Perasan tak ketika berpantang, selepas mandi dengan daun-daunan herba buat anda rasa lebih segar dan kuat. Rasa lain macam sihatnya selepas mandi dengan herba-herba ini kan?
Khasiat daun-daunan ini sebenarnya sangat membantu wanita berpantang mencari kekuatannya. Selain rasa segar, aura daripada daunan herba ini cukup meninggalkan kesan yang luar biasa buat ibu berpantang.
Itu ceritanya dengan ibu berpantang, bagaimana pula jika kita ingin mengamalkannya walaupun selepas berpantang. Ya itulah yang seharusnya dilakukan. Mengikut pengamal spa dan rawatan tradisional, amalan mandi dengan daun-daun herba ini sangatlah disyorkan buat semua wanita.
Begitu juga yang diamalkan oleh Chef Sue Arukin. Bukan hanya pakar memasak, beliau juga berkongsi rahsia cantiknya di facebook. Benda yang bermanfaat dan baik, patut kita kongsi dan paling penting kena amalkan. Jom kita ikut langkah dan bahan yang dikongsikan olehnya ini.
Apabila menyebut mengenai ‘mengidam’ ni tentu terbayang akan wanita yang sarat hamil. Lazimnya dalam tempoh kehamilan ini selain ‘morning sickness’, ada segelintir wanita mempunyai keinginan yang pelik.
Begitu juga dengan wanita ini yang mengidam konsep dekorasi rumah serba merah jambu. Memetik laporan Harian Metro, Wan Nor Susy Susanthi Wan Abdul Nasir, 35, berkata, pengalaman mengandung anak ketiganya, Nur Amanda Sufi Mohd Amirul, 1, berbeza dengan dua anak lain.
“Jika orang lain mungkin mengidam makanan tertentu tetapi saya mengidam untuk memiliki rumah berkonsepkan ‘pink farm house’.
SUAMI SOKONG
Katanya lagi, dek mengidam warna ‘pink’, dia sanggup memujuk kawan pejabatnya untuk membeli periuk nasi baru untuk bertukar dengan periuk nasi lama miliknya yang berwarna merah jambu.
Dalam pada itu, dia bersyukur mendapat mendapat sokongan penuh daripada suami, Mohd Amirul Md Ghani, 36, serta dua anaknya, Muhammad Amiruddin, 8, dan Muhammad Aamir Rizqi, 5.
TERAPI HILANGA TEKANAN
Kesibukan dengan urusan kerja tidak menghalang minat terhadap dekorasi dengan tema ‘pink’.
Penjawat awam ini menjelaskan bahawa jika orang lain mungkin akan keluar bercuti pada hujung minggu bersama keluarga tetapi dia lebih suka duduk di rumah.
“Aktiviti menghias rumah, mengemas serta mencantikkan rumah seolah-olah sebagai terapi yang mampu menghilangkan tekanan.
“Saya suka melihat koleksi barang dapur terutamanya berwarna merah jambu tersusun kemas serta sentiasa rapi.
Katanya lagi, pemilihan dekorasi berkonsepkan ‘pink farm house’ dipilih kerana jarang dijumpai selalunya konsep ‘farm house’ menggunakan kombinasi warna hitam dan putih saja.
“Jika diikutkan warna merah jambu memang warna kegemaran sejak kecil tetapi bila digabungkan merah jambu serta putih nampak lebih ceria.
“Konsep ‘farm house’ atau rumah ladang ini juga lebih kepada membuat label pada barang hiasan supaya kelihatan lebih kemas tersusun.”
Tidak dapat dinafikan hubungan adik beradik telah terjalin sejak kecil, hidup dan membesar bersama sememangnya penuh dengan rasa kasih sayang. Apa yang pasti hubungan istimewa sesama adik beradik bolehlah diibaratkan seperti isi dengan kuku, sangat akrab!
Hal ini samalah seperti video yang dikongsikan di aplikasi TikTok oleh @83suka dengan memuatnaik momen yang cukup mengharukan ketika majlis perkahwinan adik perempuannya yang tersayang.
Dia dengan rela hati mendukung adik perempuannya yang juga merupakan pengantin pada hari tersebut untuk menuju ke pengantin lelaki, ini memandangkan adik perempuannya itu tidak boleh berjalan dan hanya boleh bergerak menggunakan kerusi roda.
“Alhamdulillah. Lepas ni ada orang boleh jaga Kak Cik. Sedih sebenarnya melepaskan. Terima kasih adik ipar terima Kak Cik seadanya.
“Walau sudah bergelar isteri orang, kasih sayang kami tetap sama”
Selain itu abangnya juga meminta agar adik iparnya terus menyayangi adiknya hingga ke akhir hayat dan pimpinlah tangan adiknya hingga ke syurga.
Bahkan dia juga berharap orang ramai dapat sama-sama mendoakan kebahagiaan adiknya yang kini telah berumahtangga.
Meninjau di akaun tiktok pengantin perempuan pula, dia turut mengucapkan terima kasih kepada abang tersayang yang telah sudi mendukungnya hingga ke pelaminan ketika akad nikah dan turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang sudi menerima kekurangan dirinya.
Situasi ini cukup menyentuh hati dan mencuri tumpuan dan telah ditonton lebih sejuta tidak sampai satu hari ia dimuat naik.
Rata-rata sebak dan dan bangga melihat kasih sayang antara adik beradik yang ditunjukkan dalam keluarga ini. Netizen juga turut mendoakan agar pasangan ini terus berbahagian hingga keakhir hayat.
Mendidik anak adalah tugas yang mencabar bagi setiap ibu bapa.
Mana taknya, jika salah asuhan ia akan memberi kesan kepada perilaku anak.
Ibu bapa yang tak sedih jika anak menjadi harapan keluarga menunjukkan karenah yang tidak baik. Boleh hilang sabar dibuatnya.
Sebagaimana perkongsian ibu ini berkongsi bagaimana kenakalan anaknya itu membuatkan dirinya hilang sabar hingga meluahkan kata-kata yang tak sepatutnya.
Namun, akhirnya dia menyedari bahawa tindakannya akan membuatkan emosi anak terganggu.
Begitulah cabaran bila bergelar ibu bapa. Seterusnya ikuti perkongsiannya.
Marah anak tapi ini sebenarnya kena tahu
Hari tu saya geram betul dengan anak sulung.
Saya tengah drive. Anak-anak bergaduh kat seat belakang. Cakap tenang-tenang tak jalan. Terus saya jadi geram.
Saya punya geram tu sampai mulut tak boleh berhenti bebel marahkan diorang. Paling teruk kena bebel, si sulung. Sebab dia punca.
Bebel punya bebel. Sampai terkeluar label ‘degil’ dan ‘susah dengar kata’ dari mulut saya.
Ya Allah. Kadang bila emosi sangat, penulis sendiri pun tak ingat apa yang ditulis. Shut down terus otak rasional.
Begitulah. Penulis pun manusia biasa. Ada masanya terlajak buat salah juga.
Tengah saya bebel tu, tiba-tiba, azan berkumandang. Terus bebel saya terhenti. Berkali-kali saya istighfar untuk habiskan sisa marah.
Dah hilang marah, baru timbul sesal dalam hati. Saya pandang anak dari cermin pandang belakang. Nampak muka si sulung sugul betul.
Tak salah ibu minta maaf
Saya pun cari parking untuk keluar dari kereta. Dan dapatkan anak-anak di seat belakang. Saya minta maaf pada mereka sebab ikut emosi.
Saya ambik tangan si sulung. Dari mata dia, boleh nampak dia terkesan dengan label ‘degil’ yang terkeluar dari mulut saya.
Saya pegang mukanya. Dan pandang matanya.
“Ammar, sorry mama cakap Ammar degil. Ammar bukan degil. Mama baru teringat Ammar memang macam ni.
Kalau nak something tu, nak jugak-jugak. Mama boleh rasa besar nanti, perangai Ammar ni boleh buat Ammar senang berjaya.
Cuma, kalau boleh nak minta Ammar tolerate sikit. Bila Ammar tolerate, hati Ammar jadi lembut. Mama pun akan lembut dengan Ammar. Orang lain pun sayang sangat Ammar.”
Terus longgar ketegangan yang saya dapat rasa tadi. Kami berpelukan seminit dua.
Saya tau. Ammar ni macam saya. Kalau dia simpan terasa tu, efeknya lama. Susah nak move on.
Boleh nampak reflected pada tingkah laku dia. Jadi makin keras. Cakap dengan orang lain pun macam nak cari gaduh. Kadang tengok saya pun pakai ekor mata je.
Tapi bila saya setelkan ketegangan waktu tu juga, insya Allah ok. Percakapannya lebih lembut. Lagi mudah dengar kata. Dengan orang pun dia jadi lagi mesra.
Saya sedar. Kata-kata ibu ni kena jaga. Sebab ia tak ada hijab. Direct terus sampai kat Allah. Dan jadi submission doa.
Tu sebab kita mak-mak kena waspada. Jangan selalu kalah dengan emosi. Nanti laju je mulut cakap benda tak sepatutnya.
Risau-risau, apa yang keluar dari mulut kita ni terus jadi label kat diri anak. Dan label tu, terus jadi kepercayaan dalam diri anak, ‘Yelah, aku kan degil.’ ‘Yelah, aku kan bodoh.’
Dan kepercayaan sebegitulah jadi setting untuk bentuk keperibadian dia. Seterusnya memberi kesan pada nasib dan siapa diri dia di masa akan datang.
Kalau terlajak kata, undur cepat-cepat.
Anak ni memang Allah hadirkan sebagai ujian. Mana ada automatik jadi baik. Kita yang bertanggungjawab membentuk.
Ujian perangai tu tak lain tak bukan untuk tagih doa yang baik-baik dari mulut kita. Juga untuk membentuk kita jadi mak bapak yang lebih baik.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.