Tiada yang lebih disyukuri penyanyi, Elyana apabila dimaklumkan dirinya pulih dan bebas daripada kanser limfoma tahap empat.

Namun, Elyana, 35, atau nama sebenar, Erneelya Elyana Emrizal mengakui tidak mahu terlalu gembira apabila sel kanser sudah tiada, sebaliknya, Elyana bersyukur apabila doanya untuk sihat dimakbulkan Tuhan.

“Saya lega… Bagai ada satu beban yang saya pikul selama ini sudah tiada. Tetapi saya tidak boleh gembira terlalu awal sebab kanser boleh datang semula bila-bila masa sahaja.

“Jadi, saya hanya nikmati apa yang ada sekarang. Saya tidak berharap sangat, namun, alhamdulillah selepas lebih 10 tahun, doa saya dimakbulkan.

“Saya rasakan diri ini bagai dilahirkan semula,” katanya.

Bukan sekadar tampak sihat dan ceria, berat badan Elyana juga bertambah.

“Iya, berat badan saya bertambah. Salah satu sebab adalah steroid dan selera makan saya sudah datang balik.

“Jadi, daripada berat badan hanya 35 kilogram (kg), sekarang sudah mencecah 60 kg. Sejujurnya, saya tidak berpantang makanan dan disebabkan itu, ramai netizen mengecam saya,” jawabnya.

Pernah Amal Pantang 5 Tahun Pertama Hidap Kanser. Kini Elyana Syukur Berat Menambah!

IKLAN

Bercerita lanjut, Elyana berkata, pada lima tahun pertama menghidapi kanser, dia mengamalkan pantang.

“Tetapi saya jadi lemah. Mental turut terkesan sebab saya rasa diri ini sakit. Selepas itu, saya teruskan macam biasa, nak makan apa, saya makan tetapi berpada-pada.

“Sebab bagi saya, semuanya yang diambil berlebihan akan memudaratkan,” katanya.

Elyana berkata, dua anaknya iaitu Cinta Sumayyah dan Cahaya Ramadhani menjadi insan paling gembira sebaik mendapat tahu dirinya pulih daripada kanser.

“Anak-anak saya paling gembira terutama Cinta sebab dia sudah besar. Sejak Cinta berusia enam bulan, saya disahkan menghidap kanser.

“Sekarang, umur Cinta sudah menginjak 11 tahun. Dia dapat rasa perbezaan ibunya dahulu dan sekarang.

IKLAN

“Kalau dahulu, pergi bercuti pun, ibu tidak boleh temani dia melakukan aktiviti seperti mandi kolam kerana hanya terbaring di dalam bilik disebabkan penat.

“Sekarang, Cinta gembira sebab semua aktivitinya saya sertai sama,” tambahnya.

Elyana mendedahkan dirinya menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat pada 2017. Sebelum ini, sel kanser menyerang dan merebak ke beberapa organ badan Elyana seperti rahim, hati dan pangkal paha.

Sumber : Berita Harian

Jom tonton kisah Hikayat 1001 Malam yang dibawakan oleh Bintang Kecil.

IKLAN

Bulan puasa ni masa untuk kita tambah pahaladengan membuat amal ibadah. Jom didik jiwa mendekati keluarga sakinah.

 

Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!

Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI