Periuk Yang Hitam Jangan Dibuang Dulu, Cuba Petua Pantas Guna Sos Sahaja. Terlajak Mudah Ni!

Share

Aktiviti memasak berulag kali menyebabkan periuk, belanga mahupun kuali bertukar menjadi hitam. lebih-lebih lagi kalau kita terleka sehingga mengakibat masakan hangit. Jadi, periuk pun akan alami kesan hangus.

Nak nak lagi berlaku pada periuk kesayangan kita. Nak dibuang sayang jadi kena fikirkan alternatif lain. Usah peningkan kepala, jom cuba  petua mudah ini, tanpa perlu gunakan produk yang mahal pun. Hanya gunakan sos sahaja. Tak percaya, jom cuba!

1. Gunakan 3 or 4 sudu sos tomato.

2. Biarkan lebih kurang 30 ke 40 minit (kalau nak kesan yang betul2 suci murni boleh biarkan lagi lama).

3. Lepas itu gonyoh dengan berus periuk. Tak payah gonyoh teruk-teruk.

4. Walaupun tak 100% sesuci murni macam yang sebelumnya tapi at least boleh la masak guna periuk tu semula. ?

Kredit: Kim Jane Ley

IKLAN