Banjir yang melanda Pantai Timur nampaknya semakin memburuk dan berada di paras membimbangkan. Kemas kini dari mngsa menunjukkan banyak tempat yang telah dinaiki air hingga mngsa terpksa memanjat tempat tinggi untuk menyelamatkan diri.
Bahkan ada rumah yang sudah ditenggelami air banjir dan rata-rata penduduk keluar untuk menyelamatkan diri.
Namun, perkongsian pengguna TikTok @ise1199 ini menarik perhatian ramai apabila beberapa buah rumah dipercayai di Kampung Bukit Abal, Pasir Putih tidak dimasuki air banjir walaupun air di kawasan sekeliling sudah tinggi.
Menerusi video itu, dapat dilihat penghadang atau pagar yang ditutup dengan plastik dibina di hadapan rumah itu, yang menghalang air masuk ke kawasan tersebut. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak 1.5 juta kali di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata melahirkan rasa kagum dan memuji usaha yang dilakukan oleh pemilik-pemilik rumah berkenaan dalam mencari inisiatif mengelakkan rumah penduduk ditenggelami air.
Setiap ibu bapa punya cara tersendiri menguruskan duit anak-anak. Nak selamat cepat-cepat pergi simpan duit dalam bank atau tabung khas pelaburan agar anda tak “terguna”. Kalau terguna, anda kena bayar balik, satu pula kan nak kena ganti.
Buat ibu bapa di luar sana. boleh cuba tip yang dikongsikan oleh ibu bernama Mcyah Joanjett lakukan sejak dulu lagi dalam menguruskan duit anak-anaknya.
Hidup aku tak senang. Jadi sejak aku mula mula posting kerja tahun 2015, aku terus tolak gaji ke account anak2. Aku tak ckup makan xpe, janji simpanan anak2 ada. At least kalau aku susah pun, ada duit untuk dorang sambung belajar. Aku sangat berdisiplin. Sengkek xboleh makan sekalipun, aku takkn curi duit anak2. Mereka amanah aku. Jadi aku perlu jujur dengan diri sendiri.
Ramai orang bgtau aku, kau pun tak cukup makan. Lagi nak menabung untuk anak. Aku jawab ” xpe, kalau ikutkan perbelanjaan harian, duit berapa2 pun xpernah ckup”. Sebab duit ni berhantu, ada sikit xckup ada banyak pun xckup. Jadi aku belajar punya kewangan yang sedikit harini, demi kesenangan masa depan.
Walaupun dah berenti kerja, aku tetap konsisten tiap bulan pergi masukkan duit simpanan anak anak. Ada sikit simpan sikit, ada banyak simpan banyak. Yang penting konsisten. Segala duit raya anak, duit orang sedekah kat anak, masuk sini semuanya ye. Jangan pernah guna. Nanti tak terganti☺️.
Orang cakap lagi “bila la nak banyak duit tu kalau kumpul sikit2 je, sampai tua lah gamaknya menabung”. Tapi aku tetap tak kisah. Aku menabung shaja semampu aku. Sebab aku percaya, sedikit itu lama lama boleh jadi bukit.
Pada tahun 2018, dimana anak2 aku baru berumur 5 tahun,4 tahun dan 1 tahun. Tapi simpanan mereka mengalahkan orang dewasa yang lain.
Maka menabunglah. Berjimat cermat. Usah dengar kata kata orang.
P/s : Point penting kat sini. Menyimpanlah. Menabunglah. Amount tu belakang cerita☺️. Helaian buku banyak skip. Kalau snap semua xmuat gambar?.
Selain kaedah yang dipraktikkan oleh ibu ini, admin sertakan tip lain dalam menguruskan duit raya anak. Pertama sekali – anda perlu:
Pastikan anda telah asingkan setiap duit raya anak-anak anda siap-siap. Jangan tercampur pula! Biasanya, ibu bapa akan memastikan setiap anak mendapat jumlah duit raya yang sama.
Selepas habis raya, cepat-cepat pergi simpan duit raya anak tersebut dalam bank atau tabung khas pelaburan agar anda tak “terguna”. Kalau terguna, anda kena bayar balik, okay. Ada banyak tabung khas pelaburan yang bermanfaat untuk membuat penyimpanan. Antaranya adalah Tabung Haji.
Untuk membuka akaun Tabung Haji, anda hanya memerlukan RM2 saja. Jom simpan duit raya anak dalam tabung khas ini.
Apa yang anda perlukan: Sijil lahir anak dan sijil nikah anda.
Siapa tak kenal dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB)? Semua orang tahu kebaikan tabung simpanan ini. Tunggu apa lagi? Permodalan Nasional Berhad (PNB) juga telah memperkenalkan skim amanah saham terbaru – iaitu untuk bayi berusia 6 bulan ke atas. Jadi, anda boleh senang-senang buka akaun ASB untuk anak anda dan simpan semua duit rayanya!
Apa yang anda perlukan: Borang pendaftaran unit Amanah, kad pengenalan/sijil lahir anak, dan kad pengenalan penjaga
Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau SSPN-i adalah sebuah gabungan tabung pendidikan dengan takaful. Ia amat sesuai untuk dijadikan tabung pendidikan untuk anak-anak anda.
Lagipun, sekarang jika ingin meminjam Pinjaman Pendidikan PTPTN, anda kena ada akaun SSPN-i. Lebih baik buka siap-siap kan? Satu lagi yang menyenangkan – akaun ini boleh dibuka menerusi online saja! Tak payah pergi beratur panjang-panjang di kaunter.
Sekarang ibu bapa sudah tahu bagaimana ingin menguruskan duit raya anak-anak itu kan? Janganlah segan untuk menyimpan. Dengan ekonomi sekarang, lebih baik anda sediakan payung sebelum hujan.
Jangan dek kerana tekanan ekonomi, anak-anak anda tak berpeluang untuk mengecapi impian mereka kelak. Simpan duit raya ini untuk kegunaan pada masa akan datang, okay?
Selamat mencuba semua ibu bapa!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jodoh itu rahsia Allah. Kegagalan perkahwinan lalu nyata tidak meninggalkan bekas di hati wanita yang cukup lemah lembut ini.
Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 28 sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor kacak Nazim Othman. Namun rumah tangga mereka menemui noktah apabila bercerai pada Mei tahun lalu.
12 Januari lalu, Bella membuat kejutan buat peminatnya apabila memuat naik gambar pertunangan. Dia sebelum ini tidak pernah berkongsi kisah cintanya. Malah Bella tidak pernah memuat naik foto tunangnya, Arif di instagram!
Arif atau nama sebenarnya Arif Izuddin Mohd Radzali, merupakan seorang ahli perniagaan berusia 34 tahun dan pertama kali bertemu dengan Bella pada Ogos tahun lalu.
Lima bulan mengenali antara satu sama lain, pasangan ini mengambil keputusan untuk menoktahkan hubungan dengan ikatan pernikahan. Dalam majlis pernikahan ahad lalu, Bella menerima mas kahwin sebanyak RM1000 beserta tujuh dulang hantaran.
Rupa-rupanya ada kisah disebalik perkenalan merpati sejoli ini. Semasa majlis resepsi, Noorsyahida Mohd Radzali yang merupakan kakak sulung Arif dalam ucapannya mendedahkan detik perkenalan adiknya bersama Bella Dally.
Menurutnya, Arif beberapa kali meminta pertolongan untuk berkenalan dengan artis di bawah pengurusannya. Namun, permintaan itu tidak dilayan sehinggalah Arif menunjukkan minat kepada Bella.
“Arif banyak kali minta saya kenalkan dia dengan artis. Tapi saya tak pernah layan. Saya cakap Kak long bukan penjual artis, kak long penjaga artis.
“Sehingga suatu hari, Arif mesej dan minta tolong. Dia kata perlu sangat nak kenal dengan artis ni. Saya tanyakan siapa dan Arif hantar gambar.
“Rupa-rupanya Bella dan saya cakap ini bukan main-main. Tapi Arif kata dia serius dan saya menyuruh dia mencari dan berusaha sendiri.
“Selepas itu dia diam, saya ingatkan dia dah putus asa dan tak layan dah artis ni. Sekali dia hantar gambar ‘dating’ di Sabah. Katanya, nampak tak orang serius sampai dating kat Sabah.
“Saya pun cakap bagus kerana pilih Bella. Bella yang saya kenal baik hati, hormat orang tua. Saya pesan pada Arif kalau betul serius, ambil dia, jaga dia dan sayang dia,”kongsi kakak ipar Bella dalam majlis persandingan baru-baru ini.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam bakal menyambut Syawal tiba. Segala persiapan pasti sudah disediakan. Bagi yang diperantaun pasti tak sabar untuk pulang ke kampung. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang terpaksa bertugas demi negara.
Namun, kita hanya mampu merancang, yang menentukan adalah Dia Yang Satu. Kegembiraan keluarga ini bakal pulang ke kampung beraya musnah bila mana suami tercinta kembali ke Rahmatullah buat selama-lamanya.
TUNGGU abang,” demikian kata terakhir Lans Koperal Mohd Ishraf Ismail, 27, kepada isterinya sebelum maut dalam kemalangan di Jalan Persisiran Perling arah Iskandar Puteri dua hari lalu.
Menurut Nor Adeela Mad Hashim, 26, mereka sekeluarga sepatutnya pulang berhari raya di Alor Setar, Kedah. Malah, segala perancangan sudah dibuat termasuk menyiapkan kelengkapan dua anak mereka Muhammad Adam Iskandar, 7, dan Muhammad Ishabil, 3, untuk pulang ke Kedah.
Tetapi kegembiraan tersebut bertukar tragedi bila mana suaminya menemui ajal akibat dirempuh motosikal ketika melakukan pemeriksaan bersama rakan setugas.
Katanya, suaminya teruja untuk pulang berhari raya memandangkan ia pertama kali dapat berbuat demikian selepas lima tahun bertugas di negeri ini.
“Dia sangat bersungguh-sungguh untuk beraya di kampung tahun ini, apatah lagi sudah lima tahun kami tidak pulang beraya.
“Arwah suami juga sudah siap membeli kelengkapan kami sekeluarga ketika memperoleh gaji pada 23 Mei lalu dan tidak sangka kepulangan yang dijanjikan akan membawa jasad suami.
Menurutnya, kali terakhir dia bertemu suaminya itu pada 3 pagi selepas arwah menghantar dua bungkus nasi lemak untuk bersahur.
“Kebetulan saya teringin makan nasi lemak dan dia balik belikan saya nasi lemak itu untuk bersahur,” katanya.
Katanya, suaminya bekerja syif malam bermula jam 11.30 malam dan selesai tugas pada jam 8 pagi tadi.
“Saya dapat tahu kemalangan itu dari rakan setugas dan tidak tahu apa yang berlaku terhadapnya lagi.
“Sebaik mengetahui kejadian itu anak sulung hanya dimaklumkan bahawa ayahnya sedang sakit, selain tidak mengetahui perkara sebenar,” katanya.
Jenazah yang selesai menjalani proses bedah siasat pada jam 2 petang tadi disembahyangkan di Surau Taman Melor sebelum dibawa ke kampung halamannya di Kampung Paya Tok Teh, Malau Jitra, Kedah.
Sementara itu suasana penuh emosi dapat dilihat di ruang menunggu bilik mayat HSA apabila isteri dan dua anak anggota polis itu dilihat berada di kawasan terbabit.
Paling sebak apabila anak sulung arwah dilihat enggan melihat jenazah arwah bapanya, namun dipujuk rakan-rakan ayahnya untuk melihat kali terakhir.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.