Buat pengidap penyakit kencing manis tentunya sudah sedia ada bekalan ubat yang diberikan oleh doktor untuk dimakan secara rutin dalam tempoh waktu tertentu sebelum temujanji berikutnya diadakan. Ini bertujuan bagi memantau tahap gula dalam darah berada di dalam keadaan yang stabil.

Apa yang pasti, apabila ditanya pada pengidap kecing manis itu sendiri selain mereka konsisten dengan makan ubat doktor, pasti ada sahaja amalan petua yang diamalkan. Tujuannya satu, untuk merawat penyakit yang dialami.

Untuk itu, bagi yang tercari-cari petua merawat kencing manis yang umumnya sering  diamalkan, jom kita semak beberapa perkongsian dari laman sosial untuk manfaat bersama.


AMAL PERIA + EPAL + KENTANG

“Ni yang saya buat untuk mak saya. . Sebelum ni belas2 bacaan kencing manisnya. Penah sampai tak ada bacaan. Sekarang alhamdulillah. Bawah2 sepuluh dah. Kadang lepas jgk atas sepuluh. Bergantung cara pemakanan. Makan kena jaga taw. Makan la ubat mcm mana sekalipon. Kalau tak jaga makan. Allahu.. Mak saya makan saraf dah. Skrg mula nak stabil.”Nur Hidayah

Bahan-bahan:

Pesakit Kencing Manis Biasanya Amal Salah Satu Petua Ni. Siapa Belum Tahu, Kena Cuba!

Cara-caranya:
1. Peria katak sebiji (buang biji) + epal hijau separuh + kentang kecik separuh (buang kulit)
2. Blend guna blend buah. (kalau tak ada..blend biase pastu tapis)

IKLAN

#buat 3 hari sekali . . Saya buat waktu lepas makan petang. .
Yang kat bawah ni..saya buat untuk 2 org. . Ayah nak tumpang sekaki. .

Pesakit Kencing Manis Biasanya Amal Salah Satu Petua Ni. Siapa Belum Tahu, Kena Cuba!

sumber :  Nur Hidayah via MAHN


MINUM RENDAMAN BENDI

Manakala di FB Nor Zuraida Mat Nayan pula berkongsi petua untuk turunkan bacaan gula dalam darah dengan bendi.

IKLAN

“RAMAI YG COMMENT TAK PERCAYA.. MEH AKAK TUNJUK HASILNYA. SEBAB DAH LAMA PUN AGAK BUAT PETUA NI DARI TURUN TEMURUN”-Zuraida

Cara penyediaan:

Pesakit Kencing Manis Biasanya Amal Salah Satu Petua Ni. Siapa Belum Tahu, Kena Cuba!

  1. Rendam bendi 2-3 biji dalam air suam.
  2. Belah terlebih dahulu hujung bendi tadi. Rendam semalaman, minum esok paginya, in shaa Allah boleh kurangkan gula dalam darah terutama bagi pesakit kencing manis.

BEGITU JUGA DENGAN PERKONGSIAN DARIPADA DARA ANGGUN NI.

“Balik kampung aritu sembang dengan kawan atuk, umur dh 86thn tp masih kuat lagi..bela lembu kambing..tanam nenas dan cili 5 ekar..Tiada penyakit seperti adik beradik dia yg lain..tekanan darah ok, gula dlm darah ok, kencing manis xde, kolestrol rendah.

IKLAN

Bila aku tanya apa rahsia dia…

“Dia kata dia cuma amalkan minum air rendaman bendi setiap hari sejak dia msk umur 30thn.Aku pn dh msk 4 series ni, cuba la buat..arini dh lal ari ke tiga.. InshaAllah semoga aku istiqomah amalkan sampai bila2”-Dara Anggun

Caranya mudah dan murah sj :

1. Beli 1 ikat kacang bendi Rm1 jer
2. Potong halus
3. Rendamkan 8-12jam di dalam air mineral supaya lendir bendi td keluar

Pesakit Kencing Manis Biasanya Amal Salah Satu Petua Ni. Siapa Belum Tahu, Kena Cuba!
4. Minum secukup rasa
5. Bila air dah abis, rendam skali lg (boleh buat sampai 2-3x, sampai likat lendir dia abis)
6. Bendi td tu boleh la goreng kicap ke, rebus buat ulam ke atau letak dlm kari…x membazir

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI