Sewaktu hari raya, pelbagai juadah disediakan untuk hidangan keluarga dan juga para tetamu. Boleh dikatakan, untuk memasak sahaja kaum wanita akan seharian duduk di dapur demi memastikan segala juadah untuk Hari Raya dapat disiapkan dengan sempurna.
Namun dalam kegembiraan menyambut Syawal, dengan kehadiran keluarga, sanak saudara dan rakan taulan, pasti anda kecewa apabila hidangan yang disiapkan untuk para tetamu tiba-tiba basi.
Antara juadah yang harus ‘di jaga’ bagi memastikan keenakkan dan kesegarannya terjamin adalah kuah lodeh dan lontong. Juadah ini terpaksa kerap dipanaskan untuk mengelakkannya basi. Itulah ada di antara kaum wanita terpaksa duduk berjam-jam di dapur walaupun tetamu sudah tiba.
Sebenarnya penyediaan lontong dan kuah lodeh ini haruslah kena ada caranya kerana jika tersalah langkah, Lontongdan kuah lodeh akan cepat basi dan tidak tahan hingga ke petang hari. Kuahnya yang bersantan memang cukup sensitif dan mudah basi jika tidak dimasak dengan betul.
Perkongsian seorang chef yang menyediakan juadah Lontong bersama Kuah Lodeh ini patut kita cuba.
Ads
Ikuti petua dan langkah yang diberikan ini.
1. Masak Waktu Pagi
Menurut chef, jangan sesekali masak kuah lodeh di malam hari sebaliknya masaklah ketika waktu subuh atau waktu pagi raya. Cara menyediakan mudah sahaja dan tidak memerlukan masa yang lama. Apa yang anda perlu lakukan adalah memotong kesemua sayuran di waktu malam hari. Ini membantu lebih cepat proses memasak pada keesokkan harinya.
2. Didih Sayur Sahaja
Bagi memastikan kuah lodeh mampu bertahan lama, apa yang anda boleh lakukan adalah hanya mendidihkan air dengan bahan kisaran seperti bawang, cili padi, kunyit hidup, udang kering dan bahan-bahan lain sahaja tanpa santan. Buat stok ini, didih dan perasakan secukupnya.
Ads
3. Biarkan Reneh Lama
Ketika mendidihkan kuahnya, biarkan ia direneh sedikit lama sebelum dimasukkan kesemua sayuran lain. Ini bagi memastikan bahan kisaran dimasak dengan tepat. Kemudian barulah dimasukkan kesemua bahan-bahan lain seperti tempe, kacang panjang, kentang, lobak merah, tauhu, terung, tauhu kering, kobis dan sebagainya mengikut citarasa anda.
4. Asingkan Santan
Sebaik tetamu datang, didihkan semula bahan stok kisar bersama sedikit santan yang sudah diasingkan dalam periuk berasingan. Masak semula kesemua bahan ini mengikut jumlah tetamu yang datang. Perasakan secukupnya dan bolehlah dihidangkan. Cara ini bukan sahaja tidak cepat basi tetapi lebih segar rasanya untuk dihidangkan kepada tetamu.
Ads
5. Sambal & Kuah Kacang
Sambal dan kuah kacang bolehlah dimasak pada malam raya kerana ia tidak menggunakan santan dan tidak cepat basi. Namun bolehlah menumis sambal lebih lama supaya cili lebih enak dan tahan lama. Pastikan sambal dan kuah kacang cukup lengkap rasanya.
Tak sangka, tahi mata boleh menjadi penyebab solat tidak sah. Kenapa pula? Adakah ianya tergolong dalam kategori najis yang boleh membatalkan air sembahyang atau perkara lain yang akan membuatkan solat yang didirikan tidak sah?Pasti ramai yang kurang peka mengenai perkara ini lebih-lebih lagi apabila mendirikan solat Subuh kerana pada waktu ini kita baru bangun dari tidur. Kotoran di mata masih banyak.Menerusi satu perkongsian di Tiktok Almahiraja,Solat Subuh jadi tidak sah apabila tidak membersihkan kotoran di mata (tahi mata).“Tahi mata yang keras boleh dikira sebagai menghalang wuduk dari kena bahagian ini (rujuk pada bahagian mata).Berbeza dengan tahi mata yang cair, ia masih boleh kena di bahagian tersebut.Tahi mata yang keras akan menghalang zarah kulit dari kena wuduk.
Jadi wuduk tak sempurna. Takut bila solat, tidak dikira. Nauzubillah. Nak selamat cuci dulu baru wuduk. “
Anda boleh mendengar penjelasannya menerusi video dibawah.
Tepung jagung tidak sekadar digunakan sebagai bahan makanan tetapi sesuai juga untuk digunakan sebagai bahan pembersihan.
Banyak cara kita boleh gunakan bahan dapur untuk tujuan pembersihan, berikut ialah dengan menggunakan tepung jagung:
1. Taburkan serbuk tepung jagung ke dalam kasut untuk menyerap peluh dan bau yang kurang menyenangkan.
2. Kotoran yang terdapat pada material fabrik seperti darah, dakwat dan kesan terbakar seterika dapat dihilangkan dengan menggunakan campuran tepung jagung dan air. Lapisi permukaan kesan kotoran itu sedikit tebal dan biarkan ia mengering. Kemudiannya tanggalkan lapisan tepung jagung.
3. Bersihkan kesan atau sisa air kencing bayi mahupun haiwan dengan melapisi permukaan tersebut dengan sebatian tepung jagung cdan juga air. Biarkan ia mengering dan sental atau gunakan vakum.
4. Semasa anda memberus atau membasuh periuk dan kuali, tambahkan sedikit dengan serbuk tepung jagung untuk mengembalikan kilatan perkakas.
5. Untuk kotoran degil seperti lumpur ataupun kulat gunakan campuran 1 sudu makan tepung jagung, 1 sudu baking soda, 1 sudu jus lemon dan ¼ cawan air. Sapukan ke kawasan tersebut dan biarkan seketika. Bilas seperti biasa.
6. Alternatif untuk menggantikan pelembut fabrik, campurkan 2 sudu tepung jagung dengan ¼ cawan baking soda dan beberapa titis minyak haruman essential mengikut citarasa anda.
7. Jika anda ingin membersihkan atau menggilap perabot kayu, tambahkan sedikit serbuk tepung jagung dan bahan cecair penggilap anda. Ia akan menambahkan kilatan pada permukaan perabot kayu anda.
8. Untuk menyingkirkan kesan minyak yang terpalit pada kertas dinding anda, sapukan sedikit dengan serbuk tepung jagung dan dicampurkan dengan sedikit air. Biarkan ia kering dan sental sehingga hilang.
9. Campurkan serbuk tepung jagung dengan air dan biarkan ia menjadi sebatian yang pekat. Bahan ini boleh dijadikan sebagai ejen skrub yang lembut dan praktikal untuk mencuci bahagian atas hud dapur, hob memasak dan sebagainya.
10. Jika terdapat contengan krayon pada dinding anda, gunakan sebatian yang sama iaitu serbuk tepung jagung yang dicampur dengan air dan sapu pada dinding yang terkena kesan tersebut. Biarkan kering dan lapkan sahaja.
Sumber: Petua ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas membanggakan negara dengan kemenangan dalam pertandingan Ultimate VFX Challenge bulan lalu, Sofynak sekali lagi membanggakan rakyat Malaysia apabila memuatnaik video kolaborasi bersama idolanya Zach King.
Video ini ternyata sangat menerujakan semua apabila content yang dihidangkan betul-betul ‘next level’.
Kata Sofyank dalam laman Instagramnya,
Selepas 8 tahun saya post video di social media untuk hiburan semua, kali ini saya hadiahkan korang satu video special collaboration antara saya dan idola saya, @zachking . Collaboration ini khas untuk semua yang sentiasa bagi sokongan terhadap video kami.
Bagi yang mengikuti perkembangan Sofyank, semenangnya pemuda ini sangat mengidolakan Zach King. Malah setiap video yang dihasilkan sejak dahulu lagi kelihatan seperti idolanya. Malah ramai yang mendoakan agar kerjaya Sofyank ini berkembang seperti idolanya juga.
Ramai yang berpandangan bahawa kehadiran Sofyank sebagai salah seorang pempengaruh di Malaysia dilihat sebagai inspirasi buat semua terutama golongan muda.
Kandungan yang dipaparkan juga tidak membangkitkan kontroversi seperti yang dilakukan oleh pempengaruh yang lain untuk meraih perhatian netizen.
Buta sebelah mata dibaling mainan, pemuda 29 tahun kini OKU penglihatan. Harith Luqman Ismail dilahirkan sebagai individu normal, namun satu insiden tragis sembilan tahun lalu mengubah segalanya.