Petua Kempiskan Perut Dengan Air Rebusan Epal Hijau & Serai.Juga Bantu Buang Angin & Masalah Sakit Lutut!

Share

Epal hijau dan serai miliki khasiat tersendiri buat anda yang ingin menurunkan berat badan. Gabungan dua bahan ini dikatakan dapat membantu mengempiskan perut, membuang angin dalam badan dan banyak lagi.

Selain itu, bagi ibu-ibu yang ada masalah sakit lutut boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Ani Zam 

ini. Selamat mencuba!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Hari ni saya nak kongsi tips untuk kempiskan perut ..saya ambil resepi ni dari FB juga , saya nak panjangkan resepi ni untuk sahabat2 semua🥰🥰

AIR REBUSAN EPAL HIJAU DAN SERAI UNTUK KEMPISKAN PERUT

Bahan bahan

3 biji Epal hijau
5 batang serai
1.5 liter Air

Cara cara :

Potong epal kpd 6 bahagian
Serai di ketuk
Masukkn 1.5 liter air di dalam periuk , kemudian masukkn epal hijau dan serai
Masak sehingga epal lembut
Tutup api


Lenyek2 kan epal yg telah di rebus
Tapis air tersebut kemudian boleh di minum semasa suam
Sesuai di minum pada waktu pagi semasa perut kosong

Antara khasiatnya

Membuang angin dalam badan
Mengempiskan perut
Menurunkan berat badan
Menghilangkan sakit urat /sakit badan
Sesuai untuk orang sakit lutut
Menghilangkan sakit tumit
Meringankan tubuh badan

Selamat mencuba semua💝❤💖

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub

IKLAN