Bulan Ramadan, bulan mulia yang dinantikan seluruh umat Islam di seluruh dunia untuk mencari pahala yang banyak. Bulan yang mengajar umatnya untuk sentiasa melakukan kebaikan dan mengawal segala nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang.

Melalui perkongsian Ustazah Asma’ Harun, terdapat 10 perkara tips penting yang perlu dilakukan dalam menempuhi bulan suci ini. Anggaplah ini sebagai Ramadan terakhir anda untuk merebut peluang pahala yang ada, kerana tiada siapa tahu bila pengakhiran kita nanti. Semoga bermanfaat kepada semua.

ANDAI INI RAMADAN TERAKHIRKU

Pernahkah kita terfikir, bagaimanakah agaknya andai Ramadan kali ini ialah Ramadan yang terakhir dalam hidup kita? Ramadan seterusnya, masih adakah peluang untuk kita mengumpul pahala berterawih dan bertadarus al-Quran? Masih sempatkah untuk kita merebut peluang bertemu dengan malam al-Qadar?

Tiada siapa yang mampu untuk memberi kepastian, bagi setiap persoalan.

Sahabat, mulakanlah persiapan kita seawal yang mungkin bagi bertemu dengannya. Anggaplah ini kesempatan terakhir kita untuk menikmati setiap kemanisan ibadah di dalamnya.

Perbanyakkan Pahala Di Bulan Ramadan, Ustazah Asma’ Kongsi 10 Tip Penting Sepanjang Puasa

TIPS-TIPS PENTING ANDA PERLU LAKUKAN DALAM MENEMPUHI BULAN RAMADAN

Mulakan dengan melakukan 10 tips penting untuk menempuhi bulan Ramadan yang mulia:

1. PERBETULKAN NIAT

Daripada Umar al-Khattab r.a.:

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. (HR Bukhari, hadis sahih)

Jika hati dan niat kita telah terfokus hanya untuk mencari keredhaan Allah SWT, maka amal perbuatan kita selepas itu akan menjurus kepadanya juga.

Persiapkan niat kita untuk menghadapi Ramadan ini hanya kerana Allah SWT

Perbanyakkan Pahala Di Bulan Ramadan, Ustazah Asma’ Kongsi 10 Tip Penting Sepanjang Puasa

2. LATIH DIRI BERPUASA

Sebaiknya kita melatih diri untuk berpuasa sunat pada bulan sebelumnya; seperti puasa Isnin dan Khamis.

Menurut sirah, Rasulullah SAW melipatgandakan kuantiti dan kualiti ibadat puasa.
Hal itu diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a.:

كَانَ رَسُولَ اللهِ يَصُومُ حَتَّىَ نَقُولَ: لاَ يُفْطِرُ، وَيُفْطِرُ حَتَّىَ نَقُولَ: لاَ يَصُومُ، وَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ قَطُّ إِلاَّ رَمَضَانَ، وَمَا رَأَيْتُهُ فِي شَهْرٍ أَكْثَرَ مِنْهُ صِيَاماً فِي شَعْبَانَ

Maksudnya: “Rasulullah banyak berpuasa (pada bulan Syaaban) sehingga kami mengatakan, baginda tidak pernah berbuka, dan kadang-kadang baginda terus-menerus berbuka hingga kami menganggap baginda tidak berpuasa langsung. Dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali puasa Ramadan. Dan aku tidak pernah melihat Rasulullah banyak berpuasa (di luar Ramadan) melebihi Syaaban.” (HR Muslim, hadis sahih)

3. PELAJARI HUKUM HAKAM PUASA

IKLAN

Dalami ilmu agama yang berkenaan dengan puasa contohnya hukum-hakam dan fadhilatnya. Jika ada kemusykilan, jangan malu atau segan untuk merujuk kepada mereka yang lebih arif.

Tujuannya adalah agar apa yang akan diamalkan dalam ibadah puasa lebih bermakna dan bulan Ramadan lebih dihayati.

Umar bin ‘Abdul ‘Aziz menyebutkan:

“Barangsiapa yang beribadah kepada Allah SWT tanpa ilmu, maka dia akan membuat banyak kerosakan daripada mendatangkan kebaikan.”

4. LAZIMI QIAMULLAIL

Mujahadah untuk bangun malam sebelum tibanya Ramadan (beberapa kali seminggu).
Hal ini bagi mengelakkan kita daripada liat untuk bangun malam di bulan Ramadan serta memudahkan kita untuk bangun bersahur.

Perbanyakkan Pahala Di Bulan Ramadan, Ustazah Asma’ Kongsi 10 Tip Penting Sepanjang Puasa

5. BERAZAM UNTUK TIDAK MENINGGALKAN SAHUR

Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya: “Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.” (HR Bukhari dan Muslim, hadis sahih)

6. BERSEDERHANA SEMASA BERBUKA PUASA

إِنَّ ٱلْمُبَذِّرِينَ كَانُوٓا۟ إِخْوَٰنَ ٱلشَّيَٰطِينِ ۖ وَكَانَ ٱلشَّيْطَٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورًا

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. (Surah Al-Isra’ : 27)

IKLAN

7. MEMPERBANYAKKAN DOA

Berdoa supaya Ramadan kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Memohon pada Allah supaya diri dan keluarga sentiasa sihat sepanjang Ramadan.

8. MELAZIMI SEDEKAH

Mulakan amalan bersedekah sedikit semi sedikit daripada sekarang. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk harta. Ianya termasuk dengan mempamerkan akhlak yang baik, senyuman dan raut wajah yang menyenangkan, meringankan beban dan membantu orang lain.

Boleh juga kenalpasti jiran tetangga yang kurang berkemampuan dan hulurkan bantuan kepada mereka.

Daripada Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – أجْوَدَ النَّاسِ، وَكَانَ أجْوَدَ مَا يَكُونُ في رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْريلُ، وَكَانَ جِبْريلُ يَلْقَاهُ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ القُرْآنَ، فَلَرَسُولُ الله – صلى الله عليه وسلم – حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبرِيلُ أجْوَدُ بالخَيْرِ مِن الرِّيحِ المُرْسَلَةِ .

Maksudnya: “Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, hadis sahih)

9. MENGHIDUPKAN AL-QURAN DI RUMAH

Mulakan membaca Al-Quran dan lazimi zikir supaya ia menjadi satu kebiasaan.
Memperkemaskan bacaan Al-Quran dengan pelajari ilmu tajwid.

Bila Ramadan tiba, amalan ini diteruskan dengan beberapa penambahbaikan seperti membaca terjemahan dan mentadabbur ayat-ayatnya.

Perbanyakkan Pahala Di Bulan Ramadan, Ustazah Asma’ Kongsi 10 Tip Penting Sepanjang Puasa

10. MERANCANG TARGET RAMADAN

IKLAN

Target untuk khatam al-quran (rancang berapa helai atau juzuk yang akan dibaca dalam sehari supaya dapat khatam sebelum Ramadan berakhir).

Target untuk bersedekah di mana dan kepada siapa.

Target untuk solat sunat (solat sunat rawatib, dhuha, tarawih, tahajud, taubat, hajat, dan lain-lain).
Daripada Hasan al-Basri:

فَالْعَجَبُ مِنَ اللَّاعِبِ الضَّاحِكِ، فِي اليَوْمِ الَّذِي يَفُوْزُ فِيْهِ الْمُحْسِنُوْنَ

Maksudnya: “Maka amat menghairankan bagi mereka yang bermain-main dan bergelak ketawa (tidak bersedia untuk Ramadan) dalam hari orang-orang yang baik itu sedang berjaya (dalam mempersiapkan diri untuk Ramadan). (Ibn Rajab, Bughya al-Insan)

Subhanallah. Nukilan Hasan al-Basri di atas sangat menyentuh sanubari. Maka sungguh rugilah bagi mereka yang tidak mempersiapkan diri untuk menuju bulan Ramadan al-Mubarak.

Semoga kita semua akan menempuh Ramadan kali ini dengan penghayatan yang berbeza.

SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.

Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun

Ada ye anak-anak kat rumah tu puasa ‘yang yuk’? Haa meh dengar perkongsian dari PU Riz ni!

Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!

Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!

Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!

Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!

Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!