Baru-baru ini tular sebuah video di mana seorang wanita dipercayai petugas taska melakukan kekasaran terhadap dua orang bayi kecil.
Difahamkan, perakam video berkenaan takut untuk membuat laporan polis. Jadi rakaman video dibuat sebagai bukti berlaku kekasaran terhadap kanak-kanak yang berlaku di sebuah taska di kawasan Mutiara Rini, Skudai, Johor.
Di dalam video pertama yang berdurasi kurang satu minit itu, kedengaran suara teriakan tangisan bayi sambil ‘ditindih’ oleh petugas taska terbabit.
Dapat dilihat dengan jelas, wanita berkenaan telah menjerit berulang-ulang kali meminta bayi itu diam, sambil mengoncang badan dan menepuk-nepuk kepala bayi itu beberapa kali.
Dalam video kedua pula, kekasaran berlaku kepada seorang bayi lain di mana petugas taska terbabit bangun daripada baringan lalu menggoncangkan badan bayi itu dan meletakkan semula kanak-kanak itu secara kasar.
Menurut seorang pengguna Facebook Zurianty Sudin, bayi tersebut merupakan anak kepada salah seorang sepupunya.
Ads
Dalam satu screenshot perbualan di aplikasi WhatsApp yang dikongsikan oleh ibu mangsa, pihak taska didakwa cuba minta ‘settle tepi’ terhadap semua keluarga mangsa-mangsa yang lain.
Ads
Kejadian ini turut mendapat perhatian penyanyi Caprice yang membuat perkongsian tersebut di laman Instagram miliknya.
Terbaharu, YAM Che’ Puan Besar Khaleeda turut memuat naik laporan dari media Oh Bulan mengenai perkara ini di laman IG Story miliknya.
Tidak dinafikan, sekarang ramai yang lebih mengejar gaji yang dijanjikan terutama apabila ditawarkan gaji yang lumayan.
Tidak hairanlah jika anak-anak muda sekarang sangat memilih pekerjaan dek kerana mahu poket tebal.
Baru-baru ini, seorang individu telah membandingkan gaji cikgu dengan penghantar makanan. Ciapan yang berbaur perlian dan seakan merendahkan golongan pengajar ini telah mencetuskan pelbagai pandangan dari netizen.
“Gaji cikgu 2.3 k? Baik buat Foodpanda,” ciapan inilah yang telah mengundang pendebatan netizen yang ternyata tidak puas hati dengan pandangan yang diberikan.
Rentetan dari itu, ianya telah mendapat perhatian dari seorang guru, Mohd Fadli Salleh untuk berkongsi pandangan di laman Facebooknya.
“Jadi cikgu ni tak kaya. Tapi tak ada la hidup susah.”
Yang mahalnya tentang jadi cikgu, ada cuti panjang boleh balik jenguk orang tua kat kampung. Di situ mahalnya.
Lebih penting, kita didik dan jaga anak orang ni banyak keberkatan dalam hidup kita”.
Ya, gaji cikgu tak besar. Gaji permulaan degree pun tak sampai RM2300 sebenarnya. Lebih besar gaji rider Foodpanda okeh.
Tapi tak apa lah. Ada kelebihan tempat lain pula. Antaranya loan. Nak loan mudah. Haha.
Silap buat loan konon nak kaya join MLM, silap-silap terus kayap. Wakaka.
Seorang kawan aku pernah berkata,
“Nak kenal rumah cikgu senang je. Rumah besar, kereta Wira ke, kereta Myvi ke.
Dia dah buat loan besar untuk rumah, dah tak mampu nak pakai kereta besar”.
Tergelak aku. Bila aku perhati betul juga. Tapi tak semua lah. Ada je yang rumah kecik kereta kecik, rumah besar kereta besar. Atas rezeki masing-masing dan cara handle kewangan masing-masing.
Apa pun, tak perlu la meremehkan kerja orang lain. Setiap bidang pekerjaan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Begitulah.
Pandangan dari Mohd Fadli ini telah endapat sokongan ramai yang menyifatkan pekerjaan sebagai guru ini sangat mula berbanding pekerjaan lain.
Malah, ada yang mengatakan bertugas sebagai guru ini mempunyai pahala besar kerana ilmu-ilmu yang diajar akan terus mengalir selagi ia memberi manfaat kepada pelajar-pelajarnya.
“Walau setinggi mana ilmu kita pada masa sekarang, jgn sesekali pandang rendah pada guru yg pernah mendidik kita dahulu…Mungkin kejayaan kita hari ini, hasil doa guru² juga” – Netizen
LRT KL Sentral Kini Dikenali ‘LRT KL Sentral- redONE’!
Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) pertama di Malaysia, redONE Network Sdn Bhd (“redONE”) secara rasmi mengumumkan perkongsian strategik dengan Prasarana Integrated Development Sdn Bhd hari ini yang melibatkan penjenamaan semula Stesen LRT KL Sentral sebagai stesen LRT ‘KL Sentral redONE’
Perkongsian yang merupakan sebahagian daripada perjanjian Hak Penamaan Stesen selama 5 tahun antara redONE dan Prasarana Integrated Development itu mencerminkan komitmen redONE untuk meningkatkan kehadiran jenamanya dan terus berhubung dengan pengguna di Lembah Klang.
Dibina lebih 20 tahun lalu, KL Sentral yang direka sebagai hab ‘multimodal’ atau hab pelbagai pengangkutan yang terbesar seumpamanya di Asia Tenggara merupakan jantung kepada sistem rel negara yang mana semua jaringan rel yang ada, dihubungkan di situ.
Hab pengangkutan itu menawarkan perkhidmatan kepada penumpang dengan menghubungkan mereka kepada Light Rapid Transit (LRT), Mass Rapid Transit (MRT), Express Rail Link (ERL) and Keretapi Tanah Melayu (KTM), termasuk laluan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Setelah Stesen KL Sentral dinamakan semula sebagai stesen LRT KL Sentral redONE, perjanjian ini membolehkan redONE mempamerkan jenamanya kepada audien yang lebih besar di Lembah Klang di samping membantu meningkatkan kesedaran khususnya dalam kalangan pengguna pengangkutan awam.
Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Farid Yunus, melahirkan rasa teruja dengan kerjasama bersama Prasarana, “Perkongsian ini membolehkan kami memajukan jenama kami dengan lebih jauh kepada berjuta-juta pengguna yang melalui stesen itu setiap hari dan seterusnya mengukuhkan kehadiran kami di Lembah Klang. Kami sangat menyokong pengangkutan awam dan mengurangkan kos sara hidup pengguna, kerana itulah, di redONE, kami menyediakan pelan pasca bayar mampu milik dari serendah RM8 sebulan.”
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Development Sdn Bhd, Fa’izah Khairuddin berkata, kerjasama dengan redONE menandakan kejayaan penting bagi syarikat itu. Ia menekankan keupayaan syarikat dalam menyediakan segmen pelanggan yang disasarkan dan platform untuk keterlihatan jenama yang tinggi kepada rakan kongsinya, serta mempamerkan komitmennya terhadap produk atau kempen yang lebih inovatif dan perkongsian jangka panjang.
“Dengan bergabung tenaga bersama redONE, kami yakin akan meningkatkan pengalaman keseluruhan untuk berjuta-juta penumpang dan pengembara sambil membuka jalan baharu untuk keterlihatan jenama dan penglibatan bagi MVNO terbesar di ASEAN. Kami mengharapkan perkongsian berjaya yang akan membentuk landskap masa depan pengangkutan awam di Lembah Klang,” kata Fa’izah.
Pada tahun 2022, redONE turut memperkenalkan kempen redRIDER, kerjasama dengan Rapid KL untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Menerusi kempen yang berterusan, penumpang berpeluang memenangi telefon pintar percuma dan barangan eksklusif redONE pada setiap bulan. Penumpang bertuah yang menaiki MRT Rapid KL, LRT atau monorel dengan token kereta api redONE istimewa hanya perlu mengimbas kod QR pada token untuk memenangi hadiah menarik ini.
Nama Stesen LRT K Sentral redONE yang dijenamakan semula akan kelihatan di seluruh kawasan utama stesen dan di sepanjang laluan Kelana Jaya, termasuk papan tanda dan peta serta di atas kereta api, berkuat kuasa sertamerta.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kata orang, kalau ikhlas berniaga pasti keberkatannya terasa. Allah akan permudahkan segalanya dan rezeki hadir dengan sendirinya.
Bagi seorang peniaga di Ipoh, Perak, sepanjang Ramadan ini dia telah berniaga juadah dan kuih-muihyang di ambil daripada 24 vendor.
Apa yang menariknya, setiap hari lebih 3000 kuih-muih dan juadah yang dijual dengan hanya RM 1 sahaja. Semuanya habis licin dibeli oleh para pengunjung.
Pelbagai kuih seperti lopes, kuih ketayap, cara berlauk, tauhu bergedil, koktelbuah termasuk aneka juadah seperti nasi ayam kunyit, nasi ayam merah, makaroni goreng dan kuetiau goreng yang dijual laris kerana rasanya yang enak.
Pembantu kedai Nurul Nartisa Ishak berkata inisiatif itu dilakukan agar para pengunjung dapat merasai pelbagai kuih-muih dan juadah dengan harga yang murah iaitu RM1 untuk setiap satu paket.
Setiap satu paket kuih dan juadah ini dibungkus cukup untuk seorang makan.
Jadi, bila ada yang berkeluarga, mereka dapat membeli dalam kuantiti yang banyak tanpa risau tentang harga yang mahal seperti sesetengah kedai di luar sana.
Gerai kami sudah dibuka sejak dua bulan lepas, setakat ini memang kuih-muih dan juadah di gerai kami akan habis dibeli oleh pengunjung dan rata-ratanya ada yang sanggup datang dari pekan Ipoh kerana mereka teruja dengan harga dan pilihan yang disediakan.
Nurul Nartisa yang membantu perniagaan iparnya berkata jualan agak memberangsangkan apabila mereka boleh mengekalkan hasil jualan lebih RM3,000 sehari.
Katanya lagi, dia dan pihak vendor tidaklah mendapat keuntungan yang tinggi, cukup-cukup untuk kami para peniaga mendapatkan modal pusingan daripada jualan.
Saya lebih seronok melihat para pengunjung yang hadir dapat membeli kuih-muih dan sajian makanan kami dengan harga yang murah.
Ada seorang ayah dan beberapa anaknya hadir ke gerai, ayahnya suruh pilih sahaja apa yang mereka mahu memandangkan terdapat pelbagai pilihan dan harga yang sangat mampu dimiliki oleh setiap golongan lebih-lebih lagi B40.
Bagi vendor, Siti Nur Syazlili Mohd Shafiaie berkata dia akan menghantar beberapa kuih ke gerai itu antaranya kuih lopes, cara berlauk dan pulut inti bagi membantu meringankan beban keluarga.
Setakat ini, saya seronok berniaga macam ini. Bila hantar kuih, habis. Pengunjung yang datang pun gembira dan ada juga yang datang dari jauh hampir setiap hari bagi merasai keenakan kuih kami.
Walaupun dijual pada harga yang murah, kami para vendor akan memastikan kuantiti yang dijual adalah banyak. Macam satu jenis kuih, saya perlu hantar dalam 10 paket sebab ingin pastikan ada modal pusingan.
Seorang pengunjung yang ingin dikenali sebagai Amy berkata sudah masuk hari ketiga dia hadir membeli kuih-muih dan juadah di situ kerana banyak pilihan dan murah.
Saya datang dari Ipoh, ini sudah masuk hari yang ketiga saya hadir ke sini. Makanan di sini sedap dan banyak pilihan. Dengan harga RM1 ini saya dapat membeli macam-macam kuih, kalau saya bawa RM10, saya boleh membeli 10 paket kuih pelbagai jenis tanpa perlu berkira tentang harga.
Semoga setiap para peniaga yang berniaga di bulan Ramadan ini akan lebih dimurahkan rezeki dan berkongsi rezeki dengan yang lain.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...