
Pengakuan mangsa tunggal terselamat nahas pesawat Air India – “Saya terus bangun dan lari.” Dalam insiden tragis melibatkan sebuah pesawat Air India yang terhempas di Ahmedabad pada Khamis, seorang penumpang warga Britain terselamat walaupun 241 yang lain terkorban dalam kejadian tersebut.
Ramesh Vishwaskumar, duduk di tempat bernombor 11A, menceritakan detik-detik mencemaskan itu sambil masih dalam keadaan trauma dan luka.
“Dalam 30 saat selepas pesawat berlepas, saya dengar satu bunyi kuat.
“Mayat ada di sekeliling saya. Saya jadi panik. Saya terus bangun dan lari. Serpihan pesawat bersepah di merata tempat,” katanya kepada wartawan tempatan yang mengerumuninya, dalam keadaan terkejut.
Ramesh mengalami kecederaan pada dada, mata dan kaki akibat hentakan, namun keajaiban menyebelahinya.
Menurut saksi dan rakaman video yang kini tular di media sosial, Ramesh kelihatan berjalan dalam keadaan lemah dengan pakaian koyak dan darah membasahi wajahnya. Dia mengalami kecederaan di bahagian dada, kaki dan mata, namun dilaporkan stabil selepas menerima rawatan perubatan.
Ramesh, yang berasal dari India tetapi sudah dua dekad menetap di London bersama isteri dan anaknya, kembali ke tanah air untuk kunjungan keluarga yang singkat. Malangnya, pertemuan itu bertukar menjadi pengalaman ngeri yang akan dikenang seumur hidup.
Namun penderitaannya tidak berakhir di situ. Abangnya, Ajay Vishwaskumar, yang turut menaiki penerbangan sama, masih belum ditemui. Dua rakan rapat Ramesh telah bergegas ke Ahmedabad untuk membantu pencarian Ajay, berharap ada satu lagi keajaiban yang akan berlaku.
“Kami tidak tahu perkembangan terkini. Situasi di sana sangat kelam-kabut. Fokus mereka sekarang hanyalah untuk mencari abangnya,” ujar seorang jiran keluarga kepada pihak media.
Ramesh kini menerima rawatan di hospital, dan walaupun kecederaannya tidak mengancam nyawa, pakar perubatan menjangkakan masa yang panjang diperlukan untuk merawat kesan trauma yang dialaminya.
Sumber: Berita Harian
Baca artikel lain juga: Penumpang Ni Sempat Live-Streaming Sebelum Detik Akhir Pesawat Yeti Airlines Terhempas, Tarik Perhatian Umum!
Kata-Kata Sedih Mangsa Terselamat Dan Mesej Terakhir Mangsa Nahas Jeju Air
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my