Memiliki wajah lembut persis ibunya, Datuk Ziela Jalil, Dr Puteri Julia Nabilah Tan Sri Megat Junid sering menjadi perhatian warganet.
Rupa paras jelita anak sulung kepada dua beradik itu salin tak tumpah dengan ibunya yang merupakan pelakon popular pada era 80-an dan 90-an.
Dr Julia, 30, yang merupakan doktor perubatan yang memulakan pengajian di Royal College of Surgeons pada tahun 2012 dan menamatkan pengajian pada tahun 2017.
Permata sulung Ziela Jalil itu mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Dr Dziya Faqhran Datuk Mahmod Fauzi pada 11 Julai 2018 selepas mengikat tali pertunangan selama dua bulan.
Genap lima tahun berumahtangga pada bulan lalu, pasangan itu diserikan dengan kehadiran dua cahaya mata, Tun Alayna Zeeya yang kini berusia empat tahun dan Tun Ameena Zeeya, setahun.
Ads
Kehilangan bapanya tersayang akibat kanser pada usia remaja, Dr Julia tidak lupa menitipkan ingatan buat bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.
“Bapa saya pulang kepada Maha Pencipta ketika saya baru berumur 15 tahun. Sejak itu, tidak pernah ada sesiapa yang boleh menggantikannya. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya dan diganjarkan dengan kedudukan tertinggi di jannah,” titipnya.
Ads
“Bagaimanapun, saya mempunyai figura bapa dalam hidup dan saya mensyukurinya. Pertama, kepada mama. Mama telah menjadi ibu dan bapa membesarkan dan mendidik kami. Terima kasih kerana menjadi tonggak kekuatan.
“Kepada Walid, terima kasih kerana menjadi figura bapa yang hilang ketika saya muda dan telah menambahkan kebaikan dan kasih sayang kepada keluarga kami.
“Kepada bapa mentua, terima kasih Daddy kerana menerima saya dalam keluarga dan menganggap diri ini seperti anak sendiri.”
Ads
Dan terakhir kepada suami, Terima kasih kerana menjadi ayah yang terbaik untuk anak-anak kita. Being with them when I can’t be there and showing them how a man should be,” titip Dr Julia di Instagram.
Dr Julia merupakan puteri sulung daripada perkahwinan ibu bapanya yang dibina pada tahun 1991.
Beliau memiliki adik lelaki, Megat Jufri Nasrullah, 28, dan seorang adik angkat, Ibrahim Junid, 11.
Sumber : NONA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap pagi, ibu bapa pastinya sibuk menyediakan bekal makanan untuk anak-anak ke sekolah. Namun, selain makanan jasmani, anak-anak juga memerlukan bekalan rohani dan emosi agar mereka lebih bersemangat, yakin, dan bersedia menghadapi hari persekolahan.
Dalam perkongsian ini ustazah Aminah Mat Yusoff , kita akan melihat empat perkara penting yang boleh dijadikan bekal utama buat anak-anak kata-kata semangat, pesanan azimat, doa ibu bapa, dan penyerahan sepenuh kepercayaan kepada guru. Dengan amalan ini, bukan sahaja anak-anak lebih berdisiplin dan bermotivasi, malah hubungan ibu bapa, guru, dan anak akan menjadi lebih erat serta diberkati.
Bekal yang anak-anak wajib bawa ke sekolah.
1. Bisikan kata-kata semangat.
Setiap pagi sebelum anak-anak melangkah kaki ke sekolah, selain dari makanan untuk jasmani, mereka memerlukan makanan untuk rohani dan emosi.
“Awak anak hebat dan kuat”
“Awak anak pandai dan cerdik”
“Awak anak soleh, awak boleh”
Kata semangat ini jika di ulang-ulang, anak akan percaya mereka seperti itu. Menguatkan jiwa dan menambah keyakinan diri mereka.
Biasanya anak yang dimarahi, dihambur dengan kata-kata negatif akan hadir ke sekolah dalam keadaan murung, tidak bersemangat, suka menyendiri, tidak suka berkawan, sukar menerima teguran dan kuat membantah.
2. Pesanan azimat.
Selalu pesan pada anak, hormati guru, taat dengan ajaran dan suruhan guru. Gunakan bahasa yang sopan semasa bercakap dengan guru dan kawan, sentiasa bersedia menghulurkan bantuan jika diperlukan.
Jangan gunakan barang kawan tanpa keizinan. Jaga barang yang diamanahkan oleh ibu ayah sebaiknya. Kurangkan keluar masuk tandas kerana ia mengganggu proses pembelajaran di sekolah.
Pesanan ini mendisiplinkan anak. Sekurangnya mereka tahu garis sempadan yang perlu diikuti. Mereka tidak berdisiplin bukan kerana nakal, tetapi mereka tidak diajar untuk mematuhinya.
3. Doa mujarab.
Letak tangan kanan di ubun-ubun kepala anak, kemudian baca doa ini.
اللهم حفظه كما حفظت من عبادك الصالحين.
” Allahumma haffazhu kama haffzta min ‘ibadikassolihiin”
Ya Allah jagalah anakku seperti Engkau menjaga hambaMU yang soleh”
اللهم فقهه فى الدين وعلمه التأويل
“Allahumma faqqihhu fid diin, wa’ allimhutta’wil”
Ya Allah berikanlah kefahaman kepadanya tentang agama dan ajarilah ia ilmu ta’wil ( tafsir Al-Qur’an)
Amalkanlah selalu, jangan terlepas. Doa adalah vitamin untuk minda dan fizikal anak. Ia menjadi pelindung dan membawa keberkatan dalam hidup anak. Doa yang baik adalah lambang keredhaan ibu ayah dan anak akan beroleh redha Allah SWT dengan asbab doa ini.
4. Penyerahan muktamad.
Serahkanlah sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah dan guru yang mendidik. Usah timbul perasaan ragu dan rasa tidak percaya.
Bina ukhuwwah dengan guru, saling bekerjasama dan ucaplah ” Saya serahkan anak ini untuk cikgu didik, betulkan mana yang silap, pandulah mana yang tersasar”
Pengalaman yang cukup mengerikan buat wanita ini bila mana anak kecilnya menjadi mangsa cakaran kucing peliharaan mereka.
Kejadian yang berlaku secara tiba-tiba di kediaman mereka menyebabkan si kecil ini terpaksa menahan kesakitan dan menerima jahitan pada tempat yang dicakar.
Ikuti pendedahan puan Nor Hidayah Isa akan insiden yang berlaku ke atas anaknya, Amsyar. Baru ada masa nak update kat fb..tujuan untuk dijadikan kenangan dan pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain. Serangan daripada kucing rumah.
.Hari pertama 1 jun 2020..kenangan yang tidak boleh dilupakan. kami ada pelihara kucing nama grey.hari kejadian sekitar 11pg macam tu.pintu buka tp pintu grill tutup.jadi nampak la kat luar kucing bergaduh lari lalu depan rumah..cepat2 la tutup pintu sebab takut grey lari keluar jugak sebab dia pernah panjat grill tu lari kejar kucing lain dan hilang…sehari kami cari baru jumpa. Tak nak kejadian sama berulang jadi tutup pintu.tak sangka tindakan saya tu..membuatkan grey marah..amsyar masa tu duduk berdekatan dgn grey dekat depan pintu juga..lepas ja tutup pintu tu berlalu nak duduk di sofa…
lps tu la grey nampak amsyar terus dia terkam kepala amsyar dan gigit cakar semua…benda tu jadi sangat cepat berapa saat ja..bayangkan macam kucing bergaduh tu..betul2 grey buat mcm tu kat amsyar.dakap kepala amsyar mcm musuh dia. Bila nampak tu terus baling bantal dekat grey..grey lari..tapi grey datang balik macam nk serang lagi..saya ambik bantal tadi pukul grey…sebab geram sangat grey buat macam tu dekat amsyar..tgk amsyar terbaring darah dah meleleh dari mata..masa ni baru perasan..
kelopak mata amsyar terbelah kena cakaran grey..nampak isi terkeluar.dan kesan gigitan di kepala cakaran di dada,belakang kepala,mulut..mengigil tgk luka banyak macam tu… Amsyar dah meraung raung..Mama pun nangis sama.masa dukung amsyar tu grey macam nak serang lg.kami lari masuk bilik…tutup pintu Call husband suruh balik dia ada kt luar masa tu.nasib dia memang otw balik.
Tak berani keluar bilik dah.tak lama husband sampai.terus ke klinik..baju mama penuh darah..masa tu tekan dgn tisu ja luka kat mata amsyar sebab darah banyak keluar. Luka dekat kelopak mata Amsyar kena 5 jahitan.Allah pelihara tak kena dalam mata..mungkin dia tutup mata masa serangan tu..jangan kecam saya..saya pun tak tau benda ni nak jadi. Doakan amsyar cepat sembuh.hari ni bengkak dah surut.mudahan cepat baik Amsyar.mama minta maaf sayang…salah mama..mama x potong kuku grey…
Pesanan saya kalau nak jaga kucing pastikan kuku di potong,vaksin,dan kasi…nasib baik kami vaksin grey..kalau tak mungkin jangkitan kuman dekat luka lebih teruk.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Peringatan yang diberikan oleh doktor berkenaan trend baru-baru ini berkenaan tindakan ibu ayah berkongsi gambar, nama dan nombor akaun semata-mata untuk mendapatkan tawaran duit raya, wajar digentijan dan diambil serius keputusan tersebut.
Diharapkan dengan perkongsian tersebut, selepas ini tidak ada lagi ibu ayah begitu mudah ‘menceroboh’ priversi anak-anak. Ini penting untuk keselamatan anak mereka juga.
Saya sangat tidak selesa dengan satu trend terkini. Semalam ada yang minta orang ramai kongsi nama anak dengan menawarkan duit raya sebagai ganjaran. Hari ni ada guna taktik sama minta gambar anak pula.
Tak sangka ramai pula yang kongsi gambar anak-anak mereka. Kenapa ada yang tega kongsi nama, gambar anak, serta nombor akaun bank, sedangkan orang yang meminta tu mereka tak kenal pun?
Saudara-saudari, di dunia ini ada orang baik, dan ada juga segelintir yang sentiasa mencari peluang atas kebaikan orang. Bukan suruh kita buruk sangka, tapi kita haruslah sentiasa berwaspada.
Jadi, berhati-hatilah. Anak-anak tak tahu apa. Tugas kita adalah untuk melindungi anak-anak. Termasuk lindungi privasi mereka. Bukan sekadar lindungi mereka dari ancaman fizikal sahaja.
Kita yang dewasa ni, jika wajah dan nama kita dijaja oleh ibubapa kita kepada orang yang tidak dikenali, demi dapatkan sedikit duit raya, mesti kita pun tak selesa, kan?
Marilah kita berpesan-pesan hal ini.
Semoga Tuhan lindungi kita dan anak-anak kita dari helah, tipu daya dan ancaman yang kita tidak sedari.