Umumnya daging merupakan antara jenis makanan yang sering dimasak dengan pelbagai menu untuk dijadikan hidangan yang menyelerakan untuk kita sekeluarga. Selain enak dimakan, daging ini juga merupakan sumber protien yang baik untuk tubuh badan.
Namun tahukah anda bagi mereka yang mempunyai penyakit asma, gout, atau anemia ada pantang larangnya dalam pengambilan daging. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr Suri Roowi.
Jadi sila ambil perhatian, semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua.
TIP BUAT PESAKIT ASMA, GOUT & ANEMIA YANG INGIN MAKAN DAGING
1. Bagi pesakit asma, daging terproses seperti BURGER dan SOSEJ kurang elok dimakan berlebihan. Kajian ke atas 971 orang selama 7 tahun mendapati memakan daging terproses berlebihan memburukkan lagi gejala asma.
Photo by Amr Taha™ on Unsplash
2. Bagi pesakit gout, daging seeloknya diPOTONG KECIL-KECIL atau dicincang, dibasuh seterusnya direbus terlebih dahulu.
Photo by Usman Yousaf on Unsplash
3. Ini akan turunkan kandungan purine (penyebab gout) sebanyak 25%.
4. Daging pula, jangan diMASAK terlalu LAMA kerana memasak pada masa lama akan hasilkan purine yang lebih banyak.
5. Kurangkan juga memakan daging merah. Ini kerana daging merah tinggi purine berbanding daging putih. Semasa makan, KURANGKAN ambil KUAH kerana bahan purine banyak dalam kuah.
Ads
6. Bagi pesakit gout juga elakkan memakan HATI AYAM dan kurangkan penggunaan IKAN BILIS dalam masakan. Ini kerana kandungan purine dalam hati ayam dan bilis adalah tinggi.
7. Bagi pesakit anemia, daging merah terutama organ dalaman tinggi zat besi dan bagus untuk dimakan. Memasak menggunakan minyak kelapa sawit merah lebih elok kerana minyak ini kaya beta-karoten dan bantu leraikan zat besi dari diikat.
8. Untuk mereka yang mengalami masalah kolesterol, ambil makanan tinggi fiber seperti oat dan barli, minum jus oren, minum air halia, bawang putih selepas memakan daging
Umum mengetahui bahawa bekas penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, kini didakwa atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis. Dia kini ditahan di Penjara Sungai Buloh.
Terbaru menerusi Instagram miliknya, paparan muat naik sebuah lagu baharu ciptaannya ketika di sana. Difahamkan kini akaun Instagramnya dikendalikan oleh ahli keluarganya.
“Lagu ini dicipta oleh Yasin semasa di Penjara Sungai Buloh. Yasin meminta lirik lagu ini dikongsikan di instagram untuk sahabat, teman dan peminat.”
Lagu yang bertajuk ‘Bebaskan Aku’ mengambarkan meminta pertolongan dibebaskan dari tirai besi itu. Antara lirik lagu adalah:
“Bebaskan aku, Ku utuskan kata-kata di sebalik tirai besi, Tanpa dapat ku titiskan air mata sepi.
Bila ku katakan semuanya baik di sini, Ku tak ingin engkau rasa susah hati.
Hatiku berkecai seolah sudah tiada, Dan jiwaku ini terus meronta. Ingin bebas dan bersamamu semula.“
Untuk rekod, Yassin berdepab dengan kesalahan di bawah seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.
Penyanyi itu turut didakwa mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram di lokasi, masa dan tarikh sama.
Dia dituduh di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) akta sama. Jika disabitkan kesalahan hendaklah dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, perlu disebat tidak kurang 15 kali.
Orang yang paling susah hati apabila anak-anak jatuh sakit dan masuk hospital pastinya ibu kan. Iulah Yang dirasai pelakon jelita, Anzalna Nasir. Dia berkongsi situasi di mana anak kesayangannya, Mohamad Eidrees dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta semalam.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagram Anzalna yang menunjukkan keadaan kesihatan Eidrees yang kini sedang menerima rawatan.
Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir memberitahu, anak lelakinya itu tiba-tiba jatuh sakit dan mereka sekeluarga terpaksa bermalam di hospital sejak hari Selasa.
“Dugaan kecil buat kami sempena cuti Tahun Baru Cina. Eidrees secara tiba-tiba tak sihat. Doktor cakap sekarang ini banyak kes yang serupa macam Eidrees. Keluar rumah atau duduk rumah kalau nak kena, kena juga!
“Dia seorang anak lelaki yang kuat walaupun tak sihat tetap gembira. Nampaknya kena berkampung lama juga di hospital. Tolong doakan Eidrees cepat sembuh.” Ujar Anzalna lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rakan artis dan pengikut Pelakon cantik manis ini menitipkan doa semoga diberikan kesembuhan buat anak sulung pasangan ini.
Tak Kurang juga,Ada ibu-ibu yang berkongsi pengalaman dan situasi sama seperti di alami Eidress.
zaleha_figoranger_jhr2Get well soon Eidrees….anak saya pun baru keluar hospital sbb sekarang musim demam batuk n selsema…hope mummy pun strong…keep doa..
cdaamudzaffarbetul sngat,keluar ke tak keluar rumah still kena… gws lil boy
ciknain26Ye sis… macam My boy last week.. admit 1 week hospital
suehailah_haziqIts okay..semua kanak2 mesti akan warded . Semoga cepat sembuh ya eidress
Untuk rekod, Anzalna dan suami, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidress yang kini berusia tiga tahun.
Pernah tak anda mengalami masalah tiba-tiba suami jatuh sakit dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan. Demikian yang terjadi pada Jiha Shuib apabila suaminya tiba-tiba collapse akibat serangan strok.
Tidak pernah menyangka perkara begitu boleh memberi impak yang cukup besar padanya kerana selama ini tidak mengambil kisah bab simpanan waktu kecemasan, jauh sekali untuk bertanyakan kepada suami number pin ATM nya.
Disebabkan pengalaman tersebut, Jiha ingin berkongsi dengan wanita lain di luar sana tentang info penting yang sepatutnya seseorang isteri ambil peduli supaya tidak gelabah apabila berlaku kecemasan.
Berikut 7 Perkara Penting Yang Isteri Kena Ambil Tahu Dari Suami:
Degil Untuk Berhenti Merokok
Aku rasa keluarga aku adalah contoh keluarga tipikal, orang biasa berpendapatan sederhana dan kedua-dua kami bekerja. Ada hutang kereta sederhana, ada 2 anak sekolah, ada hutang sewa rumah yang biasa-biasa, ada hutang pinjaman peribadi dan komitmen biasa macam penapis air bayar bulan tu. Alah, yang biasa-biasa saja. Golongan sederhana yang cukup-cukup makan setiap bulan.
Ada orang yang beringat buat simpanan kecemasan, ada simpan rekod kewangan kedua-dua pasangan dan ada sumber pendapatan pasif, tapi kebanyakan orang? Macam kami yang tak pernah sangka akan alami benda-benda begini tak ada pun kesedaran untuk buat sesuatu. Sepatutnya aku kena sedar dah risiko bila suami aku degil untuk berhenti rokok. Dia curi-curi hisap rokok di luar, masih merokok berpuntung-puntung waktu bekerja. Walaupun banyak kali kena serangan asma dan sesak nafas, tetap dia merokok balik.
Gedegang! Tiba-tiba dia collapse. Senyap, sunyi dan kaku.
Tidak Tahu Nombor Pin ATM
Masa awal tu aku masih okay, ada keluarga sahabat handai yang sedekah duit dalam genggaman setiap hari. Lagipun dalam keadaan terkejut beg tangan aku dan dompet Saiful entah kat mana-mana. Tak boleh fikir dah aku pasal duit ke, masa depan ke apa. Hari berlalu dengan slow-motion, dunia aku siang malam hanya di sekeliling katil Saiful terbaring kaku tu. Tapi bila doktor mula cakap suruh belikan barang itu ini, aku mula gelabah. Mana aku nak ambik duit ni? Dalam bank? Eh, itu duit untuk bayaran bla…bla…bla….
Dalam akaun Saiful ada duit belanja rasanya. Tapi… Eh, aku mana tau nombor pin dia. Aku tak pernah tanya dan tak pernah terasa nak ambik tau, hulur tangan terima duit aku tau.
7 Perkara Isteri Kena Ambil Tahu:
Disini titik permulaan persoalan-persoalan yang sepatutnya seorang wanita ambil peduli sebelum terlambat.
1. No. Pin akaun-akaun bank suami. Ini #palingpenting dan #palingsulit. Kalau tak memang gelepar lah nak beli katil, nak beli susu, nak bayar kos ujian-ujian hospital (GL pun tak leh cover cukup tau), nak beli tilam angin, tiub-tiub hidung, tiub-tiub kencing, krim-krim, stokin preassure, mesin angin tilam, lampin dewasa, kos ulang alik hospital, kerusi roda. List dia panjang tau, panjang berjela-jela.
2. Passcode online banking, telefon bimbit, tab, komputer, alarm rumah, peti besi dan sebagainya.
3. Ambil tahu dimana letaknya dan labelkan semua kunci-kunci pendua, kunci simpanan asalkan bukan kunci rumah bini #2 suami.
4. Rekod insuran /takaful suami. Surat menyurat gadaian simpan dalam fail betul-betul. Lepas keadaan sudah tenang boleh telefon ejen untuk tuntutan insuran, jika rumah atas nama suami boleh claim MRTA (kot kalau tak silap)
5. Nombor telefon pejabat / majikan suami / bahagian sumber manusia. Kena maklumkan keadaan suami, tanya kelayakan perubatan suami ada ke tak dan jika majikan ada caruman insuran kelompok atau sebarang kemudahan sebagai pekerja mungkin mereka dapat membantu. Mereka juga boleh bantu untuk buat tuntutan Socso bagi swasta, JPA bagi penjawat awam. Kalau tak pun, telefon mereka dan minta mereka maklumkan kawan sekerja keadaan suami yang tenat dan minta doakan kesembuhan suami.
6. Surat tawaran kerja suami / baca klausa apa kemudahan cuti sakit yang layak / berapa bulan gaji akan dibayar dalam cuti sakit. Baru boleh rancang berapa lama boleh survive dengan duit yang tinggal, baru tahu mana nak rujuk rawatan susulan untuk suami.
6. Rekod hutang-hutang semasa, duit orang dalam tangan suami mana tahu suami bendahari kelab ke, surau ke, jiran tetangga ke. Kalau orang datang tuntut nanti taklah gelabah.
7. Hutang suami macam kereta, rumah, pinjaman koperasi ke apa-apalah / komitmen suami setiap bulan bayar macam maintanence ke, polis komuniti ke nanti boleh buat refinance atau terminate saja bila diorang tuntut hutang mana yang boleh untuk berjimat.
Simpan rekod dalam fail yang tersusun.
Skill Malam Jumaat
Ingat tau, bila kita susah masa itu baru boleh kenal siapa kawan siapa lawan sebenarnya. Tak mustahil saudara sendiri akan lari jauh-jauh dan mengelak dari menunjuk muka takut-takut kita mahu menumpang. Pesanan ini atas dasar pengalaman sendiri.
Isteri yang bijak adalah isteri yang ada harga diri, bersedia berkorban dan tidak takut bertindak untuk kepentingan anak-anaknya. Kalau suami perahsia sangat semua benda kepit celah ketiak dia, itu memang kena guna skill malam jumaatlah untuk pujuk. Tak sayang anak bini lah maknanya tu, jangan sampai anak isteri merempat di tepi jalan suatu hari nanti. Ayat seperti
“Sayang jangan risau, nanti kalau jadi apa-apa kat abang si polan-si polan akan tolong. Semua duit dan harta abang, geran-geran rumah, stable lumba kuda, kelab-kelab malam dia yang akan uruskan. Takyah fikir apa-apa ya, tenang-tenang aja”. (ni contoh)
#angkatkening kau boleh percaya? Kalau percaya, okaylahhhhh. I rest my case.