Mengimbau kembali awal kemunculannya dalam bidang seni kira-kira 17 tahun lalu, berbakul- bakul cacian diterima penyanyi dan ahli perniagaan, Rosma, 35 sejak awal menceburi dunia seni kira kira 17 tahun lalu.
Namun bagi empunya diri, Rosmayati Sidik yang kini turut memiliki perniagaan KR Successful Sdn Bhd bersama suaminya, Khai sejak tahun 2014 itu semua asam garam yang wajib dilalui oleh setiap anak seni jika mahu bertapak dalam bidang tersebut.
Tidak hairanlah andai penyanyi yang digilap bakatnya menerusi pertandingan realiti Akademi Fantasia pertama itu tetap kebal dan tidak patah semangat.
Manakan tidak, waktu itu, fizikalnya yang berisi menjadi faktor kecaman lebih-lebih lagi dia bergandingan dengan Khai ketika itu menjadi igauan peminat wanita.
“Dek fizikal badan saya tembam pun jadi modal kecaman. Ada saja yang tak kena di mata yang membenci. Pernah ketika terbabit promosi sebuah laman sembang pun, ‘kaw kaw’ fizikal diri saya diperkotak katik.
“Ada komen cakap usia muda tapi badan macam tahap makcik makcik yang ada ramai anak. Gelaran bulat dan debab pun ada dikenakan untuk saya.
“Malah jauh lebih teruk, mempersoalkan saya bercinta dengan Khai (sebelum menjadi suami). Siap cakap badan gemuk, ada hati nak bercinta dengan Khai yang digilai ramai ketika itu. Pendek kata saya ini tak layak berdampingan dengannya,” kata Rosma.
Kata Rosma yang kini berbadan ramping sekalipun berstatus ibu kepada tiga orang cahaya mata dengan mengamalkan produk minuman detoks, MS SenaRos, semua nista itu tidak langsung menjadi kudis buat dirinya.
“Ada ketika, saya juga manusia biasa yang berperasaan. Sesekali menangis dan memendam rasa kerana dikecam dek fizikal diri.
Ads
“Dalam hati pernah terlintas, macam besar sangat ke badan ini? Buruk sangat ke diri saya.
“Tapi kata kata menjatuhkan itulah yang membakar semangat diri. Rosma yang dulu, bukan yang sekarang.
“Sekalipun rezeki saya tidak lagi sepenuhnya dengan menyanyi tetapi sebaliknya berniaga, saya bangga usaha kecil itu membuahkan hasil besar yang boleh dibanggakan,” katanya.
Bagi Rosma memiliki badan ramping dengan berat kini 47 kilogram bukan kerana ingin menunjukkan apa apa kepada mereka yang pernah mencela fizikalnya.
Sebaliknya dilakukan demi kepuasan diri dan paling utama untuk kesihatan.
“Dulu ketika usia remaja, saya bukan jenis yang peduli sangat bab nak cantik atau melawa ini. Masa itu cakap apa sajalah, saya tak kisah. Dah biasa dengan gaya comot.
“Namun sejak menyertai AF1, nak tak nak memang kena jaga ketrampilan. Ikutkan sejak pertandingan itu berat saya naik mendadak hingga mencecah ke 70 kilogram.
Ads
“Asalnya dari zaman belum berkahwin, berat badan saya sekitar 48 ke 49 kilogram pun. Masa jadi artis, saya tak keruan kerana susah pengurusan nak dapatkan tajaan baju,” katanya.
Saat berat badan naik mendadak, Rosma pula tersilap percaturan mengikut diet yang salah dan keterlaluan hingga memakan diri
“Saya tak ada ilmu diet, tapi jenis hentam keromo. Asal dapat turunkan berat badan. Konsep berlagak pandai walhal tak tahu apa apa. Natijahnya pernah sekali saya cemas kala jatuh pengsan gara gara diet tak betul hingga dimasukkan di sebuah hospital.
“Dipendekkan cerita, saya bangkit berdiet dan bersenam dengan betul. Ketika itulah Khai pernah mencetuskan idea untuk saya keluarkan produk pelangsingan sendiri.
“Saya keluarkan produk pelangsingan sendiri selepas melahirkan anak kedua. Malah turut menjadi testimoni kepada produk sendiri. Mampu berbadan langsing sekalipun sudah ada tiga anak bukan halangan. Semuanya tak mustahil. Zaman belum kahwin saya bergelut dengan isu berat badan. Sedangkan situasi semasa mungkin sebaliknya iaitu berat naik mendadak selepas berkahwin dan ada anak,” katanya.
Ketika ini, Rosma tidak kisah jika ada yang melabelkan dirinya artis sendu atau apa sekalipun.
Ads
“Saya bersyukur diberi kesempatan sementara menumpang glamor dunia artis saat menyertai AF1. Cita cita saya dulu memang salah satu nak jadi artis. Ia jadi kenyataan. Tuhan beri saya rasai nikmat menjadi artis yang diberi perhatian seketika. Itu sudah memadai.
“Sekarang kalau ada yang label saya sendu atau sudah tak popular tak mengapa. Nak kata zaman saya sudah berlalu pun tak kisahlah. Begitulah putaran hidup. Saya akur
“Benar walaupun ada yang anggap saya memiliki suara bagus dan kini sudah berbadan kurus pun bukan jaminan tuah itu akan ada. Kalau sudah tertulis begitu, tiada apa lagi daya kita.
“Ketika pintu dunia seni dilihat tak menyebelahi diri, Allah buka pintu rezeki lain melalui perniagaan. Dunia niaga yang jauh sekali menjadi minat diri selama ini kini mula sebati. Dulu hanya mak saya yang suka berniaga. Kini ia turun kepada saya pula. Dunia nyanyian jatuh tangga kedua. Nombor satu di hati pastinya perniagaan yang saya majukan bersama suami,” katanya.
Sekalipun sudah meletakkan perniagan sebagai keutamaan, Rosma tidak sesekali melupakan nyanyian.
“Minat menyanyi itu takkan berkubur. Ikutkan selama ini ada jemputan menyanyi secara tertutup. Malah saya terus diberi kesempatan menyanyi sebagai artis residen di hotel sepanjang bulan Ramadan.
“Cuma ketika diuji pandemik Covid 19, rezeki menyanyi itu tak banyak. Tapi saya meneruskan survival memajukan perniagaan,” katanya.
Ditanya perancangan untuk Raya aidiladha tak lama lagi, satu kemestian untuk mereka sekeluarga pulang ke kampung.
” Arwah abah dan umi Khai dah tak ada jadi kini setiap kali raya akan beraya dgn keluarga saya di Kuantan. Selain itu, kami turut beraya bersama makcik dan pakcik Khai yang ada disana sebab arwah abah orang kuantan juga. Selepas blk dari kuantan akan beraya pula dgn adik beradik Khai.
“Ikutkan sudah 6 bulan tak balik. Ni kira paling lama saya tak balik kampung gara-gara PKP,” ujar Rosma dan Khai berkahwin sejak 26 April 2008.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 11, Nur Amani Damia, 6, dan Nur Alya Dhania, setahun 3 bulan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asyik sapu planta atau kaya je pada roti, bosan juga kan. Abak-anak pun mula la muncung mulut tak nak makan. Apa kata ibu-ibu cuba buat krim marjerin pelbagai perisa ini untuk memikat selera si anak untuk bersarapan. Selain roti, boleh juga disapu pada kek.
Resipi ini dikongsikan oleh puan Masni Bahari. Selamat mencuba!
Jom kita buat krim majerin untuk anak2 kita kesekolah..x la jemu meka asyik dok calit dgn palanta skaya ja..yg akak tahu resepi krim ni hanya perlu majerin n gula ja..tp akak nak dia lebih rasa sedap n lemak skit jadi akak pon derhakalah pada resepi asal..jom intai apa yg akak derhaka tu RESIPI..
1cwn majerin pelangi..
1cwn gula..blend
Setengah cwn susu cayaq..
4sb susu pekat..
Secubit garam..nak bangkitkan lemak susu cayaq..
Perisa..ikut masing2 ya..
CARANYA..
Campoq semua bahan kecuali perisa..mixer sampai kembang n jd putih gebu..bila dah kembang dah boleh boh perisa..ok siap..dah boleh sapu pada roti..majerin ni boleh ja simpan dlm peti ais..akak nak gtau ya..klu nak buat krim ni jgn sesekali guna butter ya..sbb butter cepat cair.. Koko perisa coklat..
Hijau perisa pandan..
Putih perisa vanila..
Kuning perisa jagung..
Pink perisa strawberry..
Kalau nak sapu dekat kek pon boleh na..sedap tau..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Insiden membabitkan bekas Dewi Remaja 2018/19 susulan tersebarnya video yang di sebuah kelab malam dan memegang gelas minuman keras tular di internet.
Menyebabkan buat pertama kali dalam sejarah penganjurannya, gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang dimahkotakan kepada Haneesya Hanee, ditarik balik.
Susulan insiden tersebut, ramai yang mengecam tak kurang yang tampil memberi sokongan kepada gadis hitam manis ini. Antara selebriti tersebut termasuklah Fasha Sandha.
Dalam catatan yang dimuat naik di laman instagramnya, Fasha memohon semua pihak memberi peluang kepada Hanee kerana dia seorang yang berbakat dalam industri seni.
Kepada @haneesyahanee , Remember this quote ‘Fall 7 times,stand up 8’ It’s undeniable–we all make mistakes. It’s in our nature as humans to fail.
“Insyaallah ada rezeki di tempat lain untuk awak, terutamanya untuk yang teraniaya oleh ‘sahabat’ sendiri.
“Video aib dirakam ‘sebelum kemenangan’ disebarkan selepas kemenangan. Berhati-hati memilih kawan.Tak semua kawan suka dengan ‘kejayaan’ kita. .
“Jangan diulangi kesalahan itu Hanee dan… Semoga industri dapat memaafkan Hanee. Dia unik, cantik dan berbakat besar dalam industri modelling dan lakonan.
“Saya yakin ada kebaikan dalam diri Hanee. Berikan dia peluang. Jangan kita hukum dan menghina dia dan keluarga. Kita tidak tahu apa akan jadi pada kita, atau keturunan kita kelak. #doayangbaikbaik
Nasihat Fasha turut disokong oleh netizen lain yang turut memberi kata-kata semangat kepada Hanee untuk terus maju ke hadapan dan tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama.
iamabdullahomar Solat taubat n berjanji takan mengulanginya.Tuhan Maha Pemgampun.muhasabah diri.
darwina12 Betul.. doa yg baik2 je.. netizen pun sudah2 la mengecam.. kita ni nmpak baik sbb Allah tutup aib kita je.. sbb tu kita kena jaga aib org lain sama.. hanee pun mengaku salah dia dan ambik pengajaran, tu yg penting.
ainisarra Ya sy setuju dgn @fashasandha ..x semua kwn yg betul2 ikhlas berkawan..kdg yg luaran nmpk baik tu,hati nya belum tentu baik
atashinci_w4w4 Setuju dgn @fashasandha jatuh xsemesti selamanya dibawah.. Moga kejadian ini ada hikmah Dan pengajaran buat @haneesyahanee untuk terus bangkit..Move on Dan padang ke depan dgn lebih positive ?
shafyqah Yess. Dia pun manusia biasa. Tak lari dr melakukan kesilapan. Harap org ramai berhenti berkata yg tidak baik pada dia?
Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam tadi. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengesahkan perkara itu ketika melawat Allahyarham di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyuarakan kesedihan dengan berita tersebut.
Menerusi akaun Twitternya, Dr Mahathir mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
“Innalillahiwa innailaihi rajiun. Saya amat sedih menerima berita ini. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman.
“Takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib atas pemergian beliau. Al-fatihah,” katanya.
Sementara itu, Pendakwah Bebas, Ebit Lew turut meluahkan kesedihan atas gugurnya perwira negara ini.
Sebak pilunya hati ini. Hari tangisan buat seluruh Malaysia dan seluruh insan didunia. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun..Semoga Allahyarham Muhammad Adib b Mohd Kassim..anggota bomba yang syahid dipukul kerana sedang menjalankan tugas ingin menyelamatkan manusia. Ya Allah anugerahkanlah pahala syahid buat dirinya..bangkitkannya bersama Nabi-nabi dan Syuhada.
Ya Allah letakkanlah dirinya dalam syurga FirdausMu..yaAllah buat seluruh ahli keluarganya berilah ketabahan dan kekuatan. Jagalah seluruh ahli keluarganya..sayangilah dan berilah rahmat kasih sayangMu..
Tak pernah terfikir begini jadinya di Malaysia..anggota bomba nak padam api kena begini…bomba bukan bawa senjata. Bawa air sampai begini mereka kerjakan. Pembunuhan kejam..setiap yang menjadi penyebab perlu diberi balasan seberat-beratnya. Tiada hati manusia yang ada perasaan tidak bersedih hari ini..
Ya Allah ya Hayyu Ya Qoyyum ya Aziz Al Jabbar Al Mutakabbir hanya padaMu kami mengadu. Siapa sahaja yang menjadi sebab berilah mereka pengajaran sebenarnya. Hanya padaMu kami bermohon. Kaulah sebaik-baik yang akan mengadili nanti..-ebitlew
Muhammad Adib, 24 tahun yang dipukul susulan insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu dipindahkan ke IJN selepas mengalami kecederaan parah dalam serangan tersebut.
Pada Ahad yang lalu, IJN melalui satu kenyataan memaklumkan kesiahatan Muhammad Adib kembali merosot dengan fungsi paru-parunya yang menurun tahapnya.
Jenazah Muhammad Adib akan dibawa pulang ke Kedah untuk dikebumikan. Al-Fatihah buat arwah Adib. semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya.
Sumber; Astro Awani & Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di