Petang-petang santai macam ni, dapat secawan kopi dengan kuih muih memang ‘asyikkk’.

Nak ke kedai cari kuih, rasa malas betul nak bersiap, start kereta motor, uishhh rasa berat aja punggung ni! Dah tu, moh ler kita rajinkan diri masuk dapur buat apam unicorn kembang setaman resipi dari Ain Kamis ni! Nasib senang je resipinya, zupp zappp dah siap!

RESIPI APAM UNICORN

Apam unicorn aka apam mekar kembang setaman Tanpa menggunakan minuman soda

Bahan-bahan :

1) 4biji telur gred A
2) 500gram tepung gandum
3) 400gram fresh milk sejuk (dari peti ais)
4) 360gram gula pasir
5) 1sudu besar ovalete
6) sedikit esen vanilla

IKLAN

Cara-cara :

1) campur kesemua bahan diatas dan pukul hingga betul2 kembang gebus gebas & fluffy. 5minit awal,, guna lower speed, selepas itu guna high speed sampai adunan betul2 kembang.

2) bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna yg disukai.. Letak sedikit shj pewarna,, sbb apam ni sesuai dgn warna yg soft gitu.

3) isikan adunan sehingga penuh dalam cup tuk dapatkan effect mekar yg cantik

IKLAN

Apam Unicorn Kegemaran Anak-Anak. Kembang Elok Je Tanpa Guna Soda Bikarbonat!

4) panaskan air kukusan dgn api yg besar. Biar smpi betul2 mendidih. Penutup balut dgn kain utk mengelakkan air menitik ke atas adunan. Diingatkan,, guna api yg besar & kuat utk dapatkan mekar yg sebegitu

5) masa memasak kena set betul2 …hanya kukus selama 4minit shj.. Lebih dr tu,, mmg terus kuncup la apam kau bile penutup dibukak.

6) susun acuan secara berjarak..ni pon utk effect mekar jgk.. Biar wap air naik molek keatas.

IKLAN

So simple,, tp mencabar.. Kalau xmenjadi jgn slhkn resepi ye. Haha

Apam Unicorn Kegemaran Anak-Anak. Kembang Elok Je Tanpa Guna Soda Bikarbonat!

Apam Unicorn Kegemaran Anak-Anak. Kembang Elok Je Tanpa Guna Soda Bikarbonat!

Nota penting : pukul adunan kena betul2 kembang & timing mengukus kena jaga betul2 utk apam yg sentiasa mekar.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI