Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Orang hanya nampak luaran namun yang mengalaminya tahu betapa masalah kemurungan memberi impak yang cukup mendalam. Bukan pada diri sendiri bahkan turut membabitkan orang sekeliling.

Kisah wanita yang terjun bangunan, mengelar sehingga menyebabkan kematian anak sendiri dan sebagainya sering kita dengar sejak akhir-akhir ini.

Kerana itu orang sekeliling terutama ahli keluarga perlu peka dengan masalah ini. Jangan ambil ringan kerana ia boleh mengundang masalah yang lebih besar.

Berikut adalah perkongsian dari Puan Zarina Shahrin yang pernah melalui saat-saat sukar apabila diri dilanda kemurungan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua dalam menghadapi situasi ahli keluarga atau orang terdekat mengalami masalah kemurungan.

“Pernah Rasa Nak Buat-Buat Terjatuhkan Anak & Gugurkan Kandungan.” Wanita Ini Kongsi Kisah alami  Kemurungan & Tanda Yang Ramai Tak Tahu.


Kemurungan.

Sejujurnya dahulu semasa berperang dengan penyakit ini, saya tidak tahu saya sedang menghadapi kemurungan. Setiap hari bergelut dengan “benda gila” yang mengganggu emosi dan fikiran yang mana akhirnya dilepaskan kepada anak-anak melalui jeritan dan pukulan. Tapi bila suami ada di rumah, dan “berfungsi” sebagai housemate dan “another parent” bagi anak-anak, perasaan itu hilang. Diri rasa tenang.

IKLAN

Pernah, saya rasa nak buat-buat terjatuhkan anak (dari tingkat 6) semasa suami tengah kunci pintu rumah, bila kami nak keluar ke mana-mana. Saya fikir masa tu, akan kurang satu beban bila anak kurang seorang.. (astaghfirullahalazim) ..Syukurlah perasaan waras yang tinggal entah 10-20 peratus masih ada untuk menghalang niat gila saya ketika itu.

Pernah, bila bawak kereta dan berhenti di lampu isyarat yang mana kebetulan kereta saya di depan sekali. Bila perhatikan lori besar dari arah kiri/kanan yang sedang mengejar lampu hijau, saya geram dan rasa sungguh-sungguh nak memecut dan rempuh lori-lori ini… Biar mati. Habis cerita. Sebab hidup rasa tiada makna. Rasa tak diperlukan. Rasanya kalau saya hidup pun, anak-anak asyik kena marah kena pukul, baik saya mati sahaja. Again, tahap sedar yg tinggal 10-20 peratus itu menghalang saya daripada melakukannya.

Hidup saya kucar-kacir.. basuh pinggan di dapur, anak menangis di depan saya tinggalkan pinggan penuh di sinki dengan air terpasang. Lepas anak berhenti nangis, tengok pula kain baju belum dilipat, lipat dulu.. bila tengah lipat baju, perasan air bunyi kat dapur, baru sedar tadi tergopoh-gapah tinggalkan benda kat dapur.

Tinggalkan baju yang tengah dilipat pegi dapur pulak sambung basuh pinggan periuk, lepas tu sidai baju dalam mesin basuh.. bila pergi semula ke depan, masyaallah ternampak kain baju yang sedang dilipat tadi tertinggal begitu sahaja. Pakej dengan anak2 dah tolong sepahkan. Selalu juga terasa aku ni gila ke apa.. Otak aku ni dah jem ke buat kerja separuh tinggal sana-sini.. perkara kecik sebegitu pun buat saya tertekan.

“Pernah Rasa Nak Buat-Buat Terjatuhkan Anak & Gugurkan Kandungan.” Wanita Ini Kongsi Kisah alami  Kemurungan & Tanda Yang Ramai Tak Tahu.

IKLAN

Mengapa tak share dengan suami? Selalu. Ya, jawapannya selalu. Tapi selaku makhluk yang fikirannya lebih ringkas, jawapan suami saya hanyalah “rileks, buat apa nak stress. Siapkan satu-satu..” — jawapan tidak membantu. 
Pernah saya kata padanya, “sayang rasa sayang dah gila la abang” ..dengan airmata yang baru nak bergenang sebab nak mengadu betapa penatnya dan saratnya perasaan yang sedang saya tanggung… Dia sambil ketawa menjawab, “la gila kenapa pulak sayang..”
Sekarang saya tahu dia tak bermaksud mentertawakan saya, tapi pada ketika itu saya sungguh-sungguh rasa diketawakan. Airmata yang tadinya mula bergenang jadi kering. Lantas saya jawab la begitu-begitu sahaja.. Dan perasaan tertekan pun semakin terpendam menjadi semakin sarat..

Setahun lebih berperang dengan diri sendiri yang gila. Sehingga kemuncaknya bila saya tahu yang rupa-rupanya saya sedang mengandungkan anak ketiga sudah hampir 10 minggu. Saya menangis semahu-mahunya kerana sungguh-sungguh belum mahu dengar berita tentang kehamilan lagi. Anak sulung setahun lapan bulan dan anak kedua baru 8 bulan.. Rasa nak digugurkan sahaja anak dalam kandungan pada waktu itu. Mujur Allah temukan dengan rakan2 yg membantu. Gugur airmata keibuan saya bila seorang rakan berkata “sedih baby kalau dia tau ibu dia nak buang dia..”

 

Penyelesaiannya datang bila seorang lagi kawan mencadangkan cuti setahun tanpa gaji. Ya, cuti. Dan cuti itu haruslah benar-benar cuti, yang mana anak-anak ke taska dan saya dirumah bersendirian. Berehat. Ketika berpantang, anak-anak ke taska, suami kerja, saya dengan baby bersendirian. Lepas baby 2 bulan, Baby pun pegi taska bersama kakak-kakaknya.. saya dirumah sorang-sorang. Pada awalnya hanya tidur, tidur, dan tidur…

Saya boleh tidur sampai pukul berapa saya nak tidur. Baju blonggok biarkan. Ada mood basuh, takda mood biarkan nanti suami akan bawa ke dobi. Saya mula mencari penyelesaian untuk memudahkan kerja saya. Beli bakul – satu anak satu bakul baju supaya saya tak payah lipat baju. Untuk pemakanan anak-anak, saya dah mula gunakan konsep – asalkan makan kenyang dan bukan kenyang dengan makanan ringan. Tak kisahlah kalau 3-3 orang nak makan bubur kosong pun takpa. Nasi dengan kicap sahaja pun takpa asalkan makan. Kalau dulu mesti ada protein dan sayur.

IKLAN

“Pernah Rasa Nak Buat-Buat Terjatuhkan Anak & Gugurkan Kandungan.” Wanita Ini Kongsi Kisah alami  Kemurungan & Tanda Yang Ramai Tak Tahu.

Menjelang bulan ke enam selepas anak ketiga join ke taska. Saya terperasan yang emosi sudah stabil. Kerana. Enam bulan masa yang saya dapat untuk bersendirian. Berehat, dan buat ikut suka hati saya. Saya akui suami kadang rasa marah sebab saya dah la cuti tapi rumah tak terurus sama macam hari kerja. Tapi saya abaikan. Saya abaikan sahaja semua benda. Sebab saya nak berehat. Dengan rehat itulah saya telah menjadi diri saya semula, biarpun ada rakan2 lama yang datang bertanya mengapa saya sudah tidak seperti dulu.

Dan hari ini, dengan izin Allah selama lebih kurang setahun kebelakangan ini saya telah confirmkan yang saya bebas daripada penyakit gila ini. Rasa dah tak mahu ingat lagi..

Dan betapa sedihnya rasa hati saya bila hari ini seorang rakan menunjukkan hasil ujian mentalnya. Dan keadaannya lebih teruk daripada saya.. I know she needs help. But her husband did not know. Doaku supaya Allah pelihara kamu sekeluarga.

“Pernah Rasa Nak Buat-Buat Terjatuhkan Anak & Gugurkan Kandungan.” Wanita Ini Kongsi Kisah alami  Kemurungan & Tanda Yang Ramai Tak Tahu.

Sekian,
ZarinaShahrin.
RakanFacebookAnda.

**Jangan ada komen mengecam suami saya hanya kerana kurang penglibatan beliau dalam post ni ok. ?

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI