Penerima Vaksin Sinovac, Boleh Tunai Haji & Umrah Di Masa Akan Datang. Ramai Lega & Bersyukur!

Share

Jika sebelum ini penerima vaksin Sinovac berasa gusar dek kerana isu vaksin tersebut tidak diterima di beberapa negara termasuk Arab Saudi bagi yang ingin mengerjakan umrah dan haji.

Namun perkongsian terkini daripada Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri di facebook cukup membuatkan ramai antara kita berasa lega dan bersyukur dengan berita gembira dikongsikan beliau, bila mana Arab Saudi telah menerima Sinovac bagi kemasukan ke sana untuk menunaikan haji dan umrah di masa akan datang.

“Alhamdulillah, Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.

“Boleh sampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang,” ujarnya.

“Sama-sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah SWT.

“Tidak ada lagi kerisauan kepada ahli keluarga kita yang khuatir tidak dapat tunaikan haji dan umrah kerana diberi vaksin Sinovac. Fokus kita adalah membantu KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dan JKJAV utk pastikan lebih ramai mendaftar dan hadir untuk vaksinasi.

Photo by Mufid Majnun on Unsplash

Manakala meninjau berita yang dilaporkan di Harian Metro, individu yang sudah menerima dua dos vaksin Sinovac dan Sinopharm perlu mengambil dos tambahan yang diiktiraf kerajaan Arab Saudi sebagai syarat untuk masuk ke negara itu.

Syarat terbaharu itu terkandung dalam peraturan terkini yang dikeluarkan pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi, demikian diumumkan Pihak Berkuasa Tambak King Fahd (KFCA), Ahad.

Berdasar peraturan kesihatan yang sudah dikemaskini, individu yang sudah menerima dua dos vaksin Sinovac dan Sinopharm perlu mengambil dos tambahan yang diiktiraf sama ada Pfizer, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna.

Saudigazette melaporkan, satu lagi syarat yang perlu dipatuhi adalah membuat ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dalam tempoh 72 jam selepas tiba ke negara itu.

Pendekatan baharu itu diambil susulan kebimbangan bahawa vaksin Covid-19 yang digunakan sebilangan besar negara membangun tidak mampu menghalang penularan varian Delta.

Ia mendorong beberapa negara untuk menawarkan dos ketiga untuk meningkatkan imuniti terhadap strain virus berkenaan.

Menurut laporan, pihak berkuasa kesihatan negara seperti Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain memutuskan untuk memberi dos tambahan kepada individu yang sudah menerima vaksin dari China, iaitu Sinovac Biotech dan Sinopharm.

Photo by Mufid Majnun on Unsplash

Sumber : Datuk Dr. Zulkifli Mohamadal-Bakri & Mymetro

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN