Hati mana yang tidak sebak apabila mendapat bekal makanan yang mengandungi pesanan yang menyentuh hati. Lebih lagi ketika menghadapi masalah dalam kehidupan.
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Tanyalah kepada mana-mana pasangan ibu bapa, tentu saja semuanya sanggup melakukan apa saja demi anak tercinta.
Kata-kata semangat dan doa sentiasa meniti di bibir demi memastikan anak selamat dan memperolehi kejayaan.
Muat naik foto Instagram milik Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah membuatkan netizen sebak.
Beliau pada hari ini hadir ke Mahkamah Tinggi berkenaan kes pecah amanah dan penggubahan wang haram yang dihadapinya turut tersentuh apabila menerima bekalan sarapan pagi yang dimasak oleh ibunya yang ditulis dengan kata-kata semangat oleh ibu bapa.
Tidak dapat membendung air mata dari mengalir laju, beliau kelihatan tabah ke atas pertuduhan tersebut,
Always looking forward to Mama punya cooking.
Thank you Mama & Abuyah for the breakfast bekal and the uplifting message.
You guys have always been there for me through thick and thin.
Netizen Sebak Kata-Kata Semangat Ibu
Melihat foto YB dan kapsyen itu, ramai wargamaya menitipkan kata-kata semangat dan doa moga dipemudahkan urusannya hari ini.
Malah kata-kata semangat yang ditulis pada bekalan makanan oleh ibu Syed turut menyentuh hati netizen. .
Berkenalan sejak 20 tahun lalu ketika dibangku sekolah lagi, suami isteri ini adalah contoh pasangan cinta monyet yang kekal sehingga ke jenjang pelamin.
Ajak Shiro dan isterinya, Afifah Amin mula berkenalan ketika di tingkatan 1. Daripada kawan sehingga kepada suami isteri, kini sudah 10 tahun pasangan ini melayari alam rumah tangga dengan dikurniakan 3 cahaya mata.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Ajak menerusi laman instagramnya sebelum ini.
Biarpun bergelar selebriti, namun Ajak Shiro merupakan seorang suami dan bapa yang cukup penyayang.
Tidak hairanlah, sesekali dia memuat naik gambar bersama isterinya Afifah dengan kapsyen yang cukup sweet. Terbaru, Ajak memuat naik satu video yang memaparkan dia memeluk isterinya dengan kapsyen:
“Suami kalau perlu kekuatan, peluk je isteri…Insyaallah..tak percaya cuba peluk..tapi bini koranglah..bukan bini aku,” tulis Ajak Shiro.
Balang dan botol berkaca ada banyak kegunaannya pada kita di masa akan datang. Jika tidak digunakan menyimpan barangan lain, ada manfaatnya untuk kegunaan harian. Jadi janganlah terus dibuang, sebaliknya simpan.
Pun begitu, balang dan botol kaca seperti balang kuih muih serta bekas rempah ratus adakalanya meninggalkan kesan kotoran. Malah kotoran ini juga melekat di dinding kaca dan biasanya agak sukar untuk ditanggalkan. Lebih sukar lagi celahan balang kaca yang
berlekuk dan berbingkai di atasnya.
Tidak perlu lagi mengambil masa merendamnya untuk tempoh yang lama sebaliknya gunakan 3 petua mudah ini.
Soda Bikarbonat Dan Air
1. Rendam sedikit soda bikarbonat di dalam bekas kaca.
2. Letakkan air secukupnya dan biarkan direndam selama 10 minit.
3. Goncang hingga bersih.
Sabun Dan Beras
1. Campurkan beras bersama air sabun cuci pinggan.
2. Air jangan terlalu banyak.
3. Goncang hingga kotoran tertanggal dan dibersihkan.
Air Dan Cuka
Cuka antara bahan yang cukup kuat untuk membersih.
1. Rendam air cuka di dalam botol kaca ini.
2. Biarkan direndam seketika selama 15 minit.
3. Goncong dan bilas bersih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Satu perkongsian diulang siar oleh puan Ashikin Hashim menerusi laman facebooknya cukup menyentuh hati. Perkongsian itu dimuat naik satu ketika dahulu selepas terkesan dengan berita kematian sepasang suami isteri dalam satu kemalangan jalan raya.
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Menurut Puan Ashikin, hebatnya ayat Allah ini yang mengingatkan kita, bukan hanya sekadar lafaz bila dengar khabar kematian. Sebaliknya ia adalah tanda peringatan oleh Allah SWT terhadap kita yang masih hidup ini.
KEMATIAN ITU PASTI: BAJU SUAMI YANG TERAKHIR AKU GOSOK —————————————————————————————————
Edisi Repost
Mak-mak…
Allah berfirman di dalam surah Al Baqarah ayat 156
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Inilah ucapan istirja yang paling banyak saya dengar dan baca hari ini kerana perginya menghadap Allah, 2 orang insan yang dipanggil ibu dan ayah oleh anaknya yang bernama Hana Safiyyah iaitu pelajar Genius Aulad Seksyen 23 Shah Alam.
Peristiwa ini berlaku seolah-oleh ulangan kejadian yang menimpa sahabat kepada anakanda saya iaitu Daris yang juga kehilangan ibu dan ayah (termasuk adik bongsunya) di dalam satu kemalangan jalan raya sama seperti ibu ayah Hana Safiyyah.
Ucapan ini diucapkan apabila kita mendengar khabar dukacita (bukan hanya tentang kematian).
Hebatnya ayat Allah ini. Ayat yang mengingatkan kita, bukan hanya sekadar lafaz bila dengar khabar kematian. Kita yang hidup ini yang sebenarnya diperingatkan oleh Allah SWT 😭
Mak-mak…
Ucapan ini adalah ucapan untuk kita juga sebenarnya.
Kita kepunyaan Allah. Suami kepunyaan Allah. Anak-anak kepunyaan Allah. Ibu ayah kepunyaan Allah.
Tiada pun milik kita. Allahu akbar 😭 Tiada yang milik kita. Allahu akbar 😭
Semua yang kita ada hatta suami yang paling kita cinta dan damba setiap waktu pun kita tak mampu nak pegang hati dia. Walau kita tembok dia sekukuh tembok besar China sekalipun takkan dapat kita menahan dan memegang hatinya.
Semua yang kita ada hatta anak-anak yang kita sayang dan jaga bagai menatang minyak yang penuh. Tak bagi walau seekor nyamuk gigit anak kita pun tak mampu kita ikat dan paksa dia dengar cakap kita.
Hati mereka Allah yang pegang.
Kita hanya mampu merayu, sembah sujud dan mohon kepada Allah untuk minta kepada Allah.
Maka apa yang kita bangga sekarang: suami romantik, anak bijak, rumah besar, kereta mewah, pekerjaan hebat.. Itu semua ihsan Allah. Itu semua hibah dari Allah.
Satu hari nanti kita bakal menghuni barzakh. Lebih lama dari kita huni dunia mungkin.
Allahu akbar 😭
Bila-bila masa Allah boleh ambil nyawa kita. Tapi kita selalu alpa. Kita leka dengan dunia. Bangun tidur ingat dunia. Solat kita susahnya nak khusyuk Doa tak sungguh-sungguh. Kita tak jadikan akhirat dan jumpa Allah itu matlamat kita Ini semua saya 😭 Saya cakap pada diri saya sendiri.
Mak-mak…
Ramai yang risau kalau aku mati siapa nak jaga anak-anak aku. Kalau aku dengan suami aku mati serentak macamana rumah, kereta, duit, anak-anak. Kalau aku yang pergi dulu, suami aku kahwin lagi ke.
Allahu akbar… Itulah fikiran kita. Betul tak mak-mak.
Saya pujuk diri.
Janganlah risau… Allah ada.
Allah sebaik-baik PERENCANA. Allah sebaik-baik PERANCANG.
Dari kita mati sampai ke siapa yang menjaga apa yang kita tinggalkan semua Allah dah susun atur cantik.
Jom lah mak kita teruskan hidup ini.
Semoga Allah bagi senafas lagi buat kita untuk terus berbakti kepada keluarga. Mungkin hari ini hari terakhir kita gosok baju suami kita.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.