Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Tom dan Fuad Rahman yang telah pun selamat menimang cahaya mata pertama mereka semalam.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Tom menerusi IG Story miliknya.
Dalam hantaran tersebut, Tom atau Raja Farah Afzan Raja Ikram, 38, berkata, dia terpaksa melahirkan bayi keempatnya yang merupakan seorang bayi perempuan secara pembedahan kerana berdepan dengan beberapa komplikasi.
“Alhamdulillah, baby caesar. Pertama kali kena caesar sebab banyak komplikasi.
Ads
“Apapun Alhamdulillah, welcome to the world baby, love Anggun,” tulisnya.
Kedua mereka meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki itu malah kehadiran si comel Anggun pastinya menjadi pelengkap bahagia buat Tom dan Fuad.
Ads
Terdahulu, Tom memilih untuk melahirkan cahaya mata perempuannya itu di hospital kerajaan kerana lebih menjimatkan kos berbanding hospital swasta.
Tom selamat bergelar isteri kepada Fuad pada 26 Februari 2023 di Batam, Indonesia. Pasangan ini berkongsi berita gembira apabila mengumumkan Tom hamil anak pertama mereka pada Jun 2023.
Pastinya setiap isteri inginkan suami yang menyayanginya sehingga akhir hayat. Sikap suami yang sering memberi kebahagiaan kepada isteri akan membuatkan rumahtangga harmoni.
Namun, ada suami yang sukar untuk melafazkan dengan kata-kata untuk menyatakan kasih sayangnya kepada isterinya. Bagaimanapun, melalui tingkah laku suami, para isteri boleh mengenal pastinya. Berikut tanda yang menunjukkan suami amat mencintai anda.
TANDA SUAMI SAYANG ISTERI
1. Suami biarkan isteri memilih
Ramai tidak perasan tanda yang ini, iaitu salah satu tanda suami sayang isteri yang paling penting. Jika memilih corak dan
warna langsir, suami akan minta isteri pilih dan buat keputusan. Jika ingin beli peti sejuk baru, suami juga akan serahkan pada isteri.
2. Suami ringan tulang, rajin bantu isteri
Namun saya perasan, pada masa-masa yang terhad di rumah inilah dia akan cuba membantu saya mengemas rumah, basuh
tandas, basuh baju (masukkan kain dalam mesin sahaja tapi tetap bermakna), jaga anak dan lain-lain. Dia akan lakukan semua kerja yang biasa saya lakukan tanpa disuruh oleh saya. Walaupun suami jarang mengucapkan ucapan cintanya pada saya tetapi saya tahu pertolongan ikhlasnya itu sebenarnya salah satu cara untuk dia menunjukkan yang dia ambil berat
tentang saya.
3. Suami meminta nasihat dari isteri
Apabila suami anda meminta pendapat atau nasihat dari anda, itu bukan sahaja menunjukkan perasaannya kepada anda tetapi dia juga mahu anda tahu yang dia percayakan anda dan perlukan bimbingan anda.
4. Suami pegang tangan isteri
Inilah tanda suami sayang isteri, yang tidak perlu disorokkan. Tidak kira di tempat awam atau anda berdua berada di rumah, apabila suami memegang tangan anda, dia sebenarnya sedang mengucapkan ‘saya sayang kamu‘. Percaya atau tidak, pegangan tangan adalah ungkapan paling mudah untuk cinta sejati. Ia adalah sentuhan fizikal tanpa ada rangsangan hubungan intim dan cara paling mudah si suami menunjukkan perasaan hatinya.
5. Suami shopping untuk isteri
Samada dia membeli-belah bersama dengan anda atau dia membeli sesuatu untuk anda semasa di dalam perjalanan pulang ke rumah. Jika suami anda bersedia untuk shopping till he drop, ketahuilah itu antara tanda yang dia benar menyayangi anda.
6. Sudi menjadi pendengar setia
Terangguk-angguk bila isteri bercerita tentang perkara seharian. Tambahan lagi jika ada gosip hangat di pejabat, yang panas seperti baru keluar oven. Walaupun telefon bimbit masih di tangan, suami masih lagi mendengar tanpa mencelah.
7. Senyuman manis suami
Masih ingat lagi senyuman pertama saat pertama kali anda dan suami bertemu? Bagaimana senyuman itu memberi impak besar di dalam hidup anda. Impak senyuman sama seperti pegangan tangan. Senyuman yang ikhlas mempunyai kuasa
melembutkan hati seseorang. Kenang kembali saat-saat manis berdua bersama. Setiap kali dia senyum kepada anda, sebenarnya dia sedang menyatakan ‘saya sayangkan kamu’ tanpa kamu sedar.
8. Apabila suami ikhlas dalam memberi
Sesuatu itu mungkin dari bentuk hadiah, pujian atau pun pandangan yang penuh dengan kasih sayang. Apabila suami anda mengambil masa untuk memberi sesuatu untuk anda, itu adalah isyarat yang menunjukkan hanya anda di fikirannya. Hadiah tersebut mungkin kesukaan anda dan mungkin juga tidak. Kata-kata sayang tidak perlu dilafazkan melalui kata-kata. Pandang tepat ke mata suami anda dan selami hatinya. Anda akan dapat jawapannya di situ
Sumber: Kelab Wanita Ibu Isteri Malaysia
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Siapa yang tak kenal dengan penyampai radio dan pengacara, Halim Othman, 56 tahun merupakan seorang pengacara Selamat Pagi Malaysia serta hos rancangan Roda Impian yang sememangnya diminati ramai pada 1996.
Namun kehidupan peribadinya tidak ramai yang tahu membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengenai keluarganya.
Bagaimana pun tular di media sosial, gambar dia bersama anak tunggalnya membuatkan peminat terkejut.
Harian Metro melaporkan bahawa anaknya merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2019, Myra Natasya, 27.
Difahamkan anaknya ‘menyorok’ identiti dirinya demi menghormati ayahnya yang selama membina nama sebagai penyampai radio dan pengacara.
Bagaimana pun anaknya yang pernah menjadi pengacara Didik TV dan akan muncul dengan drama Republic Of Gombak di TV3, berkata sekarang masa sesuai untuk dia mendedahkan identiti diri dan bapanya. Malah, pendedahan ini mendapat keizinan ayahnya terlebih dahulu.
“Selama tiga tahun ini, saya ‘menutup kemas’ identiti ayah kerana menghormatinya yang selama membina nama sebagai penyampai radio dan pengacara, memang tidak pernah buka mulut bercerita mengenai kisah peribadi dan keluarga.
“Malah, pada awal pembabitan dalam karier seni ini pun, ayah kurang setuju kerana bimbangkan diri saya. Tapi, selepas dia menonton saya mengacarakan Didik TV, banyak ilmu dikongsikannya.
“Dia pun nampaknya bangga dengan saya kerana mampu berusaha untuk menapak dalam karier ini dengan bakat sendiri tanpa bergantung dengan namanya. Saya sayang dan menghormati ayah.
Mirip wajah ayah
Melihat pada sikap ramah Myra, cara percakapan serta raut wajahnya, memang ada iras Halim.
Ujarnya, persamaan itu mungkin kebetulan kerana mereka anak-beranak.
“Hubungan saya dengan ayah memang baik, walaupun saya tahu dia kurang selesa berkongsi kisah peribadinya dulu kepada media. Malah, dia kalau bercakap pun suka berkongsi kisah semasa atau politik.
“Tapi, saya dah cakap dengan dia akan beritahu siapa saja yang tanya. Dia faham dan harapan saya ingin berjaya dalam karier ini,” katanya yang juga tenaga pengajar sukan sorak untuk beberapa sekolah menerusi syarikat ditubuhkannya.
Difahamkan, Myra atau nama sebenarnya, Yusmyra Natasya adalah anak Halim bersama bekas isteri, Yusnita Omar, 47.
Wargenet terkejut!
Dalam pada pada, warganet meluahkan rasa terkejut apabila mendapat tahu pengacara popular itu telah berkahwin dan mempunyai anak.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mengenali hati seorang perempuan tidaklah sesulit mana. Ada masa pasang surutnya, wanita mudah bermain dengan emosi, sensitif tapi terkadangnya bila hati dia gembira, terpancar cahaya pada matanya.
Buat para suami, janganlah turut emosi atau sakit hati bila isteri dilanda emosi. Penat atau tekanan jiwa antara penyebab mereka sering emosi. Period usah cakaplah!
Kena kenali siapa isteri dan apa yang disukainya. Semua ini buat dia rasa bahagia.
1. Tolong panggil sayang dengan lembut pun dah cukup buat hati isteri berbunga.
2. Isteri tak suka suami marah-marah. Nak tegur cakaplah baik-baik.
3. Janganlah buat muka dekat isteri kalau ada yang tak kena. Kesian isteri nak hadap suami, anak-anak yang minta perhatian lagi.
4. Isteri ni minda dan tubuhnya penat sebab buat kerja tak henti. Kerja tak pernah habis. Jadi suami tolong faham.
5. Ada masa tu tolonglah urut isteri. Serius isteri akan rasa cukup gembira. Rasa nak lompat bintang.
6. Buat suprise masakkan menu malam hari. Isteri yang penat waktu balik kerja pun rasa gembira. Senyum sampai telinga.
7. Walaupun isteri handal dalam segala hal tapi kalau suami yang take over semua isteri lagi suka. Tolong bayar bil, tolong drive, tolong jaga anak apatah lagi.
8. Gentlemen tak perlukan rupa paras yang handsome. Suami kalau tolong uruskan kerja rumah, sidai kain, mop lantai, sapu rumah dah cukup buat isteri terpikat!
9. Ambil anak dari taska atau rumah pengasuh nampak simple tapi suami kalau tawarkan diri, isteri rasa teruja.
10. Tak perlu benda mahal pun. Suami kalau balik kerja bawa sebekas kek kecil, beli dari kawan pejabat pun isteri dah gembira. Rasa dihargai.
11. Suami kalau bagi kelepasan kat isteri nak keluar sendiri serius dia sayang sampai bila-bila. Bagi dia me time!
12. Tak perlu banyak, bagi RM100 je sambil cakap, “belilah apa sayang suka, jangan beli mainan anak”. Win!
13. Nak tidur cakaplah ‘i love you’. Simple tapi bermakna. Hati isteri yang sakit, penat pun rasa hilang semua.
14. Hujung bulan selit lah RM50 dalam dompet isteri. Serius dia melompat siap masak sedap-sedap kat suami.
15. Nak tidur isteri tak minta lebih pun, cukuplah tidur sambil pegang tangan tanda sayangkan dia. Hati dia rasa kuat! Peluk apatah lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.