
Semakin usia meningkat, perubahan kulit wajah makin ketara. Kulit mula terasa kering dan berjelaga, kusam dan tak bermaya. Bintik-bintik hitam juga tanpa kita sedar makin banyak mula bertapak di kulit muka.
Mungkin boleh disorokkan dengan solekan tebal namun apabila tanpa solekan, wajah kembali jelas. Adakalanya buat kita rasa rendah diri di depan suami.
Jeragat dan bintik hitam adalah lumrah biasa. Malah kata pakar kecantikan ia sebenarnya berpunca daripada perubahan hormon. Buntu memilih produk untuk memulihkannya, ada cara tradisional yang boleh dilakukan untuk memudarkan bintik ini.
Halia antara salah satu bahan yang bertindak memulihkan bintik hitam ini. Caranya amat mudah. Hanya tiga bahan yang diperlukan iaitu halia segar, cuka dan madu.
Hilangkan Bintik Hitam Dengan Masker Halia
Caranya:
- Cuci halia sehingga bersih lalu dipotong.
2. Masukkan ke dalam balang, tuangkan cuka dan tutup rapat balang tersebut (jangan melebihi paras leher balang)
3. Simpan balang di dalam peti sejuk, dan biarkan selama 1 hari.
4. Keluarkan balang dari peti sejuk, buka dan masukkan madu secukupnya, gaul sebati. Tunggu 30 minit. Masker campuran halia, cuka dan madu semula jadi siap untuk digunakan!
5.Ambil potongan halia tersebut, usapkan pada bahagian wajah yang yang berbintik hitam. Biar selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air suam panas.
6. Jadikan ia sebagai rutin harian agar dapat melihat kesannya.
Sumber: How
Mata Mak-Mak Lain Macam Dengan Maskara Chriszen ‘Lash-thethic Mascara’ Mesra Wudhu X TikToker Rozyana Roslan

Kalau orang kata pakai maskara ni leceh sebab kalau kena hujan boleh jadi panda mata kita, tapi tidak dengan maskara terbaru dari Chriszen ni, memang buat mata mak-mak lebih memukau di depan suami tersayang.
Chriszen yang cukup terkenal dengan halal kosmetik di Malaysia telah melancarkan maskara terbaru mereka iaitu Lash-thethic Mascara bersama TikToker Rozyana Roslan pada Februari 2023 di Guardian, Sunway Pyramid. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran para media, rakan kongsi perniagaan, KOL dan peminat setia Rozy.
Selain itu, juga terdapat aktiviti menarik seperti ‘name engraving’, roda impian dan soalan teka-teki bersama para tetamu yang hadir. Chriszen x Rozyana Lash-thethic Mascara diformulasikan untuk kekal lentik selama 16 jam ini turut menghasilkan bulu mata yang lebih penuh dan memberi efek lebih panjang.
Dengan formula mesra-wudhu ini, setiap pemakai dapat memiliki bulu mata semula jadi yang lebat dan mudah untuk ditanggalkan. Pengurus Chriszen, Mandy Leong memilih Rozyana kerana sifat beliau yang merendah diri yang amat bersesuaian dengan imej Chriszen. Kandungan video mekap yang dihasilkan juga mudah diaplikasikan secara harian berbanding pemakai profesional.
TikToker Rozyana telah memilih untuk kolaborasi produk maskara kerana beliau janggal memakai bulu mata palsu. Rozy berharap Lash-thethic Mascara akan menjadi kesukaan ramai untuk mendapatkan bulu mata yang lentik dan lebat secara semula jadi.
Turunkan Kadar Kolestrol Dan Miliki Kulit Cantik Dengan Rebung

Rebung buluh merujuk kepada pucuk buluh yang muda dan masih lembut. Di Asia, ia biasanya ambil dan dipotong untuk dimasak sebagai lauk. Contohnya gulai rebung, salad dan sayur lodeh.
Banyak kelebihan rebung yang tidak semua masyarakat tahu. Melalui perkongsian dari Doktor Rizal Abu Bakar, terdapat 62 kajian telah mengesahkan rebung dapat menurunkan kolestrol. Selain bagus untuk kulit dan bantu usus kerana bertindak sebagai prebiotik.
ANTARA KHASIAT REBUNG
1. KAYA ANTI OKSIDA, COPPER, VITAMIN B6, & LAIN-LAIN
Rebung ni kaya dengan anti oksida, copper, vitamin B6, E, K, Riboflavin, Thiamine dan fosforus. Vitamin B6 saja terlibat dalam 140 biochemicals reaction dalam sel. Tak cukup vitamin sakitlah sikit tubuh.
2. MENGANDUNGI PREBIOTIK & TURUN KOLESTROL
Rebung ni bagus sangat untuk kulit, turunkan kolesterol dan bantu usus sebab bertindak sebagai prebiotik.
Rebung juga bantu kuruskan badan. Ada 62 kajian sahkan hal boleh kurus ni. Kalau campur dengan MCT Oil makin cepat turun berat badan.
Bolehlah cuba masukkan dalam diet harian. Nanti dapatlah bonus kulit cantik, badan lentik tu.
3. BAIKI SISTEM PENGHADAMAN, CEGAH DIABETES & ANEMIA
Rebung juga baiki sistem penghadaman. Yang ada sembelit, elok sangat amal makan rebung. Bantu metabolisma badan. Cegah diabetes dan anemia. Kalau tak jumpa rebung. Boleh juga guna belimbing buluh.
Rebung ni boleh buat macam macam. Dahlah berkhasiat. Jarang orang sekarang makan rebung ni. Sebab susah nak jumpa. Tapi saya cari jugak sebab nakkan khasiatnya.
Rebung ni sedap buat salad atau buat rebung udang masak lemak cili padi. Fuhh sodap ni makan time hujan panas panas. Baru merecik!
RESEPI GULAI LEMAK UDANG CILI API + REBUNG
Nak masak lemak cili padi ni tak susah pun. Tak guna banyak bahan.
BAHAN-BAHAN:
* Rebung fresh.
* Udang (dicuci dan disiang).
* Cili padi (ikut nak banyak mana ikut selera pedas).
* 1 inci kunyit hidup.
* Daun kunyit (mayang halus).
* 1 batang serai.
* Santan segar.
* Asam keping.
* Air secukupnya.
* Garam bukit secukup rasa.
CARA PENYEDIAAN:
1. Tumbuk sekali kunyit dan cili padi sampai lumat.
2. Ketuk serai bagi lenyek sikit.
3. Masukkan bahan tumbuk tadi dalam periuk. Masukkan separuh santan, rebung dan asam keping. Didih guna api sederhana sampai menggelegak.
4. Baru masukkan udang. Kacau dan masukkan baki santan serta garam cukup rasa.
5. Biarkan selama 10 minit dan tutup api.
6. Sedia untuk dihidang.
Bolehlah cuba.
Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar
Artikel Berkaitan
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Slim Kembali Lepas Bersalin, Ini Menu Berpantang Yang Mak-mak Boleh Amalkan

Slim Kembali Lepas Bersalin, Ini Menu Berpantang Yang Mak-mak Boleh Amalkan
Semua mak-mak selepas menjalani tempoh berpantang inginkan bentuk tubuh asal sebelum mereka bersalin. Maka sebab itulah pentingnya penjagaan pemakanan ketika dalam tempoh berpantang.
Makanan yang berkhasiat ketika menjalani tempoh berpantang selama 44 hari amat penting bagi memulihkan diri. Anda mungkin rasa lemas dengan lauk berpantang yang sangat plain, ‘zuhud’ dan sama sahaja hampir setiap hari.
Sebenarnya ada saja menu berpantang bersalin yang sihat dan berkhasiat. Cuma mak-mak perlulah kreatif mengolahnya agar tak mencampurkan makanan sejuk atau gatal yang boleh menyebabkan bentan.
Puan Nor Sofiah Hussin berkongsi menu berpantang sepanjang lebih dua minggu lepas melahirkan. Mak-mak yang sedang berpantang dan bakal berpantang pun boleh mencubanya.
“SIAPA KATA LAUK DALAM PANTANG TAK BEST. SEDAP TU. SIAP MENAMBAH LAGI. SAJA NAK SHARE MENU DAN RESEPI MASA SAYA BERPANTANG LEPAS 2 MINGGU LEBIH BERSALIN. SIAPA NAK SHARE SILAKAN. NANTI BILA BERPANTANG, BOLEH TENGOK BALIK.”
Menu Berpantang Wajib Cuba
SIAKAP STIM
Bahan:
Ikan
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Halia – hiris
Serai – hiris
Lada hitam
Air limau nipis (bagi yang tak tahan boleh tukar dengan air asam jawa)
Daun ketumbar (dalam gambar guna daun bawang je sebab tak ada stok)
Garam
Gula
Cara masak:
1. Letak semua bahan atas ikan.
2. Kukus ikan sehingga masak.
IKAN BAKAR BEREMPAH
Bahan:
Ikan
bawang putih -tumbuk
Bawang merah – tumbuk
Halia – tumbuk
Kunyit – tumbuk /serbuk kunyit
Serbuk kari
Garam
Lada hitam
Cara masak:
1. Lumurkan semua bahan pada ikan
2. Bakar ikan sehingga masak.
SUP IKAN
Bahan:
Ikan (merah/jenahak/tenggiri/siakap) – lumur ikan dengan garam,goreng dan ketepikan.
* tak goreng pun boleh..(pilihan masing-masing)
Bawang putih – kisar
Bawang merah – kisar
Halia – kisar
Sup bunjut ikan
Air
Sayur (lobak,bunga kobis)
Lada hitam
Daun sup
Cara masak:
1. Masukkan bahan kisar, air dan sup bunjut ikan ke dalam periuk
2. Masukkan sayur lobak & bunga kobis
3. Bila sayur dah hampir lembut, masukkan ikan
4. Last sekali masukkan garam dan lada hitam. Bila kuah dah mendidih boleh tutup api. Siap
5. Taburkan daun sup sebelum hidang
IKAN BILIS BERKUNYIT
Bahan:
Ikan bilis
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kunyit
Lada hitam
Air asam jawa
Cara masak:
1. Tumbuk semua bahan kecuali air asam jawa
2. Masukkan bahan tumbuk tadi dalam periuk, masukkan air asam. Masak hingga mendidih.
KARI IKAN (TANPA SANTAN)
Bahan:
Ikan
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Halba campur
Daun kari
Air asam jawa
Kari ikan
Tomato
Air
Cara masak:
1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, halba campur dengan sedikit minyak.
2. Masukkan tomato dan daun kari, masak sehingga layu.
3. Masukkan kari ikan. Masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air, ikan dan air asam jawa.
5. Bila ikan dah masak, masukkan garam tunggu sehingga mendidih. Siap.
SERUNDING HALIA
Bahan:
Halia
Lada hitam
Garam
Ikan bilis – goreng
Bawang putih – goreng
Cara masak:
1. Sagat halia dan perah/tapis airnya
2. Goreng halia yang disagat tadi dengan api sederhana sehingga garing. Dah siap goreng, toskan minyak.
3. Campurkan halia goreng, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, garam dan lada hitam.
4. Gaul sebati dan simpan dalam bekas.
AYAM BAKAR BEREMPAH
Bahan:
Ayam
Bawang putih – tumbuk
Bawang merah – tumbuk
Halia – tumbuk
Kunyit – tumbuk
Serai – tumbuk
Lengkuas – tumbuk
Serbuk kari
Lada hitam
Garam
Gula / madu
Cara masak:
1. Gaul semua bahan bersama ayam. Perap sekejap.
2. Bakar sehingga ayam masak.
DAGING GORENG KUNYIT
Bahan:
Daging
Kunyit
Bawang putih
Bawang merah
Garam
Lada hitam
Air
Cara masak:
1. Perap daging dengan kunyit, garam dan lada hitam lebih kurang 10 minit, ketepikan.
2. Masukkan daging tadi ke dalam kuali, masukkan sedikit air. Masak sehingga air daging kering dan daging empuk.
3. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah. Gaul sebati. Siap.
AYAM UNGKEP LADA HITAM
Bahan:
Ayam
Bawang putih – kisar
Bawang merah – kisar
Halia – kisar
Kunyit – kisar
Ketumbar – kisar
Jintan – kisar
Serai – ketuk
Lada hitam
Air asam jawa
Cara masak:
1. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak hingga naik bau.
2. Masukkan serai yang diketuk, tumis hingga garing.
3. Kemudian masukkan ayam dan air (ikut nak kuah banyak mana)
4. Tutup kuali dan biarkan ayam masak.
5. Bila ayam dah masak, masukkan garam, asam jawa dan lada hitam. Gaul sebati. Siap.
** Kalau tak nak tumis. Masukkan semua bahan dalam kuali. Tutup kuali, masak sehingga ayam empuk.
AYAM MASAK HALIA
Bahan:
Ayam
Halia – hiris
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Sedikit sos tiram
Air
Tepung jagung – untuk pekatkan kuah (optional)
Lada hitam
Garam
Lobak merah (optional)
Daun bawang (optional)
Cara masak:
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah & halia dengan sedikit minyak.
2. Bila dah naik bau, masukkan ayam.
3. Masukkan sos tiram, garam dan air. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan lada hitam, lobak dan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
5. Bila kuah dah jadi sedikit pekat. Tutup api dan masukkan daun bawang. Siap.
**Kalau tak nak tumis, masukkan semua bahan kecuali tepung jagung. Renehkan sehingga ayam masak. Bila ayam dah masak, masukkan tepung jagung yang dibancuh, gaul sehingga kuah sedikit pekat. Siap.
Sumber/Foto : Nor Sofiah Hussin via Mingguan Wanita