Pengumpul bekas plastik Tupperware, sanggup berhabis, produk bakal jadi rare. Tupperware, jenama yang terkenal dengan bekas plastik berkualiti tinggi, telah menjadi pilihan ramai pengguna di seluruh dunia sejak ia diperkenalkan.
Pengumpul Bekas Plastik Tupperware Sanggup Berhabis, Produk Bakal Jadi Rare
Di Malaysia, Tupperware bukan sahaja digunakan sebagai peralatan dapur yang praktikal, tetapi juga menjadi simbol status dan gaya hidup bagi sesetengah golongan.
Produk Tupperware yang tahan lasak, inovatif, dan datang dalam pelbagai rekaan menarik membuatkan pencinta jenama ini sanggup berhabis demi mendapatkan koleksi-koleksi istimewa yang ditawarkan.
Bagi Wan Norhayati Wan Mustaffa, 38, wanita ini mengaku membesar dengan Tupperware. Ibunya, Siah @ Wook Ismail, juga adalah pengumpul bekas plastik berkenaan.
Kata Wan Norhayati, dia mengikut jejak langkah ibunya sebagai pengumpul Tupperware sejak 12 tahun lalu.
Lantaran itu, dia yang bekerja sebagai pengurus pembangunan perniagaan di sebuah syarikat dan menetap dekat Shah Alam, Selangor sanggup membelanjakan purata RM500 sebulan bagi membeli bekas plastik baharu demi menambah koleksi.
“Sebut saja Tupperware, ada kalanya saya sebak kerana terkenangkan arwah emak. Boleh dikatakan, Tupperware ini ada nilai sentimental serta dekat dengan saya.
“Tambahan, saya memang pengumpul tegar Tupperware hinggakan anak pun tahu yang saya dan Tupperware ‘berpisah tiada’.
“Malah, saya selalu pesan kepada anak supaya menjaga serta tidak menghilangkan Tupperware yang ada,” katanya.
Menurut Wan Norhayati, dia bukan saja membeli malah turut menjual Tupperware.
“Memang banyak koleksi di rumah cuma saya lebih gemar kumpul bekas plastik ungu dan merah jambu serta lebih tertarik hendak membeli jika ada keluaran jarang jumpa di pasaran.
“Bagaimanapun, sejak dua tahun lalu, sudah mula menjual Tupperware kerana ada permintaan.
Ads
“Bagaimanapun, bekas plastik yang saya rasakan amat bernilai, saya simpan sebagai koleksi peribadi,” katanya.
Mohd Rashid bersama koleksi bekas Tupperware kesayangannya. FOTO Ihsan Mohd Rashid Napis
“Saya bukan saja gemarkan bekas plastik jenama ini malah kehidupan saya juga banyak berubah daripada pengumpul kepada menjadi penjual.
“Saya bukan saja dapat memiliki koleksi diingini malah mampu menambah pendapatan,” katanya yang bekerja tetap sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.
Menurutnya, arwah ibunya juga gemar mengumpul bekas plastik berkenaan manakala dia mula aktif mengumpul sejak lima tahun lalu sebelum turut menjualnya bermula pada 2021.
“Ada yang saya beli malah ada juga yang saya dapat secara percuma.
“Paling mahal yang saya beli bukan bekas plastik, tetapi penapis air yang berharga RM3,850. Ia bagi mendapat sumber air bersih berpanjangan serta kesihatan sepanjang hayat.
“Untuk bekas plastik, saya suka kumpul warna hijau mint dan sejak jadi pengumpul dan penjual, baru saya faham kenapa ramai dalam kalangan suri rumah suka kerana bekasnya pelbagai jenis serta boleh bantu selesaikan masalah mereka,” katanya.
Seorang lagi penggemar Tupperware, Safiah Aderis, 54, yang menetap di Puncak Alam, Selangor berkata, jenama itu sudah sebati dengannya sejak hampir tiga dekad lalu kerana dia bukan sekadar pengumpul, malah sebagai punca rezeki selepas turut menjualnya sepanjang tempoh itu.
Ads
Gambar kenangan Safiah dan Allahyarham suami, Azhar ketika melawat kilang Tupperware di Korea Selatan pada 1996. FOTO Ihsan Safiah Aderis
Terdahulu, Tupperware, pengeluar bekas plastik yang terkenal dilaporkan memfailkan kebankrapan di Amerika Syarikat (AS) selepas bertahun-tahun mengalami masalah kewangan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Tupperware Brands Corp sedang berusaha menjual perniagaannya sambil meneruskan operasi seperti biasa dan syarikat itu memfailkan kebankrapan di bawah perlindungan Bab 11, di bawah undang-undang kebankrapan AS.
Syarikat yang berpangkalan di Orlando dan diasaskan pada 1946 oleh Earl Tupper pernah menjadi simbol kemakmuran selepas Perang Dunia Kedua, terkenal dengan mangkuk dan bekas dapurnya yang inovatif.
Bagaimanapun, Tupperware kini berdepan cabaran besar termasuk persaingan sengit dalam pasaran barangan rumah dan lonjakan jualan dalam talian yang menjejaskan kedudukannya.
Memperoleh rezeki melimpah ruah namun tidak berkat, tidak ada maknanya. Walaupun kita memiliki harta yang yang banyak, kehidupan yang mewah namun hati tidak tenang dan bahagia, ini menunjukkan kepada kehidupan yang tidak diberkati. Ibarat istana kosong tanpa berpenghuni.
Berikut petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal. Mari fikir-fikirkan.
“Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tidak masuk ke dalam perut. Ada lagi sumber yang lain kita perlu elak dicampurkan dengan darah daging.
Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu pun ragu statusnya. Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri. Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.
Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara. Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong membeli belah sebelum pulang ke ofis.
Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim overtime. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri. Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa, bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.
Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tidak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri”.
*KEBERKATAN YANG DICARI*
*5 cara untuk mendapat pahala setelah mati:*
1. Beli Al – Quran kepada seseorang, setiap kali dia membacanya kamu akan menerima pahala.
2. Sedekah kerusi roda kepada hospital, setiap kali orang sakit menggunakannya nescaya kamu akan mendapat pahala.
3. Turut serta dalam pembinaan masjid.
4. Meletak watercooler di tempat awam.
5. Menanam pokok. Kamu menerima pahala sekiranya ada manusia ataupun binatang berteduh di bawahnya atau makan darinya.
Sumber: Mohd Zamri (facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berjauhan dari keluarga adalah detik menyedihkan, lebih-lebih lagi bagi individu yang tidak pernah berpisah dengan orang tersayang. Selalunya bagi anak-anak yang sedang meningkat dewasa, berpisah disebabkan melanjutkan pelajaran itu dah menjadi lumrah bagi sesebuah keluarga.
Sedangkan berjauhan di dalam negara pun kadangkala ibu bapa dah susah hati , apatah lagi jauh ke negara orang. Apa yang penting jangan putuskan hubungan dan kekal berkomunikasi antara keluarga di mana sahaja berada.
Itulah yang akan dihadapi oleh anak kembar kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona telah berangkat ke United Kingdom (UK) bagi menyambung pengajian selama tiga tahun.
Perkara ini telah dikongsikan oleh Azhar sendiri di laman Facebooknya dengan memuat naik sebuah video keberadaan mereka di lapangan terbang menghantar dua cahaya matanya pada Ahad.
Dalam video tersebut Azhar menitipkan pesanan kepada dua cahaya matanya agar belajar bersungguh-sungguh dan tidak mengabaikan solat lima waktu.
Menurut aktor berumur 51 tahun itu, Andika melanjutkan pelajaran dalam jurusan Undang-Undang Maritim manakala Leona pula bidang Pengurusan. Malah dia juga sempat berseloroh agar anak perempuannya pulang dengan imej baru memandangkan cuaca di sana sejuk.
“Mami (panggilan Azhar) tak rasa sedih sangat mungkin sebab mereka dari kecil dah biasa mengembara ke seluruh dunia sebab sertai event Jamboree Pengakap atau Girl Guides Dunia.
Tiga tahun tak lama dan cukup masa untuk Leona balik dengan imej baru….UK kan sejuk.. Hahahaha.” tulisnya.
Sebelum ini, Leona menerusi video yang dikongsikan di TikTok, akui masih belum bersedia untuk memulakan kehidupan baharu.
“Saya sangat sedih nak tinggalkan keluarga di sini dan tidak bersedia untuk memulakan fasa baharu dalam hidup saya.” katanya dalam mood sedih.
Untuk rekod, Azhar dan Chempaka Emalin Pahamin mempunyai dua anak kembar lelaki dan perempuan iaitu Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin serta anak sulungnya, Kasih Leia Ixora.
Selalu kita dengar istilah “Queen Control,” tapi tahu tak, wanita dominant bukan sama dengan stereotype istilah itu. Wanita dominant bukan jenis insecure yang sekat kebebasan suami. Sebaliknya, mereka ni ada vision besar dan penuh keyakinan diri.
Rentetan usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali Kak KM yang menyuarakan pandangan peribadinya mengenai suami kena dengan cakap isteri, ramai wargamaya turut bersetuju dengan pandangannya untuk kekal bahagia.
Menerusi perkongsian puan Marlia Ramli yang merupakan perunding kewangsan turut mengupas mengenai bagaimana wanita dikatakan dominant yang membantu sebuah keluarga bahagia.
WANITA DOMINANT, RUMAHTANGGA BERTAHAN?
1. Ramai yang salah anggap isteri yang dominan adalah isteri yang Queen Control. Ianya tidak tepat. Queen control boleh jadi nampak lemah lembut tapi insecure hingga suami tak boleh keluar rumah. #apeni?
2.Isteri yang dominan biasanya isteri yang ada visi. Mereka mostly adalah decision maker di pejabat atau leader di dalam business. Self confident mereka tinggi.
3. Mereka mahu terbaik buat keluarga. Isteri begini mereka sendiri kuat bekerja, menyediakan dana pendidikan anak-anak dan tak pasrah menyerah. Suami tak cukup wang? Isteri dominan kukuh back up sentiasa.
4.Biasanya mereka tak merapu dan mereput. Duit suami bagi mereka tak habiskan tanpa ilmu. Mereka strategically guna untuk future keluarga. They don’t do nonsense.
5. Duit payah nak bocor, dana keluarga sentiasa ada bila isteri ada attitute dominant. Mereka tegas dalam menguruskan money in dan money out. Mereka tahu bila perlu invest? Bila perlu spend?
Puan Marlia bersama suami
6. Wanita dominant adalah leader di luar rumah. Jadinya bila bergelar isteri sesekali terbawa dengan leadership tersebut. Mereka bersuara bila perlu.
7. Human management mereka cemerlang. Anak-anak biasanya sayang kerana ibu begini tidak rigid, lebih open dalam berkomunikasi dan bersikap friendly. Anak-anak rasa selamat kerana punya ibu yang kuat. Tak lembik macam puding jagung.
8. Suami lebih tenang sebab boleh harap isteri yang dominant untuk jaga zuriat mereka seandainya suami meninggal dunia. Wanita dominant capable dalam banyak hal. Mereka bukan spesis menangis di hujung katil tanpa berusaha.