Sebagai ibu yang menyediakan makanan untuk seisi keluarga, kita sering beranggapan apa yang kita masak semestinya bersih dan selamat untuk dinikmati.
Pun begitu, sedar atau tidak pencemaran makanan juga boleh berpunca daripada dapur kita sendiri.
Bukan apa, ramai yang terlepas pandang dengan tahap kebersihan perkakasan memasak yang digunakan.
Terutamanya bila menyentuh tentang penggunaan blender dan chopping board.
Dalam sedar atau tidak sebenarnya mesin pengisar makanan atau pun chopping board yang sering kita gunakan adalah antara dua perkakasan memasak yang rupa-rupanya ada menyembunyikan bakteria jika tidak diselenggara dengan baik.
Ini sebagaimana apa yang didedahkan oleh Dr Aida Azmi Official ini. Jom semak perkongsian ini, semoga dapat memberi manfaat.
Just nak kongsi sikit perkara-perkara yang dekat dengan kita, yang mungkin kita tak perasan sebab kekerapan kita menggunakannya.
Cuba lihat gambar blender di bawah. Bagi jenis jug yang boleh dibuka begini, berapa kerap anda buka dan cuci?
Sesetengah orang tidak tahu pun jika blender yang beliau gunakan sekian lama boleh dibuka dan dibasuh.
Di dalamnya ada satu getah bulat yang berfungsi sebagai pengetat dan penebat kebocoran cecair yang diisi di dalam blender tersebut.
Di bawah ini la sisa makanan selalu terperangkap. Sisa makanan ini akan mereput dan akhirnya menjadi tempat pertumbuhan bakteria.
So lepas ni, ibu-ibu, mak-mak, anak2 dara yang selalu memasak tu boleh check blender masing-masing ok. Bukak dan cuci bersih. Boleh juga direndamkan air panas sebentar untuk menyah kuman.
Yang kedua adalah chopping board.
Bagi yang masih gunakan chopping board jenis kayu, perhatikan permukaannya. Pasti dah terhakis, kan?
Ia boleh menyebabkan pencemaran fizikal iaitu serpihan kayu masuk ke dalam makanan. Selalu yang saya perhatikan, penjual daging dan ayam di pasar menggunakan chopping board jenis kayu ini.
Saya nasihatkan bertukar kepada jenis chopping board jenis plastik (PE dan HDPE) – yang bewarna putih kebiasaannya (namun kini ada juga chopping board yang menggunakan color coding).
Kerana ia kurang risiko pencemaran fizikal tetapi tetap perlu dibersihkan dengan baik bagi mengelakkan ia menjadi pusat pembiakan bakteria.
Ok, cukup 2benda ni dulu. Nanti tolong check, ok?
sumber : Dr Aida Azmi Official