Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memang cukup dekat di hati rakyat jelata lebih-lebih gaya yang bersahajanya dan mesra media sosial.

Setiap post yang dikongsikan menerusi akaun Instagram, @airtangan_tunkuazizah yang mempunyai 782,000 pengikut sentiasa menjadi perhatian warganet yang mengagumi personaliti Tuanku Azizah yang rajin memasak.

Semalam, Tunku Azizah sempat memuat naik video masak nasi goreng mentega berlada  telur pecah yang ditambah lebihan ikan tenggiri. Meskipun simple sahaja masakannya, tapi nampak sangat lazat ditambah pula menggunakan kuali legend yang dibeli dari lombok, Indonesia!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tunku Azizah Iskandar (@airtangan_tunkuazizah) on

Rakaman berdurasi 7 minit 58 saat itu menerima lebih 311,000 tontonan itu membuatkan ramai kecur air liur, malah pengikut Tunku Azizah turut memuji masakan Baginda yang menggunakan kuali mak-mak yang sememangnya rare.

Ujarnya juga, nasi goreng yang dimasaknya juga menjadi kegemaran Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang juga merupakan abangnya.

“Biar telur itu ketul-ketul besar…kita masakkan dia. Ini nasi goreng Raja Iskandar. Hari ini ada lebih ikan tenggiri goreng. Kita pecah-pecahkan dia dan masukkan dalam nasi goreng saya.

“Malam ini saya nak makan nasi goreng saja. Takut orang tak percaya saya masak, ni ada gelang. Nampak gelang?,” selorohnya dalam video tersebut.

IKLAN

Resipi Nasi Goreng Mentega Berlada

Bahan-bahannya :-

IKLAN

butter
cili merah
telur
ikan tenggiri (lebihan)
nasi
garam (secukup rasa)

Cara-caranya :-

1)Hiris cili merah.
2) Panaskan kuali, cairkan mentega dan masukkan cili yang telah dihiris tadi.
3) Masukkan telur, kacau sedikit sehingga masak.
4) Masukkan ikan lebihan (jika ada) dan masukkan nasi. Kacau rata.
5) Masukkan garam secukup rasa. Bila dah rata, boleh tutupkan api dan sedia dihidang!

Sumber : instagram airtangan_tunkuazizah