Apabila seseorang itu berjaya menurunkan berat badan tentu ada amalan dan teknik yang dilakukannya.

Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh seorang bapa ini yang mana suatu ketika pernah mengalami obesiti namun kini memiliki berat  badan ideal.

Pernah Obes & Kini Berjaya Dapatkan Berat Badan Ideal. Ni Amalannya!

Malah dengan berjaya membuktikan penurunan hingga 65kg, menjadikan dirinya mahu berkongsi ilmu, pandanganp dan cara kepada umum melalui akaun fb miliknya.

Pernah Obes & Kini Berjaya Dapatkan Berat Badan Ideal. Ni Amalannya!

 

Dan ini antara perkongsian yang boleh dijadikan ikutan buat sesiapa yang sedang usaha turunkan berat badan. Jom semak.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan SEKARANG penting untuk APA YANG KITA MAHUKAN ESOK.

Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya laluinya.

Pernah Obes & Kini Berjaya Dapatkan Berat Badan Ideal. Ni Amalannya!

Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak untuk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini.

IKLAN

Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad untuk kembali sihat dan turun berat badan.

1. Bangun Awal Pagi (5.30pg)

– Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal.
– Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting bagi mengurangkan berat badan.

2. Kemas tempat tidur

– Benda kecil tapi impaknya besar, kita terus ajar diri supaya ringan tangan dan tidak bertangguh. Kalau tempat tidur pun tak boleh kemas, benda ringan dan tak berpeluh pun. Apa lagi nak lawan kemalasan diri untuk Workout.

3. Mandi dengan air yang sejuk

– Setelah bangun dan kemas katil, mandi terus. Jangan lengahkan dengan ambil phone untuk cek fb atau whatsapp(saya hanya akan cek phone setelah hantar anak anak ke sekolah) Mandi dengan air yang sejuk pada pagi hari amat bagus untuk kesihatan dan penurunan berat badan. Pembakaran kalori lebih banyak jika air lebih sejuk.

4. Sediakan sarapan dan bekal untuk anak anak

IKLAN

– Ini adalah cara saya sentuh kasih sayang kepada anak anak dan isteri. Ya, saya memasak makanan yang sihat untuk mereka sarapan dan bawa kesekolah. Disamping kita tetapkan jadual bagi diri kita, kita juga mampu mengawal pengambilan makanan anak anak dari makanan yang tak berkhasiat. Bukan kita sorang nak sihatkan?

5. Bersyukur

– Ini amat perlu kita tanamkan sedalam dalamnya, hidup siapa tak ada masalahkan. Dari segala sudut pasti akan ada serba sedikit kekurangan. Jadi bersyukur dapat memberi impak positif utk diri kita. Bukankah dengan bersyukur ALLAH tambahkan lagi rezeki kita.

6. Aktifkan diri

– Kita ada masa kita sendiri, jika mampu workout setiap hari, contoh saya, berjalan dan berjogging selang sehari setiap pagi. Tapi kalau kalian tiada masa aktifkan diri dengan banyakan berjalan, naik tangga, kemas rumah atau pejabat, berkebun apa saja aktiviti yang memerlukan pergerakan.

7. Jaga portion pemakanan

– Selalu ingatkan diri, makan bukan sampai puas. Ambil makanan dengan kadar yang sedikit. Proses ini kalian perlu buat secara beransur ansur. Saya pun mulakan dengan makan tidak bertambah. Sampai akhirnya sehingga kini saya makan mengikut kalori intake sepatutnya sahaja.

IKLAN

8. Belajar dan membaca :

– Masuk kelas, beli buku dan membaca, apapun jenis buku. Ia akan memberi impak kepada otak dan emosi kita. Banyak kajian dengan membaca mampu memberi impak hebat. Baca juga berkaitan kisah kisah inspirasi dan ilmu berkaitan diet. Ini menambahkan lagi ilmu dan dengan ilmu segala proses akan jadi lebih mudah.

9. Pilih kawan yang positif

– Kawan adalah pengaruh besar bagi seseorang. Jadi tak salah untuk kita yang ada matlamat untuk memilih dengan siapa kita berkawan. Bukanlah maksudnya kita tinggal atau pulau mereka yang tak positif, cuma kurangkan dan lebihkan masa kita berkawan dengan golongan yang positif.
– Kawan yang dapat mendorong kita akan mempercepatkan proses kita untuk turunkan berat badan.

10. Beri ruang kepada kesilapan dan terus betulkan

– Kita manusia biasa, adakala kita terbabas dengan disiplin yang kita tetapkan. Saya pernah bangun lewat, makan banyak, dan tidak workout dalam masa masa tertentu. Adakala berlarutan sehingga seminggu.
– Jika hal ini berlaku jangan malu mengakui kesilapan dan kesalahan. Terima kekurangan diri dan terus perbaiki. Hal begini paling banyak berlaku dan paling ramai gagal untuk handle. Akhirnya mereka hanyut jauh sekali lagi.

10 perkara yang saya kongsikan ini adalah apa yang saya lakukan selama setahun saya turunkan berat badan sebanyak 65kg.

Tapi Hakikatnya ada masa saya juga kelaut dalam(istilah ni orang diet kenal benar). Saya juga hampir lemas. Cuma jika berlaku begitu segara bangkit dan perbetulkan keadaan.

Jika kalian nak ubah hidup anda dengan keputusan yang besar, maka ambil kawalan kepada benda benda remeh dahulu. Jika benda benda kecil seperti contoh nak kemas tempat tidur pun tak mampu, apatah lagi nak buang lemak hampir berpuluh kilogram tu.

Sumber : Mohamad Faisal Saedon

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI