sisa. Eeeeh ….. jangan di buang benda tu tau. ada gunanya tuuuuu. Dengan sisa tu kita boleh suburkan pokok cili kita.
Mari melor ajar cara-caranya.
Caranya ambik sisa tu kisar dengan sedikit air. Kemudian jirus pokok cili kita. Lebat la buahnya nanti. Kita juga boleh praktik kan pada pokok bunga ros dan bunga kertas kesayangan kita. selamat sekupang dua duit tak payah beli baja
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...